Si Buta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 43:
Tiba-tiba, sewaktu Jaksa ingin membasuh muka dan meminum air di gigi air sungai, dia terdengar suara lelaki merintih. Jaksa menyapa lelaki tersebut, dan dia memberitahu seorang guru telah mencungkil kedua-dua biji matanya dan badannya dibuang di tempat itu. Jaksa pula kebingungan, barangkali matanya datang dari lelaki buta. Jaksa telah bergegas ke gua semula untuk bertemu dengan Bentara, tetapi dia telah terpandang Baiduri di dalam gua kerana gadis ini pernah berada dalam mimpinya tempoh hari. Maka, berlakulah pergelutan di antara Jaksa dan rakan-rakannya. Ramai rakan-rakannya terkorban di tangan Jaksa. Jaksa berjaya menyelamatkan Baiduri, Baiduri telah diserahkan kepada Teruna. Pada mulanya, Teruna ingin membunuh Jaksa, tetapi setelah Baiduri memberitahu segalanya, Teruna bagi pihak Datuk Temenggong telah menjemput Jaksa ke rumah Datuk Temenggong di kampung Teruna sebagai tanda terima kasih. Jaksa menurutkan sahaja.
 
Jaksa diberikan penghormatan oleh Datuk Temenggong, Jaksa ingin kediaman kerana dia akan berumah tangga. Datuk Temenggong turutkan sahaja. Tetapi, Jaksa telah meluahkan sesuatu kepada Datuk Temenggong dan hadirin yang ada di dalam rumah itu, bahawa dia ingin berkahwin dengan Baiduri sedangkan Baiduri sudah berkahwin dengan Teruna. Jaksa tidak berpuas hati dengan Teruna kerana dia tidak menjaga isterinya sebaik mungkin sehingga Baiduri diculik. Teruna kebingungan dan bertemu dengan Jaksa untuk menjelaskan hal yang dibuat oleh Jaksa adalah suatu yang slah dan tidak beradab. Teruna dan Datuk Temenggong telah berasa curiga dengan Jaksa tetapi apakan daya Jaksa seorang yang hebat, tidak seorang pun berani menentangnya. Jaksa pula, masih mengganggu Baiduri. Baiduri tidak menyukai perangai Jaksa. Hal ini telah menyebabkan Teruna cemburu. Baiduri pula berasa serba salah. Pada malam harinya, Jaksa berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik tidur Baiduri. Di sangkakan jasad tersebut milik Teruna, lalu dibunuhnya. Teruna bergegas masuk ke dalam bilik, alangkah terkejutnya, Baiduri telah mati dibunuh.
 
Keesokkan harinya, Jaksa telah menyerah diri dan menyesali perbuatannya semalam. Datuk Temenggong telah menyuruh Teruna untuk menghukum bunuh Jaksa. Tetapi Teruna tidak sampai hati lalu membiarkan Jalsa melarikan diri ke dalam hutan. Setibanya di dalam hutan, Jaksa telah dikepung oleh rakan-rakannya dan Bentara. Jaksa ingin menyerahkan semula matanya kepada Bentara, tetapi Bentara tidak mahukan. Bentara mahukan Jaksa dibunuh oleh kuncu-kuncunya. Jaksa akhirnya berjaya dilemahkan, dan Bentara membutakan semula penglihatan Jaksa. Walaupun Jaksa buta kembali tetapi dia masih mampu bertarung dengan Bentara. Akhirnya dengan senjata yang dianugerahkan dari Bentara. Jaksa telah berjaya menikam tubuh Bentara sehingga dia terkorban. Jaksa yang buta akhirnya melarikan diri dan mendiami di dalam gua tersebut seorang diri.
 
TAMAT
 
==Pelakon==