Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Bryan See (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Menggantikan laman dengan 'Imej:antiamling.gif GANYANG MALINGSIA {{stub}}Imej:antiamling.gif GANYANG MALINGSIA {{stub}}'
Baris 1:
[[Imej:antiamling.gif]]
{{KedaiKopi}}
 
GANYANG MALINGSIA
== Tolong mencegah vandalisme ==
 
{{stub}}[[Imej:antiamling.gif]]
Sekarang, Wikipedia mengalami vandalism dari spam dan bot. Saya nak tolong kamu mencegah [[Wikipedia:Laku musnah|laku musnah]] hari ini. [[Pengguna:Bryan See|Bryan See]] 12:50, 27 Oktober 2007 (UTC)
 
GANYANG MALINGSIA
== PERHATIAN! ==
Terdapat seorang pengguna yang sedang merosakkan rencana-rencana kita! Anda pasti telah lihat. Setiap kali saya ingin membatalkan suntingannya, browser saya mati. Halaman utama pun diserang. Penyelia, sila ambil perhatian. Terima kasih.
 
{{stub}}
[[Pengguna:Piecemealcranky|pmc]] 13:52, 1 Oktober 2007 (UTC)
 
==Tolong buatkan templat==
{{tl|Turkishmusic}} untuk rencana [[Muzik Turki]]? Sumbangan dan bantuan anda amat dihargai. Terima kasih. --[[Pengguna:BukanTeamBiasa|BukanTeamBiasa]] 07:16, 1 Oktober 2007 (UTC)
 
Juga {{tl|South Asian cinema}}
 
==Dokumen tentang sejarah pengasasan Wikipedia bahasa Melayu==
Saya ternampak [http://www.mncc.com.my/ossig/lists/general/2003-09/msg00139.html dokumen ini] yang ditulis oleh Imran William Smith (rupa-rupanya penganjur Wikipedia bahasa Melayu) dalam talian. Entahkah dokumen ini patut disimpan dalam portal Wikipedia bahasa Melayu sebagai sebahagian sejarahnya kerana dokumen-dokumen dalam talian seringnya boleh hilang. — [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 10:20, 1 Oktober 2007 (UTC)
 
:Mungkin boleh dikemas kini di [[Wikipedia:Sejarah Wikipedia Melayu]]. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 10:28, 1 Oktober 2007 (UTC)
::Lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_Pengguna:Yosri/Archive1 [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 10:30, 1 Oktober 2007 (UTC)
 
:::Sesiapa yang minat Imran William Smith boleh lihat:-<br>* http://www.willsmith.org/<br>* http://indopedia.org/User:Willsmith.html <br> *http://www.asia-oss.org/march2003/downloads/ImranWilliamSmith/Report/pdf/Asia%20OSS%20Symposium%20Phuket%20-%20Paper%20v5.pdf
[[Pengguna:Yosri|Yosri]] 10:45, 1 Oktober 2007 (UTC)
 
:Mungkin boleh diolah dan ditulis dalam Wikipedia. Dokumen-dokumen tersebut hanya boleh dijadikan rujukan, tidak boleh disimpan di sini kerana batasan hak cipta. Sekiranya ada yang hilang, gunakan [http://www.archive.org/ Internet Archive]. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 12:51, 2 Oktober 2007 (UTC)
 
-------
Hi Aviator, apa yang anda katakan memang betul. Tetapi memang ada caranya. Saya dah membuat permohonan untuk menterjemahkan seluruh tapak web [http://pc-museum.com/ Rune's PC-Museum] di Sweden dan mengambil semua gambarnya, dengan kebenaran telahpun saya terima. Selain itu, saya juga diberikan kebenaran untuk mengambil semua gambar di laman web [http://www.amethyst.co.za/iWeek2006/ iWeek2006] di Afrika Selatan. Apalaaa dengan cuma satu halaman. Sebenarnya, semua ini tak susah. Asalkan anda memberikan penghargaan, mereka biasanya tak kisah, kecuali ada konflik kepentingan. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 18:43, 2 Oktober 2007 (UTC)
 
:Entahlah. Saya pening juga tentang masalah hak cipta ni. Sesetengah orang '''kisah''' juga sebenarnya. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 20:53, 2 Oktober 2007 (UTC)
------
Untuk keselamatan, kebenaran bertulis patut diterima. Tetapi berdasarkan pengalaman saya setakat ini, orang Barat lebih ramah berbanding dengan orang Asia. Sebilangan permohonan ke Malaysia dan Singapura tidak diendahkan. Tetapi setakat ini, permohonan ke barat telah menerima sambutan yang amat mesra.
 
