Tentera Darat Prusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 58:
Tentera Darat Prusia berasal dari teras pasukan askar upahan [[Brandenburg]] semasa [[Perang Tiga Puluh Tahun]] dari 1618-1648. Putera [[Frederick William, Putera Brandenburg|Frederick William]] membangunkan ia menjadi sebuah [[tentera tetap]] berdaya maju, manakala Raja [[Frederick William I dari Prusia]] secara mendadak meningkatkan saiz dan memperbaikkan doktrinnya. Raja [[Frederick II dari Prusia|Frederick Agung]], seorang komander perang yang hebat, memimpin askar-askar Prusia yang berdisiplin sehingga menang semasa [[Perang Silesia]] abad ke-18 dan banyak meningkatkan martabat Kerajaan Prusia.
 
Tentera Prusia menjadi lapoklapuk oleh permulaan [[Perang Napoleon]], dan [[Empayar Perancis Pertama|Perancis]] mengalahkan Prusia dalam [[Perang Campuran Keempat|Perang Perikatan Keempat]]. Walaubagaimanapun, dibawah kepimpinan [[Gerhard von Scharnhorst]], puak reformis Prusia mula memodenkan Tentera Darat Prusia, yang banyak menyumbang kepada kekalahan [[Napoleon Bonaparte]] semasa [[Perang Perikatan Keenam]]. Puak konservatif menghentikan beberapa pembaharuan, namun, dan Tentera Darat Prusia kemudiannya menjadi benteng kepada kerajaan konservatif Prusia.
 
Pada abad ke-19 Tentera Darat Prusia berjuang dengan jayanya terhadap [[Perang Schleswig Kedua|Denmark]], [[Perang Austria-Prusia|Austria]] dan [[Perang Perancis-Prusia|Perancis]], membolehkan Prusia [[Penyatuan Jerman|menyatukan Jerman]] dan menubuhkan [[Empayar Jerman]] pada tahun 1871. Tentera Darat Prusia membentuk teras [[Tentera Darat (Empayar Jerman)|Tentera Darat Imperial Jerman]], yang kemudiannya digantikan oleh [[Reichswehr]] selepas Perang Dunia I.