Pekak (filem): Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k →Ulasan |
k →Plot |
||
Baris 34:
Uda ([[Zahiril Adzim]]) merupakan seorang pemuda [[OKU]] yang [[pekak]]. Dia bekerja di bawah ''pusher'' ([[Joe Flizzow]]) sebagai penjual [[dadah]]. Dia ingin mendengar semula dengan mengumpul duit hasil jualan dadahnya untuk digunakan untuk membuat pembedahan. Dia tinggal di sebuah bilik di sebuah rumah pangsa yang berjirankan pasangan yang bermasalah. Dek kerana terlalu ingin mendengar semula,setiap petang, dia akan ke tepi laluan [[kereta api]] untuk menikmati angin dan gegaran kereta api.Sebelum tidur pula, dia akan mendengar lagu Rintihan Hati hasil nyanyian [[Othman Hamzah]].Dara ([[Sharifah Amani]]) pula seorang gadis yang masih bersekolah menengah dan bermasalah, hasil pergaulannya dengan Melur ([[Sharifah Sakinah]]). Bapa Dara ([[Zaidi Omar]]), seorang [[pengawal keselamatan]], sering bekerja pada waktu malam, menyebabkan Dara kurang perhatian dari bapanya. Dara dan Melur sering ponteng sekolah kerana Melur ingin berhibur bersama dengan teman lelakinya, Azman (Amerul Affendi), seorang artis jalanan dan penghisap dadah.
Pada satu hari, ketika Dara ponteng sekolah bersama-sama dengan Melur, mereka telah berkongsi lif dengan Uda, yang ketika itu pergi mengahantar dadah kepada Azman. Uda ternampak Dara mendengar lagu kesukaannya, Rintihan Hati di [[mp3]]. Uda mula jatuh hati dengan Dara. Namun begitu, Dara mempunyai teman lelakinya yang tersendiri, Kamil (Iedil Putra), saudara Azman yang bergraduat dari luar negara dan kaya raya. Kamil sentiasa mencuba untuk menodai Dara tetapi tidak berjaya. Hal ini menyebabkan Kamil meminta bantuan dari Azman dan Melur. Kamil menganjurkan sebuah parti untuk memudahkan misinya untuk menodai Dara. Melur dan Dara menipu bapa Dara bahawa mereka akan mengaji ketika bapa Dara keluar bekerja. Sebaliknya, mereka keluar rumah ditemani Azman untuk ke parti Kamil.
Uda menghantar dadah ke rumah Kamil atas permintaan Azman. Ketika di sana, baju Dara koyak kerana terlalu ketat. Kamil memberi air yang diisi dadah kepada Dara dan Melur. Dara, yang tidak biasa dengan pengaruh dadah, bergaul dengan Uda yang teruja dapat berjumpa semula dengan Dara. Kamil cuba untuk mengambil kesempatan terhadap Dara, tetapi Dara muntah keatas baju Kamil. Dara berlari keluar rumah dan Uda menawarkannya perjalanan pulang ke rumah. Dara menerima pelawaan tersebut dan mereka pulang ke rumah Dara. Dara mula mengenal nama Uda dan cuba meminta nombor telefon Dara.
|