Saya menulis emel kepada Richard Skrenta yang dikatakan merupakan penulis virus komputer yang pertama untuk gambar potret supaya dapat dipaparkan dalam [http://e-komputer.info/wiki/Richard_Skrenta rencana Richard Skrenta] di tapak web saya. Dia memberikan kebenaran bertulis dalam tempoh dua hari, walaupun banyak ahli keluarga saya menjangka bahawa permohonan itu akan ditolak.
 
Saya menulis kepada James Seng dari Singapura tentang sedikit maklumat untuk [http://e-komputer.info/wiki/James_Seng rencana James Seng] tetapi tidak diendahkan. Gambarnya dalam rencana itu diberikan oleh [http://www.amethyst.co.za/iWeek2006/ Rodney Jones] dari Afrika Selatan dengan begitu mesra, bukan oleh James.
 
Saya berasa lebih senang dapat sambutan daripada Bill Gates, berbanding dengan orang Timur... sedikit pencapaian dah berlagak, hehehe. Ini kelihatan sikap orang Timur... katak di bawah tempurung; bak pepatah Cina, belum nampak ular besar terberak, hehehe. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 06:22, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
:Sebenarnya saya mengenali Imran W Smith ini sebelum saya memasuki Wiki ms ini, iaitu melalui search image google. Tetapi untuk pengetahuan anda semua, saya tidak langsung mengetahui dia mencadangkan wiki ms ini dibuka sehinggalah saya terbaca tentang [[Wikipedia:Sejarah Wikipedia Melayu]]. Apa yang saya tahu mengenainya sebelum saya ke sini ialah dia merupakan orang Inggeris yang sudah bekerja, masuk Islam dan berkahwin dengan isterinya Mayang. &mdash; [[Pengguna:Emrrans|Imran Al-Sahih]] 06:42, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
::Pada pendapat saya, walaupun kebanyakan orang barat lebih ramah dari Asia, tetapi ada ''setback''nya. Ketua tamadun barat, [[Amerika Syarikat]], masih dalam tahap yang menyedihkan kepada dunia dari segi ekonomi, politik dan sosial. Jadi, saya berasa tanggapan anda betul, SPR. Orang barat bagaimanapun, masih layak dipanggil orang yang boleh menjadi lebih baik, serta, menguasai dunia dan lebih baik dari bangsa lain, terutamanya Asia. Tapi bukan masa sekarang kerana mereka sudah tak sebaik dahulu akibat dari serangan 11 September 2001 dan dasar serang ke atas Iraq oleh [[George W. Bush]]. &mdash; [[Pengguna:Emrrans|Imran Al-Sahih]] 06:42, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
SEDIKIT PENGUBAHSUAIAN. Saya cuma cakap tentang orang biasa di tepi jalan, bukan orang politik, hehehe. Bagaimanapun, pandangan saya ini cuma merupakan suatu generalisasi, berdasarkan bantuan yang saya terima sejak memulakan tapak web saya. Jika anda melihat halaman [http://e-komputer.info/wiki/E-komputer.info:Penghargaan Penghargaan] di tapak web saya, boleh nampak nama orang Timur tak? Langsung takde kan? Banyaknya lagi sokongan remeh dari dunia barat yang tidak tertulis kerana terlalu banyak (dari forum-forum yang berkaitan).
 
