Perbezaan antara semakan "Lubok Antu"

2,993 bait ditambah ,  4 tahun lalu
Ekonomi
(Demografi)
(Ekonomi)
Daerah Lubok Antu dibahagikan dan diuruskan oleh Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA). Antara daerah kecil di bawah pentadbiran MDLA ialah:
* [[Engkilili|Daerah Kecil Engkilili]]
 
==Ekonomi==
Kebanyakan masyarakat Iban di sini mengamalkan sistem pertanian pindah bagi tanaman padi. Aktiviti lain termasuklah menoreh getah dan menanam kelapa sawit. Aktiviti perniagaan kecil-kecilan dalam menghasilkan produk tempatan seperti ikan tilapia merah yang sangat popular, ikan tengadak dan hasil tani tempatan juga dijalankan.<ref name="Background"/>
 
===Pertanian===
Pertanian merupakan aktiviti turun-temurun penduduk di Lubok Antu. Dahulu aktiviti pertanian dijalankan secara tradisional, tetapi kini aktiviti pertanian komersial turut dijalankan seiring perkembangan teknologi. Antara aktiviti pertanian yang dijalankan penduduk termasuklah penanaman padi bukit dan paya, getah, kelapa sawit, lada, koko dan sebagainya. Badan-badan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, RISDA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan banyak lagi memberi bantuan dari segi pemberian khidmat nasihat kepada penduduk tempatan yang terlibat dengan aktiviti pertanian.<ref name="Ekonomi">{{cite web| url=http://lubokantu.pi1mmaxis.my/sosioekonomi.html| title=Sosioekonomi Dan Keusahawanan.|accessdate=15 Sep 2016}}</ref>
 
===Perikanan===
Lubok Antu merupakan kawasan yang sangat seusai bagi aktiviti penternakan ikan dalam sangkar di Sarawak. Sangkar-sangkar tersebut dibina di tasik yang terletak di Empangan Hidroelektrik Batang Ai. Kerja-kerja penternakan dikendalikan oleh para penduduk yang menganggotai Persatuan Peladang Lubok Antu. Antara ikan yang diternak ialah tilapia, patin, baung dan belida. Saiz sangkar yang digunakan berukuran kira-kira 10 meter persegi. Terdapat lebih 20 buah sangkar ikan yang telah dibina setakat ini tasik tersebut. Ikan-ikan akan dijual setelah diternak dalam tempoh 4 bulan pada harga RM8.00 sekilogram mengikut jenis ikan. Ikan yang sudah dibersihkan akan mendapat permintaan yang tinggi berbanding ikan segar. Jualan ikan akan dilakukan sekali dalam tempoh dua minggu kepada pemborong yang memasarkannya ke Bandaraya Kuching.<ref name="Ekonomi"/>
 
===Penternakan===
Penternakan merupakan aktiviti sampingan yang dilakukan oleh penduduk Lubok Antu selain daripada aktiviti pertanian dan perniagaan. Antara haiwan ternakan ialah ayam, itik, khinzir dan ikan dalam sangkar atau dalam tong. Sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk setempat, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Sarawak telah diamanahkan untuk membantu penduduk tempatan dengan menyalurkan bantuan seperti projek 1Azam kepada penerima-penerima terpilih.<ref name="Ekonomi"/>
 
===Keusahawanan===
Terdapat empat buah kedai runcit yang dimiliki oleh penduduk bumiputera dan manakala 94 buah lagi diusahakan oleh kaum Cina. Ini menunjukkan tiada halangan bagi mana-mana kaum untuk turut sama bersaing secara sihat dalam bidang perniagaan. Di samping itu, terdapat kilang kelapa sawit di bawah pengurusan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan ini.<ref name="Ekonomi"/>
 
==Rujukan==
221

suntingan