Yatim Piatu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
 
==Ringkasan==
Mengisahkan Aminah ([[Saadiah]]) seorang gadis yang periang dan nakal. Aminah seorang anak yatim piatu. Rohana ([[Rokiah Jaafar]]) telah berkenalan dengan Aminah dan berjanji untuk mendidiknya supaya menjadi seorang manusia sejati. Peluang keemasan yang ditawarkan oleh Rohana tidak digunakan sepenuhnya oleh Aminah yang tetap dengan perangai asalnya. Perangai Aminah tidak disukai oleh Rohana. Dia lebih suka menyanyi dan tidak pandai mengemas rumah. SuamiAyah Rohana ([[Harun Salleh]]) sanggup menggajikan orang gaji untuk memudahkan kerja Rohana dan Aminah. Tetapi Aminah dan Orang gajinya suka berpoya-poya di kelab malam. Anuar ([[Yusof Latiff]]) dan Harris ([[Daeng Harris]]) mengetahui perangai Aminah di kelab malam, tetapi Aminah telah memujuk agar perkara itu tidak diberitahu kepada Rohana.
 
Pada suatu hari, Aminah telah bergaduh dengan orang gajinya. Hal ini membuatkan Rohana tahu perkara sebenarnya dan punca mengapa mereka bergaduh sedangkan mereka berhubungan dengan baik selama ini. Aminah juga mempunyai masalah di sekolah. Kerja sekolahnya tidak pernah disiapkannya. Sekembalinya dari sekolah, orang gaji ([[Aini Jasmin]]) yang baru telah bekerja dirumahnya.
Aminah sering berbohong kerana dia tidak mahu ke sekolah. Tetapi pembohongannya gagal yang menyebabkan Rohana dan ayahnya kecewa terhadap Aminah.
 
Akhirnya keluarga Rohana terpaksa menghantar semula Aminah ke rumah anak yatim. Setelah kejadian itu, Aminah mulai insaf.