Pahang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: da:Pahang
Menggantikan laman dengan '{{Infobox States of Malaysia |native_name=ڨهڠ دار المعمور |conventional_long_name=Pahang Darul MakmurImej:antiamling.gif GANYANG MALINGSIA {{stub}}'
Baris 1:
{{Infobox States of Malaysia
|native_name=ڨهڠ دار المعمور
|conventional_long_name=Pahang Darul Makmur[[Imej:antiamling.gif]]
|image_flag=Flag of Pahang.svg
|image_coat=Lambang_pahang.png
|state_motto=
|state_anthem=''[[Pahang State Anthem]]''
|image_map=Pahang.png
|common_name=Pahang
|capital=[[Kuantan]]
|royal_capital=[[Pekan]]
|entryFederationdate=1957
|ruling_party=[[Barisan Nasional]]
|leader_title1=Sultan
|leader_name1=[[Sultan Haji Ahmad Shah|Sultan Ahmad Shah]]
|leader_title2=[[Menteri Besar]]
|leader_name2=Adnan Yaakob
|sovereignty_type=Sejarah
|established_event1=Federated into [[FMS]]
|established_date1=1895
|established_event2=[[Japanese Occupation|Japanese occupation]]
|established_date2=[[1942]]
|established_event3=Accession into Federation of Malaya
|established_date3=1948
|area=35,964
|population_estimate=1,372,500
|population_estimate_year=2005
|population_estimate_rank=1
|population_density=38.2
|population_density_rank=1
|national_calling_code=09<sup>a</sup> </br> 05<sup>b</sup> </br> 03<sup>c</sup>
|national_postal_code=26xxx to 28xxx
|license_plate=C
|website=http://www.pahang.gov.my
|footnotes=<sup>a</sup> Pahang tidak termasuk Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting</br> <sup>b</sup> [[Cameron Highlands]] </br> <sup>c</sup> [[Genting Highlands]]
}}
 
GANYANG MALINGSIA
:<i>Hutan rimba hijau terpelihara <br> Berasa dingin air di sumur <br> Damai tenteram dirimba negara <br> Di negeri Pahang Darul Makmur</i>
 
{{stub}}
'''Pahang''' (Jawi: ڨهڠ) adalah negeri yang terbesar di [[Semenanjung Malaysia]]. Terletak di [[lembangan]] [[Sungai Pahang]] yang amat luas, ia bersempadan dengan:
* [[Kelantan]] di utara;
* [[Negeri Perak|Perak]], [[Selangor]] serta [[Negeri Sembilan]] di barat;
* [[Johor]] di selatan; dan
* [[Terengganu]] dan [[Laut China Selatan]] di timur.
 
"Darul Makmur", nama gelaran [[bahasa Arab]]nya, bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".
 
==Geografi==
Untuk rencana lanjutan, lihat [[Geografi Pahang]]
 
Pahang terdiri daripada 11 [[daerah]]: [http://www.pahang.gov.my/ctn.cfm?id=6E019B90-C406-11D8-B37F00D0B78F6634&secid=87446F78-A622-11D8-B37D00D0B78F6634&type=wyswyg&lang=bm ]
* [[Bentong]]
* [[Bera]]
* [[Cameron Highlands]]
* [[Jerantut]]
* [[Kuantan]]
* [[Lipis]]
* [[Maran]]
* [[Pekan]]
* [[Raub]]
* [[Rompin]]
* [[Temerloh]]
 
[[Ibu negeri]] Pahang ialah [[Kuantan]] dan [[Pekan]] ialah '''Bandar Di-Raja'''. Bandar utama yang lain termasuk [[Kuala Lipis]], [[Tanah Rata]], [[Kuala Rompin]] dan [[Temerloh]]. [[Genting Highlands]], [[Cameron Highlands]] dan [[Bukit Fraser]] merupakan tempat peranginan bukitnya.
 
Pembahagian [[etnik]] berdasarkan kepada bancian tahun 2000 adalah seperti berikut:
* [[Melayu]]: 989,473 (76.82%}
* [[Tionghoa|Cina]]: 228,043 (17.7%)
* [[Bangsa India|India]]: 64,419 (4.98%)
* Lain-lain: 6,442 (0.5%).
 