Sememangnya ada juga orang Timur yang baik, cuma saya belum temu setakat ini. Apabila saya telah jumpa, saya akan beritahu kelak, hehehe. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 07:31, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
::Saya pergi ke '''laman penghargaan''' anda dan mendapati anda betul, tiada orang Timur dalam laman anda. Saya cuma sekadar hanya memberikan pendapat sahaja. Sememangnya saya memang penyokong kuat orang Barat. Dan kalau nak tahu, matahari terbit ke arah timur, itulah yang manusia semua tahu kan? Tapi dalam hadis Islam, menurut tanda kiamat besar, matahari akan terbit ke arah barat. Jadi saya merasakan bahawa kebaikan akan berkembang di barat dan kejahatan akan berkembang di timur. Dan saya juga memang lebih sukakan barat dari timur dari segi adab dan perangai sejak dari dulu lagi, hehehe. :P &mdash; [[Pengguna:Emrrans|Imran Al-Sahih]] 07:39, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
: Kalau sudah minta kebenaran, tak mengapalah. Takut tak pasal-pasal kena ''cease and desist'' atau saman ''copyright infringement'' lepas ni. Tak seperti orang Timur, orang Barat bila nak saman orang, semua perkara dia boleh saman, tanpa rasa belas kasihan :). ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 13:17, 3 Oktober 2007 (UTC)
<center>* * * * *</center>
Sememangnya ada kes-kes sebegitu, umpamanya kes McDonalds apabila kopi panas tertumpah. Tetapi bolehkah anda membekalkan beberapa kes ''copyright infringement'' yang melibatkan tapak-tapak web sumber terbuka atau bukan untung? Tahukah anda bagaimana pampasan ''copyright infringement'' dihitung? Mungkin anda hendak mengemukakannya di sini supaya semua pengguna akan dapat tahu. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 14:05, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
Pernah dengar tentang [[:en:AACS encryption key controversy]]? Digg (menggunakan lesen CC) mendapat C&D daripada AACS. Wikipedia pun rasanya pernah mendapat arahan C&D berikutan kejadian ini. Apapun, perkara ini tidak harus dipersoalkan kerana ia menjadi dasar utama Wikipedia yang hanya membenarkan kandungan GFDL-compatible. Pemilik hak cipta berhak memohon pemadaman mana-mana kandungan yang dimiliki olehnya. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 14:23, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
-----
Hi Aviator, adakah kes AACS itu berkenaan dengan pemecahan pangkalan data terlindung melalui pencerobohan dengan menggunakan kunci pengekodan yang terbongkar?
 
Jika ya, kes yang dikemukakan itu seolah-olah merupakan kes pecah rumah dan bukannya kes yang dimaksudkan di atas. Anda telah memberikan kes yang berketerlaluan dan tidak relevan. Bolehkah anda mengemukakan kes biasa seperti penggunaan bahan rencana yang dipaparkan di internet (bukan yang terlindung dalam pangkalan data), dengan kepentingan pemilik tidak terjejas dan penghargaan yang wajar diberikan, akan tetapi kebenaran tidak dipohon. Dan apakah hukuman yang akan dikenakan jika kebenaran untuk penggunaan tersebut kemudian ditolak? &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 17:41, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
:Syarikat Pemunggahan Rencana, kes itu sudah cukup sesuai untuk dijadikan contoh. AACS membuat tuntutan bahawa kod yang dibongkar itu adalah ''hak cipta'', justeru tidak boleh disiarkan tanpa kebenaran mereka.
 
:"Penyiaran karya yang tidak menjejaskan kepentingan pemilik" seperti yang anda katakan itu dikenali sebagai ''fair use'' dan dibolehkan walaupun tanpa kebenaran si pemilik. Walau bagaiamanapun, ''fair use'' adalah amat terhad. Maklumat lanjut boleh didapati di [[:en:Wikipedia:Non-free_content]]. Saya bukanlah pakar undang-undang, tetapi saya bersuara berdasarkan pengetahuan yang saya ada. Semua orang pasti menentang kemasukan bahan-bahan hak cipta di sini. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 18:14, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
----
Sebenarnya, perbincangan kita telah menyimpang. Saya sebenarnya menuju kepada kenyataan anda, iaitu:
: ''Takut tak pasal-pasal kena cease and desist atau saman copyright infringement lepas ni. Tak seperti orang Timur, orang Barat bila nak saman orang, semua perkara dia boleh saman, tanpa rasa belas kasihan.
 
Walaupun kes AACS merupakan pembongkaran kod dan pencurian bahan dalam pangkalan data terkunci yang merupakan suatu jenayah komputer yang berat, tiada sebarang tindakan ''cease and desist'' atau saman ''copyright infringement'' diambil. Itulah yang hendak saya tarik perhatian anda.
 
Anda juga berkata:
: ''"Penyiaran karya yang tidak menjejaskan kepentingan pemilik" seperti yang anda katakan itu dikenali sebagai fair use dan dibolehkan walaupun tanpa kebenaran si pemilik.
 
