The Beatles: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 112:
 
Kemudian, LP kembar kembali dikeluarkan, berjudul The Beatles yang dikenali sebagai White Album kerana kulitnya kosong melompong. Kerana pengarahan Epstein sudah tidak ada lagi, inspirasi kreatif untuk bahan album berasal dari pengalaman bersama Maharishi Mahesh Yogi yang mereka sebut sebagai guru. Di Rishikesh, [[India]], tempat ashram Maharishi berada, The Beatles menghasilkan banyak lagu, hampir 30 lagu yang dirakam untuk album tersebut. Starr pulang selepas 10 hari, yang menyamakan sesi tersebut seperti Butlins (bercuti berkhemah di England) dan McCartney juga akhirnya pulang sebulan kemudian kerana bosan dengan prosedur Maharishi. Sementara itu, Lennon dan Harrison diberitahu oleh Yanni Alexis Mardas alias Magic Alex, seorang juruteknik elektronik bahawa Maharishi sebenarnya memanfaatkan The Beatles dan telah melakukan gangguan seksual kepada siswi-siswinya. Mendengar hal itu, Lennon terpengaruh dan terus memaksa Harrison yang tak percaya dan rombongan mereka pulang. Dalam kemarahannya, Lennon menulis lagu berjudul Maharishi, namun diganti menjadi Sexie Sadie. McCartney berkata "Kami membuat kesalahan. Kami fikir ada yang lebih dari dalam dirinya. {{efn|Original: "We made a mistake. We thought there was more to him than there was."}}
 
Dalam sesi rakaman album yang bermula dari akhir Mei hingga pertengahan Oktober 1968, hubungan antara anggota The Beatles menjadi semakin renggang. Starr berhenti untuk sementara, menyebabkan McCartney yang harus mengetuk dram dalam beberapa lagu. Masalah lain adalah hubungan percintaan antara John Lennon dengan artis barisan hadapan [[Yoko Ono]]. Sudah menjadi persetujuan bersama sebelum ini di antara keempat anggota untuk tidak membawa orang ke dalam studio. Lennon berkeras membawa Ono dalam semua sesi rakaman, walaupun Harrison merasa tak senang. Kerja sama menulis lirik antara Lennon-McCartney tidak lagi dilakukan. Lennon semakin sering menilai rendah input kreatif McCartney dan menyebut komposisinya sebagai "muzik nenek-nenek" {{efn|Original: "granny music"}}. Bahkan menyifatkan Ob-La-Di, Ob-La-Da "kotoran nenek-nenek" {{efn|Original|:"granny shit"}}. Mengulas tentang sesi White Album, Lennon memberi kesimpulan tentang akhir kumpulan mereka "kelihatan seperti kau mengambil semua lagu dan membuatnya jadi milikku dan milik Paul... hanya diriku dan kumpulan yang mendukungku, Paul dan kumpulan yang menyokongnya, dan aku menikmatinya. Kami bubar selepas itu" {{efn|Original: "it 's like if you took each track off it and made it all mine and all Paul's... just me and a backing group, Paul and a backing group, and I enjoyed it. We broke up then."}} McCartney juga menyebut sesi itu sebagai awal dari perpecahan: "sampai titik itu, dunia adalah masalah, tapi kami tidak lagi" seperti yang selalu menjadi "hal terbaik tentang the Beatles" {{efn|Original: "Up to that point, the world was a problem, but we were not "which had always been" the best thing about the Beatles."}} Dikeluarkan pada November, White Album adalah keluaran pertama album The Beatles dari Apple Records, label baru anak syarikat Apple Corps yang dibentuk oleh kumpulan itu setelah kembali dari [[India]], memenuhi rancangan Epstein untuk membina syarikat cukai yang berkesan. Album itu terjual lebih dari 4 juta keping di Amerika Syarikat dalam masa satu bulan dan lagu-lagunya ramai dimainkan di radio-radio Amerika. Walaupun terkenal, album itu tidak mendapat komen yang bernada memuji. Berdasarkan komen Jonathan Gould: "respons balas... berbeza dari campuran sehingga rata. Berbeza dengan Sgt.Pepper, yang membantu membina seluruh genre kritikan rock yang terpelajar, White Album tidak memberi inspirasi kepada tulisan balas sedikit pun. Bahkan peresensi yang paling bersimpati sekalipun... benar-benar tidak tahu untuk membuat pencurahan tak berbentuk dari lagu-lagu itu. Hubert Saal dari Newsweek, melihat banyaknya parody, menuduh mereka main-main" {{efn|Original: "The critical response... ranged from mixed to flat. In marked contrast to Sgt. Pepper, which had helped to establish an entire genre of literate rock criticism, the White Album inspired no critical writing of any note. Even the most sympathetic reviewers... clearly did not know what to make of this shapeless outpouring of songs. Newsweek 's Hubert Saal, citing the high proportion of parodies, accused the group of getting their tongues caught in their cheeks."}}
 
====''Abbey Road'', ''Let it Be'' dan pembubaran====