The Beatles: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 97:
Pada bulan Jun 1966, ''Yesterday and Today'' — salah satu album kompilasi yang dihasilkan oleh Capitol Records untuk pasaran Amerika Syarikat menimbulkan kekecohan kerana kulitnya memaparkan The Beatles meringis dan memakai pakaian tukang jagal, lengkap dengan daging dan boneka bayi yang cacat. Kemungkinan sebuah sindiran kepada Capitol yang menganggap "menjanggal" album-album mereka. Ribuan cetakan album dipasarkan dengan sampul berbeza-beza. Sebuah album asli pertama yang masih terbungkus mencapai harga $ 10,500 di sebuah lelong pada Disember 2005. Dalam jelajah ke [[Filipina]] selepas pelancaran ''Yesterday and Today'', The Beatles tak sengaja membuatkan ibu negara, [[Imelda Marcos]], merasa tersinggung kerana menolak jamuan sarapan [[Istana Malacañang|istana presiden di Manila]]. Sebagai juru bicara, Epstein menolak dengan halus kerana merasa tidak pernah menerima jemputan rasmi semacam itu. The Beatles lalu menyedari bahawa permintaan rejim Marcos tidak boleh dijawab dengan kata "tidak". Berlaku beberapa kekecohan yang membahayakan dan mereka bersusah payah keluar dari negara itu.
 
Setelah sampai di England, mereka menghadapi kecaman dari lembaga keagamaan dan sosial konservatif Amerika Syarikat, seperti [[Ku Klux Klan]] kerana komen Lennon ketika diwawancara oleh wartawan England, Maureen Cleave dari Evening Standard. Lennon mengatakan bahawa "Kristian telah mati" dan The Beatles "lebih terkenal daripada Isa kini" ({{efn|Original: "more popular than Jesus now")}}. Komen itu diacuhkan di England, namun menimbulkan kontroversi di Lingkaran Injil, selatan Amerika Syarikat, menurut majalah Datebook. Kerana komen itu pula, di [[Afrika Selatan]], lagu-lagu The Beatles dilarang dimainkan di radio sehingga tahun 1971. Epstein mengkritik Datebook yang telah menyalahertikan komen Lennon dan pada semasa sidang akhbar Lennon menjelaskan "Jika saya katakan bahawa televisyen lebih terkenal daripada Yesus, saya mungkin sudah terpengaruh olehnya ". ({{efn|Original: "If I'd said television was more popular than Jesus, I might have got away with it.")}} Lennon mengatakan bahawa ia hanya berpendapat bagaimana orang lain memandang The Beatles, lalu melanjutkan "jika anda ingin saya minta maaf, jika ini membuat anda senang, baiklah, saya minta maaf" ({{efn|Original: " if you want me to apologise, if that will make you happy, then okay, I'm sorry. ")}}
 
====''Revolver'' dan ''Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band''====