The Beatles: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 114:
 
Dalam sesi rakaman album yang bermula dari akhir Mei hingga pertengahan Oktober 1968, hubungan antara anggota The Beatles menjadi semakin renggang. Starr berhenti untuk sementara, menyebabkan McCartney yang harus mengetuk dram dalam beberapa lagu. Masalah lain adalah hubungan percintaan antara John Lennon dengan artis barisan hadapan [[Yoko Ono]]. Sudah menjadi persetujuan bersama sebelum ini di antara keempat anggota untuk tidak membawa orang ke dalam studio. Lennon berkeras membawa Ono dalam semua sesi rakaman, walaupun Harrison merasa tak senang. Kerja sama menulis lirik antara Lennon-McCartney tidak lagi dilakukan. Lennon semakin sering menilai rendah input kreatif McCartney dan menyebut komposisinya sebagai "muzik nenek-nenek" {{efn|Original: "granny music"}}. Bahkan menyifatkan Ob-La-Di, Ob-La-Da "kotoran nenek-nenek" {{efn|Original:"granny shit"}}. Mengulas tentang sesi White Album, Lennon memberi kesimpulan tentang akhir kumpulan mereka "kelihatan seperti kau mengambil semua lagu dan membuatnya jadi milikku dan milik Paul... hanya diriku dan kumpulan yang mendukungku, Paul dan kumpulan yang menyokongnya, dan aku menikmatinya. Kami bubar selepas itu" {{efn|Original: "it 's like if you took each track off it and made it all mine and all Paul's... just me and a backing group, Paul and a backing group, and I enjoyed it. We broke up then."}} McCartney juga menyebut sesi itu sebagai awal dari perpecahan: "sampai titik itu, dunia adalah masalah, tapi kami tidak lagi" seperti yang selalu menjadi "hal terbaik tentang the Beatles" {{efn|Original: "Up to that point, the world was a problem, but we were not "which had always been" the best thing about the Beatles."}} Dikeluarkan pada November, White Album adalah keluaran pertama album The Beatles dari Apple Records, label baru anak syarikat Apple Corps yang dibentuk oleh kumpulan itu setelah kembali dari [[India]], memenuhi rancangan Epstein untuk membina syarikat cukai yang berkesan. Album itu terjual lebih dari 4 juta keping di Amerika Syarikat dalam masa satu bulan dan lagu-lagunya ramai dimainkan di radio-radio Amerika. Walaupun terkenal, album itu tidak mendapat komen yang bernada memuji. Berdasarkan komen Jonathan Gould: "respons balas... berbeza dari campuran sehingga rata. Berbeza dengan Sgt.Pepper, yang membantu membina seluruh genre kritikan rock yang terpelajar, White Album tidak memberi inspirasi kepada tulisan balas sedikit pun. Bahkan peresensi yang paling bersimpati sekalipun... benar-benar tidak tahu untuk membuat pencurahan tak berbentuk dari lagu-lagu itu. Hubert Saal dari Newsweek, melihat banyaknya parody, menuduh mereka main-main" {{efn|Original: "The critical response... ranged from mixed to flat. In marked contrast to Sgt. Pepper, which had helped to establish an entire genre of literate rock criticism, the White Album inspired no critical writing of any note. Even the most sympathetic reviewers... clearly did not know what to make of this shapeless outpouring of songs. Newsweek 's Hubert Saal, citing the high proportion of parodies, accused the group of getting their tongues caught in their cheeks."}}
 
Namun begitu, kritikan akhirnya membina. Pada tahun 2003, Rolling Stone memasukkannya ke peringkat terakhir dari ''Sepuluh Album Terbaik Sepanjang Masa''. Pitchfork memuji "besar dan bertaburan, melimpah dengan idea-idea dan kesenangan, dan dipenuhi dengan susunan bahan yang sangat berbeza-beza ... kelemahannya sama penting untuk membentuk perwatakan sama seperti kejayaannya" {{efn|Original: "large and sprawling, overflowing with ideas but also with indulgences, and filled with a hugely variable array of material ... its failings are as essential to its character as its triumphs."}} Allmusic mengulas:" Sebenarnya, dua tokoh utama penulis lagu The Beatles tidak lagi sehaluan dengannya, tetapi lain halnya dengan George dan Ringo" {{efn|Original: "Clearly, the Beatles' two main songwriting forces were no longer on the same page, but neither were George and Ringo"}}, "Lennon mencipta 2 buah lagu balada terbaiknya" {{efn|Original: "Lennon turns in two of his best ballads"}}, lagu-lagu karya McCartney "menakjubkan" {{efn|Original: "stunning"}}, Harrison seolah-olah sudah menjadi "penulis lagu yang pantas mendapat pemberitaan" {{efn|Original: "a songwriter who deserved wider exposure"}} dan komposisi Starr "sebuah kegembiraan". {{efn|Original: "a delight"}}
 
Ketika ini, minat terhadap lagu The Beatles sudah jadi perkara serius. Saat lagu "Revolution" yang ditulis Lennon dikeluarkan sebagai single pada Ogos, mendahului White Album, pesannya tampak jelas: "bersihkan fikiran" {{efn|Original: "free your mind"}}, dan "aku tidak ikut" {{efn|Original: "count me out"}}, menyifatkan bahawa kemusnahan adalah alat untuk mendapatkan suatu tujuan. Namun di versi White Album dengan lagunya, "Revolution 1", ada penambahan kata "count me out... in", seperti menandakan perubahan perasaan. Namun sebenarnya single Revolution dirakam selepas White Album dan ada yang berpendapat bahawa bahawa lirik mereka mula membenarkan kekerasan yang bersifat politik.
 
LP Yellow Submarine akhirnya dikeluarkan pada Januari 1969, mengandungi 4 lagu yang sebelum ini tidak dikeluarkan, terdapat juga lagu utama Yellow Submarine, (sudah dimasukkan dalam Revolver), lagu All You Need is Love (dikeluarkan sebagai single dan LP Magical Mystery Tour di Amerika) dan 7 muzik instrumental yang dikarang oleh Martin. Kerana kurangnya perkara baru dalam album ini, Allmusic menyebutnya "kurang perlu" {{efn|Original: "inessential"}} mengecualikan lagu Harrison, ''It's All Too Much'', yang dipuji sebagai "permata dari lagu-lagu yang baru... gemerlapan dengan Mellotron yang berputar-putar, perkusi yang sangat kencang dan gelombang pasang gitar arus balik ... perjalanan seorang pemain alat muszk ke dalam Psikedelia lain yang tidak jelas" {{efn|Original: "the jewel of the new songs ... resplendent in swirling Mellotron, larger-than-life percussion, and tidal waves of feedback guitar ... a virtuoso excursion into otherwise hazy psychedelia".}}
 
====''Abbey Road'', ''Let it Be'' dan pembubaran====