Simanggang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eirazzom (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Eirazzom (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 116:
===Mercu Tanda===
 
'''Tugu Burung Merpati''' merupakan salah satu daripada mercu tanda Sri Aman selain daripada Benak dan lagenda Bujang Senang. Ia dibina pada awal tahun 1990-an di mana struktur utamanya membentuk dua ekor burung merpati putih. Burung merpati yang sering dikaitkan dengan keamanan dijadikan simbol tugu tersebut sebagai memperingati peristiwa bersejarah Deklarasi Sri Aman.<ref>{{cite web|url=http://www.wongfookyee.com/HTML/Shirley/Events/2008/41-Simanggang.htm|title=The British Village Town, Simanggang |date=1 Jun 2008|accessdate=13 Sep 2016}}</ref> Lokasi tugu tersebut yang terletak tidak jauh dari bulatan utama menuju pusat bandar merupakan tempat berlakunya peristiwa bersejarah itu diadakan.
[[Image:Sri Aman Chinese Temple.jpg|thumb|right|Tokong Tze Yin Khor.]]
'''Tokong Tze Yin Khor''' yang telah dibina pada kurun ke-19, merupakan tokong cina tertua di Sri Aman. Kedudukannya terletak di tebing Sungai Batang Lupar, di jalan Sim Kim. Tokong ini amat unik kerana mempunyai bumbung berwarna hijau berbanding warna merah yang selalu digunakan dalam pembinaan tokong cina.<ref>{{cite web|url=http://sarawaktourism.com/attraction/sri-aman-town/|title=Sri Aman Town|work=Sarawak Tourism|accessdate=13 Sep 2016}}</ref> Lokasi pembinaan tokong ini adalah berdasarkan kawasan fengshui ketam hidup. Oleh itu, pemilihan warna hijau untuk bumbung tokong adalah dipercayai mengelakkan ketam "dimasak" justeru, mati.