Senarai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Pada tahun 1896, jawatan '''Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu''' telah dicipta; Pesuruhjaya Tinggi itu mewakili Kerajaan British dalam [...'
 
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
[[Gabenor Negeri-negeri Selat]] sentiasa menjadi ex-officio Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu; kediaman rasmi Gabenor adalah di [[Singapura]], ibu negeri Negeri-negeri Selat, dan dikenali sebagai Rumah Kerajaan (kini [[Istana Singapore|Istana]], kediaman rasmi [[Presiden Singapura]]).
 
Dalam setiap lima buah negeri yang dilindungi [[Perlis]], [[Kedah]], [[Kelantan]], [[Terengganu]] dan [[Johor]] (biasanya dirujuk sebagai '[[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]]'), kerajaan British diwakili oleh Penasihat: '''Penasihat kepada Kerajaan Perlis'''; '''Penasihat kepada Sultan Kedah'''; '''Penasihat kepada Kerajaan Kelantan'''; '''Penasihat, Trengganu'''; dan '''Ketua Penasihat kepada Kerajaan Johor'''.
 
Negeri-negeri Selat telah dibubarkan pada tahun 1946. Singapura menjadi [[tanah jajahan mahkota]] dalam hak sendiri. Negeri-negeri Selat yang (iaitu [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]]) telah digabungkan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor untuk membentuk [[Malayan Union]], tanah jajahan mahkota lain. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor harus menyerahkan kuasa mereka ke United Kingdom, sekali gus menjadikan wilayah ini menjadi tanah jajahan British. Tanah jajahan mahkota baru Malayan Union diketuai oleh Gabenor – '''Gabenor Malayan Union'''.