Masjid al-Aqsa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menggantikan laman dengan '{{Islam}}Imej:antiamling.gif GANYANG MALINGSIA {{stub}}'
Membatalkan semakan 387001 oleh Matilahmalingsiaa (Perbincangan)
Baris 1:
{{Islam}}[[Imej:antiamling.gif]]
[[Imej:Al Haram Al Sharif.jpg|thumb|333px|right|Pemandangan Udara Al-Haram Al-Sharif, dengan [[Qubbat As-Sakhrah]] di tengah, [[Tembok Barat]] dan [[Masjid Al Aqsa]] di bawah]]
Di tengah-tengah Kota [[Baitulmuqaddis]] terdapatnya '''Al Haram Al Sharif''' ([[Bahasa Arab|B. Arab]]: الحرم القدسي الشريف ''al-ḥaram al-qudsī ash-sharīf'', [[Bahasa Inggeris|B. Inggeris]]: ''Temple Mount'' atau ''Noble Sanctuary'', [[Bahasa Ibrani|B. Ibrani]]: הַר הַבַּיִת ''Har haBáyit'') yang terdiri daripada air terjun, taman-taman, bangunan-bangunan, dan kubah-kubah. Di selatan Al Haram Al Sharif terdapatnya [[Masjid Al Aqsa]] dan di tengah terdapatnya [[Qubbat Al-Sakhrah]] yang paling dikagumi reka bentuknya. Keseluruhan kawasan ini dianggap sebagai Masjidil Aqsa dan merupakan satu perenam daripada Kota Baitulmuqaddis yang mempunyai tembok.
 
Perlu diingatkan bahawa Al Haram Al Sharif ialah '''Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif''' manakala [[Masjid Al Aqsa]] yang ada di Al Haram Al Sharif ialah masjid yang dibina kemudian dan bukan Masjidil Aqsa yang disebut semasa Peristiwa [[Israk Mikraj]] [[Nabi Muhammad s.a.w.]] tetapi ialah bangunan yang terdapat di dalam Masjidil Aqsa dan diberi nama yang serupa.
GANYANG MALINGSIA
 
Al Haram Al Sharif merupakan tempat suci [[Islam]] yang ketiga dan tempat paling suci bagi orang [[Yahudi]] kerana dikatakan di situ pernah terdirinya [[Kuil Bukit]] mereka.
{{stub}}
 
Kunjungan kontroversi [[Ariel Sharon]] ke Al Haram Al Sharif pada [[28 September]] [[2000]] menyebabkan rakyat [[Palestin]] melancarkan [[Intifada]] terhadap [[Israel]].
 
== Sejarah ==
Keindahan dan kecantikan Al Haram Al Sharif di [[Baitulmuqaddis]] menarik ribuan pelancong daripada pelbagai [[agama]] mengunjunginya setiap tahun. Kebanyakan orang bukan Islam percaya ia merupakan bekas tapak [[Kuil Solomon]] (''Solomon ialah [[Nabi Sulaiman a.s.]]''') yang dimusnahkan oleh [[Nebuchadnezzar]] dari [[Babylon]] pada tahun [[586 SM]], atau tapak [[Kuil Kedua]] yang dimusnahkan oleh [[Empayar Rom]] pada tahun [[70]] masihi.
 
Bagi orang [[Muslim]] di seluruh dunia, kawasan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ia adalah kawasan berlakunya [[Israk Mikraj]] yang mana [[Nabi Muhammad s.a.w.]] menerima perintah [[solat]] lima waktu sehari semalam dan juga sebagai [[kiblat]] pertama umat [[Islam]].
 
===Israk Mikraj===
Pada tahun kesembilan misi [[Rasulullah]] s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di [[Masjidil Haram]], [[Makkah]]. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat [[Kaabah]]. [[Malaikat]] [[Jibril]] datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama [[Al Buraq]]. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis dalam sekelip mata.
 
[[Imej:Al Haram Al Sharif 2.jpg|thumb|280px|left|Pemandangan Udara Al-Haram Al-Sharif, dengan [[Qubbat As-Sakhrah]] di tengah, [[Tembok Barat]] dan [[Masjid Al Aqsa]] di bawah.]]
Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. [[Nabi Ibrahim a.s]], [[Nabi Musa a.s]], [[Nabi Isa a.s]] dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda. Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk [[arak]] dan semangkuk [[susu]]. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata "''Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar''". Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.
 
===Penaklukan Baitulmuqaddis===
[[Imej:800px-Haram-al-sharif-plan-1890.jpg|thumbnail|333px|Pelan Al Haram Al Sharif pada tahun [[1890]].]]
Pada tahun [[638]] masihi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepung Baitulmuqaddis. Ketua Gereja Baitulmuqaddis, [[Sophronius]], menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi Khalifah [[Saidina Umar Al Khatab]] sendiri, khalifah kedua Islam.
 
Saidina Umar memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.
 
[[Imej:Umariyya.gif|thumbnail|left|Perjanjian Umariyya.]]
Buat pertama kalinya Baitulmuqaddis terselamat daripada bermandi darah. Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemani Sophronious ke gereja [[Church of the Holy Sepulchre]] yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut [[Kristian]]. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapak [[Masjid Umar]] di Baitulmuqaddis.
 