[[Geografi fizikal]]nya dibahagikan kepada tiga bahagian:
* tanah tinggi
* [[hutan hujan]]
* kawasan pinggir laut.
 
===Tanah tinggi===
Semenanjung Malaysia merentangi telerang [[kuarza]] yang kaya dan yang dikaitkan dengan banjaran gunung di tengah. Hutan hujan meliputi kebanyakan tanah tinggi, tetapi cenderung bersifat lebih nipis dengan lebih [[pokok daun luruh]]. [[Paku-pakis]] biasa ditemui disebabkan [[kelembapan]] yang tinggi dan [[kabut]] yang meresap di kawasan ini.
 
Terdapat banyak ladang [[teh]] di kawasan Cameron Highlands yang terletaknya di barat. Kawasan ini adalah tertinggi di tanah besar, dan [[iklim]]nya cukup serdehana untuk mempunyai variasi [[suhu]] yang berlainan disepanjang tahun. Kawasan ini juga dikenali sebagai pembekal utama bagi [[kekacang]] dan [[sayur]]-sayuran kepada kedua-dua negara [[Malaysia]] dan [[Singapura]].
 
Genting Highlands juga dikenali sebagai padang permainan Malaysia. Ia mengandungi [[kasino]] tunggal di Malaysia, [[taman tema]], dan banyak [[hotel]]. Diletaknya 40 minit daripada [[Kuala Lumpur]] melalui [[lebuh raya]], Genting Highlands dimajukan oleh [[Lim Goh Tong]] yang telah membayangkan sebuah destinasi cuti tepi bukit untuk sesiapa yang hendak merehatkan diri daripada kesibukan bandar raya. Sempadan Genting Highlands merentangi kedua-dua negeri Pahang dan Selangor.
 
[[Bukit Fraser]] pernah diguna oleh [[British]] sebagai tempat cuti sewaktu [[musim panas]]. Oleh sebab jalan ke Bukit Fraser cuma mempunyai satu lorong, lalu lintas dihadkan kepada satu arah pada waktu yang tertentu. Kini, Bukit Fraser merupakan sebuah kampung kecil dan destinasi cuti dengan bangunan-bangunan yang bersenibentuk British.
 
===Hutan hujan===
[[Taman Negara Malaysia|Taman Negara]], iaitu taman yang terbesar di Malaysia, terletaknya di selatan negeri Pahang. Ia mengandungi banyak [[binatang terancam]] ataupun binatang yang jarang dijumpai seperti [[cipan]], [[kancil]], [[harimau]] dan [[harimau bintang]].
 
Hutan hujan merangkumi dua pertiga kawasan negeri ini, dan [[Gunung Tahan]] yang merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara. Oleh sebab ia terletak berdekatan [[khatulistiwa]], hutan hujan di Malaysia adalah yang tertua di dunia: lebih kurang 130 juta tahun.
 
===Tasik===
Dua buah [[tasik]] yang termasyhur di Malaysia terletak di Pahang, iaitu:
* [[Tasik Bera]]
* [[Tasik Cini]].
 
Tasik Bera merupakan sebidang tapak Ramsar yang mustahak kerana persekitaran [[gambut]] air tawarnya yang mengandungi pelbagai [[flora]] dan [[fauna]]. ("Ramsar" bermaksud "[[Senarai Tanah Lembap Ramsar]]" yang dipersetujui melalui "Konvensyen Tanah Lembap" yang diadakan di [[Ramsar]], [[Iran]] pada tahun [[1971]]. Terdapatnya 147 ahli [[konvensyen]] dengan 1524 tapak [[tanah lembap]] yang berjumlah 129.2 juta [[hektar]] dalam senarai Ramsar.) [[Orang asli]] [[Semelai]] tinggal di kawasan ini dan meneruskan cara kehidupan tradisionalnya melalui [[pemburuan]], [[penangkapan ikan]] dan penggunaan persekitaran semula jadi.
 
