Perbezaan antara semakan "Senarai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Tanah Melayu"

tiada ringkasan suntingan
Pada tahun 1896, jawatan '''[[Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu]]''' telah dicipta; Pesuruhjaya Tinggi itu mewakili Kerajaan British dalam [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]], sebuah persekutuan empat buah [[ngeri naungan]] British di Tanah Melayu. Kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi adalah King's House (kini sebahagian daripada sebuah hotel, [[Carcosa Seri Negara]]), terletak di [[Taman Tasik Perdana]] di [[Kuala Lumpur]], ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu. King's House berfungsi sebagai tempat yang penting untuk orang kenamaan diraja dan tetamu kehormat.
 
[[Gabenor Negeri-negeri Selat]] sentiasa menjadi ex-officio Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu; kediaman rasmi Gabenor adalah di [[Singapura]], ibu negeri Negeri-negeri Selat, dan dikenali sebagai Rumah Kerajaan (kini [[Istana SingaporeSingapura|Istana]], kediaman rasmi [[Presiden Singapura]]).
 
Dalam setiap lima buah negeri yang dilindungi [[Perlis]], [[Kedah]], [[Kelantan]], [[Terengganu]] dan [[Johor]] (biasanya dirujuk sebagai '[[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]]'), kerajaan British diwakili oleh Penasihat: '''Penasihat kepada Kerajaan Perlis'''; '''Penasihat kepada Sultan Kedah'''; '''Penasihat kepada Kerajaan Kelantan'''; '''Penasihat, Trengganu'''; dan '''Ketua Penasihat kepada Kerajaan Johor'''.
47,712

suntingan