The Beatles: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 77:
Di minggu ke-4 pada April, The Beatles sudah menduduki 12 kedudukan di tangga lagu single Billboard Hot 100, termasuk 5 kedudukan carta. Di minggu yang sama, LP Amerika ke-3 telah dikeluarkan dan sama seperti 2 LP lain, menduduki nombor satu atau dua di carta lagu Amerika. Populariti The Beatles menarik perhatian yang tak terduga akan muzik England, dan beberapa pemuzik Britain lain juga memulakan debut masing-masing di Amerika dan berjaya sehingga dalam 3 tahun berikutnya pengaruh muzik Inggeris diistilahkan dengan Penjajahan British (British Invasion). Gaya rambut The Beatles yang panjang, tidak biasa untuk zaman itu banyak diejek oleh orang-orang dewasa, namun memberi inspirasi kepada golongan belia.
 
Jelajah antarabangsa mulai bulan Jun dengan 22 konsert selama lebih daripada 19 hari di [[Denmark]], [[Belanda]], [[Hong Kong]], [[Australia]], dan [[New Zealand]]. {{#tag:ref|Starr telah dimasukkan ke hospital selepas [[tonsilektomi]] dan Jimmie Nicol dudukpada posisi dram untuk lima tarikh pertama.|group=nota}} Starr dihantar ke hospital setelah menjalani tonsilektomi pada setengah jelajah dan digantikan Jimmie Nicol. Pada Ogos mereka kembali ke Amerika untuk jelajah keliling 23 bandar selama sebulan, mulai dari [[San Francisco]] sehingga ke [[New York City]]. Namun ada masalah dengan pembesar suara yang pada masa itu kurang bagus dan bersaiz kecil, sehingga muzik yang dimainkan susah terdengar, selain harus berhadapan dengan suara jeritan peminat.
 
====''A Hard Days Night'', ''Beatles for Sale'', ''Help!'' dan ''Rubber Soul''====