Siti Noerbaja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 45:
 
==Keluaran dan sambutan==
''Siti Noerbaja'' dikeluarkan pada lewat 1941,{{sfn|Biran|2009|p=238}} dan pada 23 Januari 1942 ia telah mencapai [[Surabaya]].{{sfn|Soerabaijasch Handelsblad 1942, (untitled)}} Filem ini merupakan filem terakhir Lie bersama Standard Film. Beliau meninggalkan syarikat selepas itu, bersama Henry L. Duarte menyiapkan filem terakhir studio, ''Selendang Delima''.{{sfn|Biran|2009|p=238}}
 
Cerita ini diadaptasikan berbanyak kalk sebagai [[sinetron]]. Pertama, pada 1991, diarahkan oleh [[Dedi Setiadi]], dan dibintangi oleh Novia Kolopaking, Gusti Randa, dan [[HIM Damsyik]].{{sfn|Eneste|2001|p=48}} Versi kedua, bermula pada Disember 2004, diarahkan oleh Encep Masduki dan dibintangi oleh [[Nia Ramadhani]], Ser Yozha Reza, dan Anwar Fuady; siri ini memperkenalkan watak baru sebagai pesaing Samsoelbahri.{{sfn|KapanLagi 2004, broadcast}}
 
''Siti Noerbaja'' berkemungkinan tergolong dalam [[filem hilang]]. Ahli antropologi visual [[Amerika Syarikat]] [[Karl G. Heider]] menulis bahawa semua filem Indonesia yang dibuat sebelum tahun 1950 tidak diketahui lagi keberadaannya ataupun kewujudan salinannya.{{sfn|Heider|1991|p=14}} Walau bagaimanapun, ''Katalog Filem Indonesia'' yang disusun JB Kristanto merekodkan beberapa filem masih tersimpan di [[Sinematek Indonesia]] dan Biran menulis bahawa beberapa filem propaganda [[Jepun]] masih wujud dalam simpanan [[Perkhidmatan Maklumat Kerajaan Belanda]].{{sfn|Biran|2009|p=351}}