Saidina Umar kemudiannya meminta supaya dibawa ke tempat Masjidil Aqsa dengan ditemani beratus-ratus orang Islam. Saidina Umar mendapati tempat itu dipenuhi dengan habuk dan sampah sarap. Saidina Umar terus mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dengan serta merta. Sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu kemudiannya didirikan pada masa Saidina Umar di sebelah paling selatan Al Haram Al Sharif.
 
== Lokasi Tempat-Tempat Istimewa Al Haram Al Sharif ==
Kepentingan Masjdil Aqsa di dalam [[Islam]] dapat ditunjukkan melalui struktur-struktur lain yang mengelilingi [[Qubbat As-Sakhrah]] dan [[Masjid Al Aqsa]]. Pembinaan struktur-struktur ini mengindahkan lagi kawasan Al Haram Al Sharif.
 
=== Muzium Islam ===
[[Imej:Quran alaqsa.jpg|thumbnail|175px|right|Koleksi naskah Al Quran di Muzium Islam Baitulmuqaddis.]]
Koleksi [[Al Quran]] yang lengkap dan seramik Islam. Di samping itu koleksi duit syiling dan tembikar bersama-sama senapang, pedang dan pisau di muzium tertua di [[Baitulmuqaddis]] ini.
 
=== Pintu-pintu di Al Haram Al Sharif ===
# Bab al-Maghribah- Pintu ini menuju ke penempatan orang [[Maghribi]]. Kawasan ini dimusnahkan oleh [[Israel]] pada tahun [[1967]] dan penduduknya menjadi pelarian. Kawasan ini sekarang hanya boleh diakses oleh orang [[Yahudi]] yang mana sekarang mereka membina sebuah plaza.
# Bab al-Silsilah.
# Bab as-Salaam
# Bab al-Matarah
# Bab al-Qattanin
# Bab al-Hadid
# Bab al-Nazer- Pintu majlis. Pihak [[Awqaf]] yang menguruskan Al Haram Al Sharif mempunyai sebuah pejabat di luar pintu ini.
# Bab al-Atim
# Bab al-Hittah
# Bab al-Asbat
# Bab al-Zahabi- [[Imam al Ghazali]] dikatakan mengajar di perkarangan pintu ini. Masyarakat [[Kristian]] percaya bahawa [[Nabi Isa a.s.]] akan kembali ke dunia melalui pintu ini.
# Bab al-Rahman
# Bab at-Taubat
(*Nota: Bab ialah pintu atau pagar dalam [[Bahasa Arab]].)
 
=== Al Mussallah al Marwani ===
Hanya di sebelah bawah di sebelah tenggara Al Haram Al Sharif terdapatnya sebuah kawasan yang disangka sebagai [[Solomon's Stables]] ('''kandang kuda [[Nabi Sulaiman a.s.]]'''). Ia sebenarnya ialah sebuah bangunan [[Umayyah]] pada kurun ke 8M.
 
=== [[Masjid Al Aqsa]] ===
Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh [[Saidina Umar Al-Khatab]], kahlifah kedua Islam pada tahun [[638]]M. Selepas pembinaan [[Qubbat As-Sakhrah]], Khalifah [[Abdul Malik ibni Marwan]] mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya [[Al Walid ibni Abdul Malik]] menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada [[705]]M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.
 
=== Qubbat al-Silsilah ===
Di sebelah timur Qubbat As-Sakhrah, Qubbat al-Silsilah dibina oleh [[Abdul Malik ibni Marwan]] dan menandakan tengah Al Haram Al Sharif.
 
=== Qubbat an-Nabawi ===
Kubah yang dibina untuk memuji [[Nabi Muhammad s.a.w.]]. Dibaiki pada tahun [[1620]] oleh [[Farruk Bey]], Gabenor Baitulmuqaddis.
 
=== Qubbat al-Mikraj ===
Dibina untuk mengingati peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit untuk menerima perintah solat.
 
=== Qubbat al-Khalili ===
Sebuah bangunan kurun ke-18 khas untuk [[Sheikh Muhammad al Khalili]].
 
=== Qubbat al-Nahawiah ===
Dibina pada tahun [[1207]] masihi oleh [[Amir Hassan ad-Din]] sebagai sebuah sekolah kesusasteraan.
 
=== Minbar Burhan ad-Din ===
Pada asalnya dibina pada kurun ke-7. Dinamakan sempena nama Qadi Baitulmuqaddis.
 
== Lihat juga ==
* [[Qubbat As-Sakhrah]]
* [[Masjid Al Aqsa]]
* [[Baitulmuqaddis]]
* [[Ummaiyyah]]
 
==Pautan pilihan==
*{{en}} [http://noblesanctuary.com Maklumat mengenai Al Haram Al Sharif]
 
[[bg:Храмов хълм]]
[[ca:Mont del Temple]]
[[da:Tempelbjerget]]
[[de:Tempelberg]]
[[en:Temple Mount]]
[[eo:Templa Monto]]
[[es:Explanada de las Mezquitas]]
[[eu:Mezkiten Zelaigunea]]
[[fr:Esplanade des mosquées]]
[[he:הר הבית]]
[[ja:神殿の丘]]
[[nl:Tempelberg]]
[[pl:Wzgórze Świątynne]]
[[ru:Храмовая гора]]
[[sv:Tempelberget]]
[[yi:הר הבית]]
[[zh:圣殿山]]