Maka kita kembali ke isu yang memulakan perbincangan ini, iaitu adakah penyalinan [http://www.mncc.com.my/ossig/lists/general/2003-09/msg00139.html dokumen yang ditulis oleh Imran William Smith] merupakan fair use, mengikut pendapat anda? Bagi saya, ia bukan, tetapi saya rasa William Smith tidak akan mengambil kisah atau mengambil tindakan ''cease and desist'' atau saman ''copyright infringement''. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 20:20, 3 Oktober 2007 (UTC)
 
====Sambungan====
Sebenarnya, memang AACS mengambil tindakan ''cease and desist'' terhadap semua laman web yang menyiarkan kod tersebut.
 
:Saya tak tahu bahawa mengambil dokumen tersebut dikenali sebagai fair use atau tidak. Setakat memasukkan pautan mungkin dikira sebagai fair use. Petikan pendek (quote) mungkin dikira sebagai fair use. Kita tidak seharusnya memikirkan bahawa sama ada Imran William Smith mahu menyaman kita atau tidak. Kita seharusnya mengikuti segala polisi Wikipedia dan memastikan bahawa semua kandungannya adalah GFDL.
 
:OK, mungkin kes AACS ini terlalu kontroversi. Ambil kes lain pula: SCO menyaman Linux dan mendakwa bahawa kod sumbernya dicuri daripada mereka. Lihat [[:en:SCO-Linux_controversies]]. Linux ialah sebuah sistem pengendalian bebas dan sumber terbuka yang hanya membenarkan kandungan GPL dalam kod sumbernya. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 11:34, 4 Oktober 2007 (UTC)
 
-----
Ya, itu kesilapan saya. Tindakan AACS ialah tindakan ''cease and desist'' (saya salah anggap bahawa "cease and desist" ialah istilah yang digunakan hanya apabila ia diperintah oleh mahkamah). Tetapi apabila rencana-rencana yang terlibat dikeluarkan, tiada tindakan lain yang dikenakan. Itulah yang saya hendak menegaskan. Tapak web yang bersalah tidak ditutup, denda tidak perlu dibayar, para pengurus tidak payah masuk penjara.
 
Anda berkata: "Kita seharusnya mengikuti segala polisi Wikipedia dan memastikan bahawa semua kandungannya adalah GDFL." Benar cakap anda! Itulah sebabnya di halaman muat naik pintar, adanya banyak pilihan selain daripada GDFL, hehehe.
 
Kes SCO adalah mengenai kod sumber syarikat yang merupakan rahsia perdagangan (bukannya kod sumber terbuka). Oleh itu, kepentingan syarikat jelas terjejas. Entah mengapa anda suka memilih bahan-bahan yang rahsia atau terkunci, dan bukannya yang dipaparkan, hehehe. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 14:26, 4 Oktober 2007 (UTC)
 
:Mungkin anda tidak meneliti betul-betul kes ini. Kod Unix SCO, walaupun bukan sumber terbuka, boleh dilihat melalui perjanjian yang dibuat bersama IBM. SCO menyaman Linux kerana menggunakan kod '''hak cipta''' yang disumbangkan oleh IBM, bukan kerana syarikatnya terjejas atau merosot. Apapun, tidak kira '''rahsia atau tidak''', atau '''disaman atau tidak''', karya hak cipta yang tidak GFDL-compatible masih tidak boleh dimasukkan di sini. Laman muat naik pintar pun tidak membenarkan imej atau media hak cipta kecuali fair use.
 
:Syarikat Pemunggahan Rencana, e-mel daripada Imran Smith sudah mempunya tempatnya yang berhak di situ. Ia takkan pergi ke mana-mana. Biarlah Wikipedia sekadar merujuk kepadanya dengan menggunakan pautan dan tag &lt;ref&gt;. Wikipedia adalah ensiklopedia, bukan tempat menyimpan dokumen sejarah. Sila baca [[:en:What Wikipedia is not#Wikipedia_is_not_a_mirror_or_a_repository_of_links.2C_images.2C_or_media_files|Wikipedia is not a mirror or a repository of links, images, or media files.]] ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 15:12, 4 Oktober 2007 (UTC)
-----------
Jika saya tidak terbaca salah, perjanjian SCO dengan IBM tidak memberikan hak kepada IBM untuk mengedarkan kod itu kepada pihak lain. Sila fikir sebentar. Jika perjanjian SCO membenarkan perbuatan itu, tak kan ia akan mengambil tindakan mahkamah dan tak kan mahkamah akan mendengar kes itu. Sebelum kes diadakan di mana-mana mahkamah, suatu kes prima facie harus diasaskan lebih dahulu demi mengelakkan pembelanjaan masa dan wang negara yang sia-sia.
 
