Lucius Malfoy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ziqier (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Ziqier (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan web mudah alih
Baris 27:
Lucius Malfoy adalah seorang ketua keluarga sihir dari keturunan berdarah tulen, keluarga [[Malfoy]]. Beliau tinggal bersama isteri dan anaknya hingga 1996 di tanah keluarga Malfoy di [[Wiltshire]]. Beliau adalah anggota Lembaga [[Sekolah Sihir Hogwarts]], hingga anggota lembaga yang lain memecatnya setelah beliau cuba memaksa untuk menggantung pengetua sekolah itu, [[Albus Dumbledore]]. Pada penghujung ''[[Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix]]'', beliau ditangkap bersama beberapa [[Death Eater]] yang lain di [[Kementerian Sihir#Jabatan Misteri|Jabatan Misteri]] dan dipenjarakan di penjara [[Azkaban]].
 
Lucius Malfoy, anak kepada Abraxas Malfoy (meninggal kerana cacar naga ketika cucunya, Draco, masih kecil), lahir pada 2 Febuari [[1954]] dan belajar di Sekolah Hogwarts, dan di sana, beliau bertemu dengan bakal isterinya, [[Narcissa Black]]. Seperti kebanyakan pelajar lain dari Slytherin, beliau juga menganggotai [[Death Eater]]. Beliau berkahwin dengan Narcissa dan mempunyai anak bernama [[Draco Malfoy|Draco]].
 
Lucius terkenal dengan sifat dermawan yang sering menderma kepada [[Hospital St. Mungo]] dan [[Kementerian Sihir]]. Beliau juga memiliki hubungan yang sangat baik dengan ahli kementerian dan sering menggunakan pengaruh tersebut untuk keuntungan dirinya sendiri. Lucius juga sempat menjawat sebagai salah seorang ahli Lembaga [[Sekolah Sihir Hogwarts]].