Perbezaan antara semakan "Lubok Antu"

2,017 bait ditambah ,  4 tahun lalu
Etimologi
(Infobox updated)
(Etimologi)
|area_total_km2 = 3,142.55
|population_density_km2 = auto
|population_as_of = 2010<ref>Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010</ref>
|population_total = 55510,644
| subdivision_type = [[Senarai negara di dunia|Negara]]
| subdivision_name = {{flag|Malaysia}}
 
 
'''Lubok Antu''' ialah sebuah daerah di [[Bahagian Sri Aman]], di [[Sarawak]], [[Malaysia]]. Ia berbatasan dengan [[Badau]], di [[Kalimantan Barat]], [[Indonesia]]. Sebilangan besar penduduknya merupakan kaum [[Iban]]. Aktiviti ekonomi utama di daerah ini adalah aktiviti pertanian.
 
==Etimologi==
Nama Lubok Antu dikatakan berasal daripada peristiwa peperangan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Iban pada suatu masa dahulu. Peperangan yang berlaku menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan mayat-mayat yang terkorban dihanyutkan arus deras dari hulu Sungai Batang Ai ke suatu lubuk di hilir sungai. Tiada siapa yang berani menguruskan mayat-mayat yang telah tersadai di lubuk tersebut. Lubuk di mana mayat tersadai itu pula mula dianggap berpuaka oleh penduduk tempatan, maka lahirlah nama Lubok (lubuk) Antu (hantu/puaka).<ref>{{cite web|url=http://www.theborneopost.com/2014/04/27/lubuk-yang-jadi-nama-pekan-lubok-antu-terbiar/|title=Lubuk yang jadi nama pekan Lubok Antu terbiar|date= 27 April 2014|accessdate=15 Sep 2016}}</ref>
 
Terdapat juga cerita lagenda masyarakat setempat mengenai asal-usul nama Lubok Antu. Menurut lagenda tersebut, suatu ketika dahulu ada dua orang adik-beradik bernama Chiri dan Jampi. Suatu hari, mereka pergi ''Ngamboh parang'' (Nempek parang). Sekembalinya dari ngamboh, mereka telah terserempak dengan Bunga Nuing iaitu ''Orang Panggau'' atau Orang Kayangan. Mereka dicabar oleh Bunga Nuing untuk beradu ketajaman parang. Dalam peraduan itu Bunga Nuing telah ''mansap'' (menetak) batu yang terdapat di tepi sebuah lubuk. Bunga Nuing yang menetak batu tersebut bukanlah golongan manusia biasa dan masyarakat tempatan pada masa itu pun beranggapan bahawa lubuk tersebut ada berpuaka atau berhantu. Semenjak itu, daerah ini secara keseluruhan telah dikenali sebagai Lubok Antu.<ref>{{cite web|url=http://www.ibnuhasyim.com/2012/04/lubuk-antu-bersama-sahabatku-orang-iban.html|title=Lubuk Antu.. Bersama Sahabatku Orang Iban..|date= 14 April 2012|accessdate=15 Sep 2016}}</ref> Batu yang ditetak oleh Bunga Nuing masih ada sehingga sekarang.
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
== Pautan luar ==
{{Sarawak}}
 
{{stub}}
[[Kategori:Bandar di Sarawak]]
{{Malaysia-stub}}
 
[[Kategori:BandarDaerah di Sarawak]]
221

suntingan