Anda berkata; ''Kita seharusnya mengikuti segala polisi Wikipedia dan memastikan bahawa semua kandungannya adalah GFDL.'' Tetapi kemudiannya, anda pula berkata: ''Laman muat naik pintar pun tidak membenarkan imej atau media hak cipta '''kecuali''' fair use.''
 
Okaylaaa... semua kandungan adalah GFDL tetapi sekarang termasuk fair use. Bagaimana pula dengan:
* Attribution Sharealike 2.5
* Attribution 2.5
* Karya agensi kerajaan Amerika Syarikat.
 
Mungkin anda kini hendak tambahkan lagi satu perkataan, iaitu "serasi" di hadapan perkataan GFDL, hehehe. Walau bagaimanapun, '''let's agree to disagree'''. Saya rasa perbincangan ini tidak akan ke mana-mana.
 
(P/S: Jika pada awal-awalnya, anda ceritakan tentang polisi Wikipedia, tidak perlulah kita memanjangkan perbincangan ini. Akan tetapi anda menuju kepada persoalan saman dan sebagainya. Itulah tumpuan perbincangan saya, bukannya polisi Wikipedia. Bagi saya, Jimmy Wales pernah mengatakan, '''''Sudut pandangan berkecuali merupakan suatu prinsip yang mutlak yang tidak boleh dirundingkan''''', dan kemudiannya menyunting rencana biografi tentang dirinya dalam Wikipedia. Kan melimpah dengan ironi? (Tetapi memang betul beliau tidak mengatakan bahawa polisi itu tidak boleh dilanggar, cuma beliau menegaskan bahawa ia tak boleh dirundingkan, hehehe.) Mungkin polisi itu ibarat ''doktor keperibahasaan''<sup>&copy;</sup> yang berkata, "Do what I say, don't do what I do", hehehe) &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 21:05, 4 Oktober 2007 (UTC)
 
:Kan saya ada juga sebut GFDL-compatible sebelum ini? Apa yang saya maksudkan dengan GFDL sahaja ialah kandungan itu sendiri mestilah GFDL, dan apa yang saya maksudkan dengan GFDL-compatible (serasi GFDL) ialah semua karya yang dibawa masuk tak semestinya GFDL, tetapi boleh jadi Creative Commons, domain awam, fair use atau sebagainya yang serasi dengan GFDL. ''But in the end it will all come down to GFDL.''
 
:''"Jika perjanjian SCO membenarkan perbuatan itu, tak kan ia akan mengambil tindakan mahkamah dan tak kan mahkamah akan mendengar kes itu."'' Kalau macam itu, kenapa SCO tidak menyaman IBM sahaja? Kalau mereka membenarkan orang lain melihat kod sumbernya sekalipun (boleh lihat tak semestinya boleh salin), mereka tetap akan menyaman pihak Linux kerana memasukkan kod hak cipta.
 
:Di manakah perbincangan kita, sebenarnya? Kalau kita bertelagah tentang adakah Imram Smith atau orang lain akan menyaman kita kerana perbuatan tersebut, saya kata "probably, though unlikely". Kalau kita bertelagah tentang haruskah kita memasukkan karya hak cipta orang lain ke dalam Wikipedia, saya kata "tidak boleh".
 
:Sudahlah. Saya pun dah tak larat nak memanjangkan lagi perbincangan ini ;). ''Shall we stop now?'' memang ironi bertaburan di merata-rata, akan tetapi suntinglah Wikipedia berdasarkan pertimbangan, ya. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 22:01, 4 Oktober 2007 (UTC)
 
==Portal:Singapura==
[[Portal:Singapura]] - bolehkah anda memperbaikikan Portal Singapura? Terima kasih. {{tanpatt|BukanTeamBiasa}}
 
==Untuk maklumat sahaja==
Daripada halaman imej [[:en:Image:Metawiki.png|Wikpedia bahasa Inggeris]]. Penjelasan adalah jelas pada dirinya:
 
[[Imej:NotGFDL.jpg]]
 
