The Beatles: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 136:
Dua LP kembar lagu-lagu terbaik The Beatles dikompilasikan oleh Allen Klein, 1962-1966 dan 1967-1970, yang dikeluarkan pada tahun 1973, pertama kali melalui Apple Records. Secara umum dikenali sebagai ''Red Album'' dan ''Blue Album'', masing-masing mendapat penghargaan Pensijilan Multi-Platinum di [[Amerika Syarikat]] dan Pensijilan Platinum di [[England]]. Antara tahun 1976 dan 1982, [[EMI]]/Capitol mengeluarkan gelombang album kompilasi The Beatles tanpa input daripada bekas anggota band. Satu-satunya album yang menyertakan material yang tak dikeluarkan sebelumnya adalah ''The Beatles at the Hollywood Bowl'' (1977). Rakaman konsert pertama The Beatles yang secara rasmi dikeluarkan tersebut mengandungi pilihan dari 2 penampilan The Beatles semasa persembahan jelajah Amerika antara tahun 1964 dan 1965. Selepas keluaran antarabangsa album asli versi Bahasa Inggeris dalam bentuk CD pada tahun 1987, EMI menggugurkan kompilasi-kompilasi terkini - termasuk the ''Hollywodd Bowl'' dari katalognya.
 
Muzik dan kemasyhuran The Beatles yang masih tersisa secara komersial dieksploitasi dalam pelbagai cara, di luar kawalan bekas anggotanya. ''All This and World War II'' (1976) adalah filem bukan fiksyen yang menggabungkan petikan berita [[Perang Dunia II]] dengan lagu latar The Beatles yang dinyanyikan oleh penyanyi lain. Muzikal Broadway berjudul Beatlemania dipentaskan pada awal tahun 1977 cukup berjaya memainkan cerita tentang nostalgia The Beatles. The Beatles cuba memboikot keluaran ''Live! at the Star-Club in Hamburg, Germany; 1962'' namun gagal. Album tersebut mengandungi kompilasi rakaman yang dibuat pada ketika mereka sedang membuat persembahan di [[Hamburg]], tapi dirakam dengan pita dari mesin perakam menggunakan sebuah mikrofon. ''Sgt. Pepper 's Lonely Hearts Club Band'' (1978), sebuah filem muzikal yang memaparkan [[Bee Gees]] dan Peter Frampton, gagal di pasaran dan dianggap "kegagalan yang artistik" ({{efn|Original: "artistic fiasco")}}. Pada tahun 1979, semua bekas anggota The Beatles menuntut penerbit Beatlemania dan mendapat ganti rugi satu juta dolar. Harrison mengulas "Orang berfikir The Beatles seperti domain biasa. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya mencomot material The Beatles" ({{efn|Original: "People were just thinking The Beatles were like public domain. You can not just go around pilfering The Beatles 'material.")}}
 
====1980an====