Kembang Layu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
==Ringkasan==
 
Encik Baharuddin ([[S. Kadarisman]]) seorang hartawan terkenal di Selangor, Malaysia. Beliau mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Norma ([[Noran Nordin]]), Norli ([[Norlia Ghani]]) dan Normala ([[Noor Azizah)]]. Akibat anak-anak perempuannya menjalani kehidupan yang bebas menyebabkan mereka berdua telah terlanjur. Normala telah difitnah oleh Norma yang membuatkan dia diusir dari rumah. Norma juga telah disahkan mengandung anak luar nikah, ayahnya menanggung malu teramat sangat sehingga menghalau Norma keluar dari rumah. Norli juga mengambil keputusan untuk keluar dari rumah kerana dia juga telah terlanjur dengan pasangannya. Ibunya telah menjadi gila akibat tingkah laku anak-anak perempuannya. Norli telah diselamatkan oleh Inspektor Rahman dari menjadi mangsa pelacuran selepas dia ditipu oleh kekasihnya. Norli berkahwin dengan Inspektor Rahman tersebut.
 
Selepas beberapa bulan, Norma selamat melahirkan seorang bayi. Tetapi dia tidak sanggup untuk menjaga bayi tersebut, lalu ditinggalkannya bayi tersebut di tanah perkuburan islam. Keesokkan harinya, bayi tersebut dijumpai oleh Normala dan pasangannya lakonan ([[Ed Osmera]]) juga seorang anggota polis. Pada mulanya kehadiran bayi tersebut ke kampung tidak disukai orang ramai kerana bayi tersebut adalah anak diluar nikah. Kehidupan Norma masih tidak berubah, dia bekerja sebagai pelayan dan melayan kerenah orang-orang kenamaan.