Orang punya logo boleh pakai di bawah ''fair use''.... tetapi sendiri punya, ahem..... &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 22:33, 4 Oktober 2007 (UTC)
:Tiada sebut tak boleh pakai di bawah kegunaan adil pun :) [[Pengguna:Aurora|...Aurora...]] 14:25, 5 Oktober 2007 (UTC)
 
:Sesiapa saja tidak membenarkan logonya digunakan oleh orang lain. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 14:44, 5 Oktober 2007 (UTC)
 
Apakah maksudnya, "Use of the Wikimedia logo... requires permission"? Apakah kegunaan logo orang lain yang sah, selain daripada untuk menulis rencana tentang syarikat yang berkaitan? Tak kan ada orang yang hendak menggunakan logo itu sebagai logo sendiri. Jika ada pun, tak kan ada mana-mana pemilik logo di dunia ini yang akan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.
 
Walau bagaimanapun, peraturan itu tidak akan berjaya dikuatkuasakan kerana ia melanggar undang-undang hak cipta tentang kegunaan adil. Bagi saya, penetapan peraturan itu hanya berjaya membayangkan sikap yang tidak begitu adil, dengan bebolanya berat sebelah, hehehe. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 19:52, 5 Oktober 2007 (UTC)
 
:SPR, semua pemilik hak cipta (tak kira yang tidak berlesen atau yang berlesen seperti GNU GPL, GFDL, Creative Commons, MIT dan sebagainya) berhak menentukan batasan (restriction) terhadap penggunaan karya yang dihasilkan. Cuma batasan ini berbeza-beza. Karya hak cipta secara automatik akan tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang hak cipta negara asal. Dalam kes di atas, Wikimedia hanya melakukan perkara yang patut dilakukan oleh mana-mana yayasan atau syarikat: iaitu melarang penggunaan logonya tanpa kebenaran. Ini adalah untuk melindungi kepentingan Wikimedia. Berkenaan ''fair use'', ia tidak perlu dinyatakan dalam gambar di atas, kerana ia sudah pun diperuntukkan sebagai pengecualian dalam undang-undang Amerika Syarikat (negara asal logo tersebut). ''Fair use'' tetap boleh digunakan sama ada si pemilik hak cipta membenarkannya atau tidak, kerana ia tidak berada di bawah kuasa pemilik hak cipta, tetapi kuasa legislatif Amerika Syarikat. Tiada yang berat sebelah dalam gambar di atas. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 23:09, 5 Oktober 2007 (UTC)
------
Hi Aviator, adakah itu tafsiran anda atau anda mendapat maklumat rujukan yang lebih lanjut daripada maklumat yang tercatat dalam teg itu? Sila baca dengan teliti. "Notwithstanding any other statements, this image has not been licensed under GDFL. '''Use of the Wikipedia logo... requires permission'''".... bukannya, "Use of the Wikipedia logo.. requires permission, '''except as permitted under relevant copyright laws.'''"
 
Anda mungkin akan berkata, "Kan itu telah pasti?" Sebenarnya dalam kenyataan seumpama ini, ia tidak. Oleh itu, ia harus dinyatakan secara tersurat (bukannya tersirat) supaya tidak mengelabui sesiapa. Pernahkan anda melihat bagaimana para peguam mendraf ayat? Tiada sebarang yang ditinggalkan. Semua ditulis agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 23:57, 5 Oktober 2007 (UTC)
 
:Tidak perlu diberitahu secara tersurat. Apabila Wikimedia memberitahu bahawa logo tersebut adalah ''copyright'', maka secara automatik ia terletak di bawah ''United States copyright law'', dan secara automatik ''fair use'' dibenarkan. Penetapan ''fair use'' adalah di luar bidang kuasa Wikimedia. Maka siapa-siapa yang menggunakan logo Wikimedia atas alasan ''fair use'' akan dibela menurut undang-undang Amerika Syarikat. ~ [[Pengguna:Aviator|Aviator]] 01:10, 6 Oktober 2007 (UTC)
 
Hi Aviator, saya berasa perbincangan ini akan berpanjangan. Mari saya pindah ke halaman perbualan anda. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 01:31, 6 Oktober 2007 (UTC)
---------
Saya telah memeriksa kenyataan Aviator dan mendapati bahawa logo Mediawiki boleh digunakan tanpa kebenaran atas kegunaan adil. Maklumat itu tersembunyi dalam halaman [http://commons.wikimedia.org/wiki/Commons:Reusing_content_outside_Wikimedia#Wikimedia_Foundation_Logos Commons:Reusing content outside Wikimedia] di tapak web Wikimedia Commons:
 