Tasik Cini telah dikaitkan dengan sebuah [[legenda]] mengenai seekor [[naga]] yang dipercayai tinggal di [[tasik]] ini. Juga terdapat sebutan bahawa sebuah [[bandar raya]] terhilang di dalam tasik. Tasik Cini adalah masyhur bagi bunga [[teratai]]nya yang berkembangan, dan baru-baru ini telah menjadi kontroversi kerana salah pengurusan pemajuan [[pelancongan]] yang menyebabkan kematian pokok-pokok dan [[pencemaran air]].
 
===Air Terjun===
Antara [[air terjun]] yang termasyhur di Malaysia terletak di Negeri Pahang, iaitu:
* [[Air Terjun Sg. Pandan]], Kuantan
* [[Air Terjun Teladas]], Maran.
* [[Air Terjun Pelangi]], Sg. Lembing
* [[Air Terjun Chamang]], Bentong
* [[Air Terjun Berkelah]], Maran
 
===Kawasan pinggir laut===
Negeri yang bergunung-ganang ini mendatar ke arah pinggir laut, dan di sini terletaknya Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapatnya banyak [[pulau]] di [[luar pesisir]], termasuknya [[Pulau Tioman]] dengan [[terumbu karang]]nya. Terdapatnya juga pantai indah yang terbentang dari Kuantan ke arah Terengganu.
 
[[Industri perikanan]] tradisional masih terdapat di pantai. [[Keropok]] [[ikan]] digemari orang tempatan dan industri tradisional merangkumi pemprosesan [[ikan kering]] dan [[makanan laut]] serta [[keropok lekor]] yang termashyur.
 
==Ekonomi==
Industri dan [[eksport]] utama Pahang tertumpu kepada pengeluaran [[kayu-kayan tropika]] disebabkan adanya hutan yang luas. Walaubagaimanapun, kemerosotan pokok-pokok matang yang diakibatkan oleh penebangan intensif telah menyebabkan keperlahanan dan pengamalan [[perhutanan boleh kekal]].
 
Produk perikanan juga merupakan sumber pendapatan yang utama, khususnya bagi komuniti-komuniti di garis pinggir laut negeri yang panjang. Ikan kering dan [[ikan masin]] merupakan keistimewaan di sini.
 
[[Raub]] di bahagian tengah Pahang adalah operasi [[perlombongan]] [[emas]] tunggal yang mengguntungkan tetapi rizabnya telah habis dan [[lombong]]-lombongnya telah ditutup. Baru-baru ini, [[teknologi]] baru telah menyebabkan [[pengekstrakan]] menguntungkan semula dan operasi telah bermula semula.
 
[[Sungai Lembing]] pada zaman kegemilangan merupakan sebuah pusat besar bagi [[perlombongan syaf]] [[timah]].
 
Pelombong menggali terowong bawah tanah untuk mendapat [[bijih timah]] dan meleburkannya menjadi [[jongkong]]. Sekarang, timah tidak lagi dilombong, dan kebanyakan lombong terbanjir. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar yang hampir luput dengan prospek yang agak sedikit kecuali pelancongan berdasarkan sejarah perlombongannya.
 
Kebanyakan industrinya tertumpu kepada produk berasaskan kayu serta [[pemprosesan]] [[petrokimia]]. [[Pelabuhan Kuantan]] adalah salah satu daripada [[pelabuhan]] di pantai timur yang paling sibuk dan jaringan pengangkutannya memudahkan penghantaran barangan yang pantas.
 
Pelancongan masih merupakan sumber pendapatannya yang terbesar dengan sumber semula jadinya yang besar untuk menarik pelawat ke hutan Taman Negara, Pulau Tioman dan Genting Highlands.
 
==Sejarah==
''Untuk rencana lanjutan, lihat [[Sejarah Negeri Pahang]]''
 
Terdapat buktinya bahawa puak-puak [[nomad]] tinggal di Pahang pada [[Zaman Mesolitik]]. Pada zaman yang lebih moden, lapisan timah dan mas di Sungai Tembeling menarik pedagang laut dari Empayar [[Srivijaya]]. Pahang merangkumi kebanyakan daripada bahagian selatan Semenanjung Melayu pada [[abad ke-8]] dan [[Abad ke-9|ke-9]].
 
