Si Buta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
Filem ini mengisahkan Jaksa ([[Hussein Abu Hassan]]) seorang yang buta penglihatan sejak azali. Bertubuh sasa dan masih menuntut ilmu dalam seni mempertahankan diri iaitu ilmu persilatan. Jaksa sangat mahir dan cekap lalu dianugerahkan sebagai pendekar oleh gurunya walaupun mempunyai persaingan dengan murid-muridnya yang lain yang lebih sempurna berbanding Jaksa.
 
Mahaguru Bentara ([[Idris Siliawangi]]) mempunyai masalah dengan Datuk Temenggong yang menyebabkan dia diusirdibuang daerah ke dalam hutan. MahaguruBentara telah membuat rancangan dengan salah seorang anak muridnya untuk pergi ke sebuah kampung di bawah naungan Datuk Temenggong untuk memeras ugut dan melakukan penindasan. Dengan menggunakan Jaksa, segala dendamnya terhadap Datuk Temenggong dapat dilaksanakan. MahaguruBentara sanggup membantu Jaksa untuk memulihkan penglihatannya. Jaksa begitu teruja sekali dan di dalam masa yang sama, beberapa orang kampung telah menjadi tawanan MahaguruBentara melalui orang suruhannya, Alang kerana enggan membayar wang perlindungan.
 
Suatu hari, Jaksa telah bergaduh dengan orang kampung kerana timbul salah faham. Mujurlah MahaguruBentara mampu menenangkan Jaksa. Jaksa meluahkan kekecewaannya walaupun dia jaguh di dalam silat tetapi matanya buta, tiada ertinya. MahaguruBentara menyuruh Jaksa pergi ke sebuah gua untuk mengubati matanya yang buta. Jaksa menurutinya. Setibanya di dalam gua, rupa-rupanya gua tersebut merupakan gua persembunyian MahaguruBentara dan kuncu-kuncunya. Jaksa disuruh berehat.
 
Sementara itu, Alang telah berjumpa dengan Datuk Temenggong ([[Idris Hashim]]) dan meminta menyerahkan seorang gadis bernama Baiduri kepada MagurunyaBentara untuk diperisterikan. Pada mulanya, Datuk Temenggong tidak bersetuju, tetapi akhirnya dia bersetuju kerana dia telah merancang sesuatu untuk perkara ini dapat diselesaikan.
Tetapi, Jaksa dan kuncu-kuncu mahaguruBentara telah berjaya membunuh beberapa orang kampung yang ditugaskan sebagai pengiring Baiduri dan menculik Baiduri ([[Mariati]]). Teruna telah diarahkan oleh Datuk Temenggong untuk mencari Baiduri.
 
Baiduri telah disembunyikan di dalam gua. Di dalam masa yang sama, MahaguruBentara telah memilih salah seorang daripada tawanannya untuk diambil kedua-dua biji anak matanya. Dan jasadnya dibuang ke dalam gaung. Dengan kepakaran ilmu ghaibnya, MahaguruBentara telah berjaya menukarkan mata Jaksa dengan mata yang sihat. Mata asal Jaksa telah dibuang. Selesai semuanya, Jaksa mampu melihat buat pertama kalinya. Dia sangat teruja dengan keindahan alam tersebut.
 
Tiba-tiba, sewaktu Jaksa ingin membasuh muka dan meminum air di gigi air sungai, dia terdengar suara lelaki merintih. Jaksa menyapa lelaki tersebut, dan dia memberitahu seorang guru telah mencungkil kedua-dua biji matanya dan badannya dibuang di tempat itu. Jaksa pula kebingungan, barangkali matanya datang dari lelaki buta. Jaksa telah bergegas ke gua semula untuk bertemu dengan MahaguruBentara, tetapi dia telah terpandang Baiduri di dalam gua kerana gadis ini pernah berada dalam mimpinya tempoh hari. Maka, berlakulah pergelutan di antara Jaksa dan rakan-rakannya. Ramai rakan-rakannya terkorban di tangan Jaksa. Jaksa berjaya menyelamatkan Baiduri, Baiduri telah diserahkan kepada Teruna. Pada mulanya, Teruna ingin membunuh Jaksa, tetapi setelah Baiduri memberitahu segalanya, Teruna bagi pihak Datuk Temenggong telah menjemput Jaksa ke majlisrumah Datuk Temenggong di kampung Teruna sebagai tanda terima kasih. Jaksa menurutkan sahaja.
 
Jaksa diberikan penghormatan oleh Datuk Temenggong, Jaksa ingin kediaman kerana dia akan berumah tangga. Datuk Temenggong turutkan sahaja. Tetapi, Jaksa telah meluahkan sesuatu kepada Datuk Temenggong dan hadirin yang ada di dalam rumah itu, bahawa dia ingin berkahwin dengan Baiduri sedangkan Baiduri sudah berkahwin dengan Teruna. Jaksa tidak berpuas hati dengan Teruna kerana dia tidak menjaga isterinya sebaik mungkin sehingga Baiduri diculik. Teruna kebingungan dan bertemu dengan Jaksa untuk menjelaskan hal yang dibuat oleh Jaksa adalah suatu yang slah dan tidak beradab. Teruna dan Datuk Temenggong telah berasa curiga dengan Jaksa tetapi apakan daya Jaksa seorang yang hebat, tidak seorang pun berani menentangnya. Jaksa pula, masih mengganggu Baiduri. Baiduri tidak menyukai perangai Jaksa. Hal ini telah menyebabkan Teruna cemburu. Baiduri pula berasa serba salah.
 
==Pelakon==