====Wikimedia Foundation Logos====
:The Wikimedia Foundation logo and logos for particular projects (such as Wikipedia and Commons) are trademarks of and copyrighted by the Wikimedia Foundation. They are not generally available for other uses, though reuse in press or media about Wikimedia projects is explicitly permitted. Local "fair use" or "fair dealing" laws (e.g. for academic or critical purposes) may also apply in your jurisdiction. For all other uses, please contact the Foundation.
 
Mengapa saya menggunakan perkataan "tersembunyi"? Carian daripada Google tidak mengembalikan sebarang hasil walaupun saya menulis ''Wikimedia logo fair use'' dan carian daripada tapak web [http://wikimediafoundation.org/wiki/Home Wikimedia Foundation,] pautan yang diberikan dalam teg hak cipta, juga tidak berhasil. Walaupun saya menjumpainya, untuk menjumpainya semula, saya tadi menghabiskan banyak masa kerana lupa bookmark halaman itu. Maka hanya orang yang tahu akan hak mereka akan berani menggunakan logo ini manakala yang tidak pasti perlu memohon kebenaran, mengikut kenyataan tersurat dalam teg hak cipta di atas. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 11:31, 7 Oktober 2007 (UTC)
 
==Templat:Infobox Aircraft==
 
Sesiapa boleh bantu membina [[Templat:Infobox Aircraft]] . [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 10:08, 5 Oktober 2007 (UTC)
 
:Kan dah disediakan boleh [[Pengguna:Pejuang bahasa|Pejuang bahasa]]? Saya tidak dapat mengesan sebarang masalah tentang templat itu. Jika ada, saya boleh membantu, iaitu jika taraf penguasaan teknik(al) saya mencukupi. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 20:09, 5 Oktober 2007 (UTC)
 
 
 
==Pengautomatikan ucapan selamat datang kepada pengguna baru==
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Nad, penasihat utama di MediaWiki Support Desk, semalam telah mencipta sebuah atur cara penggunaan untuk mengautomatikkan ucapan selamat datang kepada para pengguna baru. Sila rujuki halaman [[mw:Extension:NewUserMessage|Extension:NewUserMessage]]. Atur cara ini boleh dipasang dengan mudah dan bukan sahaja akan menjimatkan banyak masa tetapi juga tepat pada masanya untuk Wikipedia bahasa Melayu yang mendapat banyak pendaftaran pengguna baru. &mdash; [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 06:45, 15 Oktober 2007 (UTC)
 
== ''Tag'' Spoiler ==
 
Tag "Spoiler" seperti berikut
 
{{Spoiler}}
 
telah diubah beberapa kali. Apakah pendapat semua? Saya rasa lebih baik jika tulisannya ditonjolkan dengan lebih lagi.[[Pengguna:Piecemealcranky|pmc]] 15:27, 16 Oktober 2007 (UTC)
 
:Sebenarnya saya mengubah templat itu supaya sama dengan templat dalam wiki bahasa inggeris, ([[:en:Template:Spoiler]]). Saya rasa tag ini sudah cukup menonjolkan, dan tidak perlu mengubah warna perkataan. -[[Pengguna:Yk Yk Yk|Yk Yk Yk]] 15:48, 16 Oktober 2007 (UTC)
 
Jika begitu, perlukah templat
 
{{endspoiler}}
 
diubah juga? Macam tidak kena saja - [[Pengguna:Piecemealcranky|pmc]] 13:09, 22 Oktober 2007 (UTC)
 
:Dah saya ubah suai. [[Pengguna:Aurora|...Aurora...]] 13:23, 22 Oktober 2007 (UTC)
 
Terima kasih, Aurora. - [[Pengguna:Piecemealcranky|pmc]] 02:40, 23 Oktober 2007 (UTC)
 
== Kotak Pengguna ==
Kotak Pengguna merupakan satu yang menarik, macam mana nak buat kotak pengguna. Selamat Raya... Maaf Zahir Batin... [[Pengguna:Kulim|Kulim]] 08:06, 25 Oktober 2007 (UTC)
 