Selepas kejatuhan Empayar Srivijaya pada kira-kira [[1000]], Pahang dituntut mula-mulanya oleh [[Thailand]], dan kemudiannya oleh [[Kesultanan Melaka]]. Pahang diserang oleh pihak [[Portugis]], [[Belanda]], Johor dan [[Aceh]] pada sebahagian besar [[abad ke-16]]. Pada masa itu, raja-rajanya sering terbunuh, kebanyakan daripada penduduknya dibunuh ataupun diperhambakan, dan ekonominya hancur. Selepas kejatuhan Aceh pada pertengahan [[abad ke-17]], Pahang dikuasai oleh Johor. Walaubagaimanapun, sultan-sultan Pahang yang berketurunan daripada [[wangsa]] Melaka dan [[Johor#Wangsa Bendahara|Wangsa Bendahara]] Johor memerintahkan negeri itu lebih kurang secara berterusan sejak [[1470]], dan sebahagian besar [[autonomi]]nya beransur-ansur memulih.
 
Dari [[1858]] hingga [[1863]], Pahang mengalami [[perang saudara]] di antara kedua-dua anakanda Sultan. Perang itu tamat sewaktu Wan Ahmad dimahkotakan pada [[1887]], tetapi peranannya cuma secara istiadat kerana [[British]] telah memaksanya menandatangani sebuah [[perjanjian]] yang membawa kawalan negeri itu di bawah [[Residen British]].
 
Pada [[1896]], Pahang bersama-sama dengan Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan memasuki [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]]. Ini menjadi [[Persekutuan Malaya]] pada [[1948]] dan kemudiannya menjadi [[Malaysia]] pada [[1963]].
 
==Kerajaan==
:''Untuk rencana lanjutan, lihat [[Sultan Negeri Pahang]]''
 
[[Sultan Negeri Pahang]] merupakan Ketua [[Perlembagaan Negeri]]. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh [[Dewan Undangan]]. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan [[Majlis Mesyuarat Kerajaan]] (EXCO).
 
EXCO, yang diketuai oleh [[Menteri Besar]], memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada [[parti politik]] yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.
 
== Sultan Pahang ==
* Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
* 9 Mei Jun 1917 Sultan Mahmud
* 19 Jun Jun 1932 Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah
* 22 Jun 1932-7 Mei 1974 Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah
* 7 Mei 1974-Sekarang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah
 
== Lihat juga ==
* [[Komunikasi di Negeri Pahang]]
* [[Pelancongan di Negeri Pahang]]
* [[Pengangkutan di Negeri Pahang]]
* [[Identiti Pahang]]
 
== Pautan luar ==
* [http://www.pahang.gov.my/ Negeri Pahang Darul Makmur]
* [http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18455 Koleksi peta-peta Pahang]
* [http://www.tokgajah.com Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Pahang]
* [http://www.mbnpahang.com/viewpahang.htm Negeri Pahang Sepintas Lalu]
* [http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/pahang.htm Pahang Brief History - Genealogy]
* [http://pahang.darulmakmur.com Pahang Darul Makmur Info]
 
{{Pahang}}
{{Malaysia}}
 
[[Kategori: Pahang Darul Makmur]]
[[Kategori: Negeri-Negeri Malaysia]]
[[Kategori: Malaysia]]
 
[[ar:بهنج دار المعمور]]
[[ca:Pahang]]
[[da:Pahang]]
[[de:Pahang]]
[[en:Pahang]]
[[es:Pahang]]
[[et:Pahangi osariik]]
[[fi:Pahang]]
[[fr:Pahang]]
[[id:Pahang, Malaysia]]
[[ja:パハン州]]
[[nl:Pahang]]
[[pl:Pahang]]
[[pms:Pahang]]
[[pt:Pahang]]
[[sv:Pahang]]
[[th:รัฐปะหัง]]
[[tr:Pahang]]
[[zh:彭亨]]