==Checkuser==
Nampaknya kita sudah perlukan checkuser. Ini membenarkan kita mengenal pasti pengguna yang tidak beradap untuk tindakan selanjutnya. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 11:07, 26 Oktober 2007 (UTC)
 
Masalahnya, seseorg Pemeriksa (dah tukar Melayu ni!) perlukan banyak sokongan, dan mesti 18 thn ke atas, kerana tugas Pemeriksa melibatkan hal-ehwal undang-undang. Seseorg Pemeriksa mesti pergi ke pejabat Yayasan Wikimedia utk membuktikan bahawa sendiri cukup umur. Tengoklah, begitu menyusahkan. Jadi? Apa kata Yosri anda jadi Pemeriksa? Ada duit terbang ke Amerika Syarikat tak? Tau mcm mana pergi ke pejabat tu? --[[Pengguna:EdmundEzekielMahmudIsa|Edmund The King of The Woods!]] 11:10, 26 Oktober 2007 (UTC)
 
::Kepada pengguna berdaftar yang layak (banyak suntingan > 6 month), sila memohon sebagai penyelia agar dapat menangani pesalah laku yang semakin meningkat. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 13:46, 26 Oktober 2007 (UTC)
 
Saya sokong dengan cadangan anda, saudara Yosri. Memandangkan terlalu ramai spesis pelaku musnah/vandal di Wikipedia ini, seeloknya ditangani oleh pihak pemeriksa. Walau bagaimanapun, mungkin ada sesetengah pihak yang bertindak tegas untuk tidak menjadi penyelia kerana gentar akan cabaran2 terhadap pelaku vandal ini yang bakal dihadapi, namun pada hakikatnya mereka sebenarnya ingin menyumbang. Memang betul, syarat menjadi checkuser amatlah ketat sekali kerana perlu memegang amanah dan mempunyai hubungkait dengan privasi nombor ip pengguna. Tetapi, jika ada pengguna yang ingin membantu dan mempunyai sokongan ramai pengguna yang berpadu-padu. Mungkin tidak menjadi masalah. Dengan syarat, pengguna itu perlu dilantik sebagai penyelia terlebih dahulu. hehehe -[[Pengguna:Didie|— Didie]] 15:11, 26 Oktober 2007 (UTC)
 
:::Seorang kandidat ''checkuser'' perlu memiliki sokongan dari minimal 25 -30 pengguna lainnya sebelum ia bisa diangkat. Dan tampaknya tidak perlu menjadi penyelia dahulu. Lalu minimal harus dua orang yang diangkat menjadi ''checkuser''. Seperti di Wikipedia Indonesia kurang lebih 1,5 tahun yg lalu. Saya, Hayabusa future dan borgx akhirnya diangkat sekaligus. Dan tentu tak perlu terbang ke Amerika Syarikat lah :-) Untuk membuktikan sudah cukup umur cukup kirimkan salinan kartu identiti. Hal ini juga sudah saya lakukan. [[Pengguna:Meursault2004|Meursault2004]] 16:52, 26 Oktober 2007 (UTC)
 
Kena jadi penyelia dulu baru boleh jadi Pemeriksa. Kan Meta-Wiki ada kata perlu pergi ke pejabat utk membuktikan identiti sendiri? Kalau hanya perlu hantar salinan identiti, apa kalau seseorg kanak-kanak hantar identiti bapa sendiri? Kita masih belum tiba masa dptkan Pemeriksa lagi, komuniti kita terlalu kecil... --[[Pengguna:EdmundEzekielMahmudIsa|Edmund The King of The Woods!]] 10:21, 27 Oktober 2007 (UTC)
 
== Glosari ==
 
Saya mencadangkan supaya laman glosari diperbanyakkan. Tujuannya supaya pembaca boleh mengetahui istilah-istilah yang kabur serta terjemahannya, khususnya berkenaan dengan bidang-bidang sains. Saya sudah menulis glosari contoh: [[glosari pengaturcaraan]].
 
Hehe, sebenarnya, saya mahu saudara Polar menulis glosari umum untuk Harry Potter, boleh kan? Seronok juga kalau dapat baca rencana mengenai Harry Potter dalam bahasa Melayu, malangnya saya terbiasa dalam bahasa Inggeris. —[[Pengguna:Aviator|Aviator]], 09:51, 27 Oktober 2007 (UTC)