Si Buta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 41:
Baiduri telah disembunyikan di dalam gua. Di dalam masa yang sama, Bentara telah memilih salah seorang daripada tawanannya untuk diambil kedua-dua biji anak matanya. Dan jasadnya dibuang ke dalam gaung. Dengan kepakaran ilmu ghaibnya, Bentara telah berjaya menukarkan mata Jaksa dengan mata yang sihat. Mata asal Jaksa telah dibuang. Selesai semuanya, Jaksa mampu melihat buat pertama kalinya. Dia sangat teruja dengan keindahan alam tersebut.
 
Tiba-tiba, sewaktu Jaksa ingin membasuh muka dan meminum air di gigi air sungai, dia terdengar suara lelaki merintih kesakitan. Jaksa menyapa lelaki tersebut, dan dia memberitahu seorang guru telah mencungkil kedua-dua biji matanya dan badannya dibuang di tempat ituini. Jaksa pula kebingungan, barangkali matanya datang dari mata lelaki buta ini. Jaksa telah bergegas pergi ke gua semula untuk bertemu dengan Bentara, tetapi dia telah terpandang akan wajah Baiduri di dalam gua kerana gadis ini pernah berada dalam mimpinya tempoh hari. Jaksa ingin menyelamatkan Baiduri. Maka, berlakulah pergelutan di antara Jaksa dan rakan-rakannya. Ramai rakan-rakannya terkorban di tangan Jaksa. Jaksa berjaya menyelamatkan Baiduri, Baiduri telah diserahkan kepada Teruna. Pada mulanya, Teruna ingin membunuh Jaksa, tetapi setelah Baiduri memberitahu segalanya, Teruna bagi pihak Datuk Temenggong telah menjemput Jaksa ke rumah Datuk Temenggong di kampung Teruna sebagai tanda terima kasih. Jaksa menurutkan sahaja.
 
Jaksa diberikan penghormatan oleh Datuk Temenggong, Jaksa ingininginkan kediaman kerana dia akan berumah tangga kelak. Datuk Temenggong turutkan sahaja. Tetapi, Jaksa telah meluahkan sesuatuisi hatinya kepada Datuk Temenggong dan hadirin yang ada di dalam rumah itu, bahawa dia ingin berkahwin dengan Baiduri sedangkan Baiduri sudah berkahwin dengan Teruna. Jaksa tidak berpuas hati dengan Teruna kerana dia tidak menjaga isterinya sebaik mungkin sehingga Baiduri diculik. Teruna kebingungan dan bertemu dengan Jaksa untuk menjelaskan hal yang dibuat oleh Jaksa adalah suatu yang slahsalah dan tidak beradab. Teruna dan Datuk Temenggong telahmulai berasa curiga dengan Jaksa tetapi apakan daya Jaksa seorang yang hebat dan perkasa, tidak seorang pun berani menentangnya. Jaksa pula, masih mengganggu Baiduri. Baiduri tidak menyukai perangai Jaksa. Hal ini telah menyebabkan Teruna cemburu. Baiduri pula berasa serba salah. Pada malam harinya, disebabkan mereka tidur berlainan bilik, Jaksa telah berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik tidur Baiduri. Di sangkakan jasad tersebut milik Teruna, lalu dibunuhnya. Baiduri merintih kesakitan, Teruna bergegas masuk ke dalam bilik, alangkah terkejutnya apabila dia memdapati Baiduri telah mati dibunuh.
 
Keesokkan harinya, Jaksa telah menyerah diri dan menyesali perbuatannya semalam. Datuk Temenggong telah menyuruh Teruna untuk menghukum bunuh Jaksa. Tetapi Teruna tidak sampai hati lalu membiarkan Jaksa melarikan diri ke dalam hutan. Setibanya di dalam hutan, Jaksa telah dikepung oleh rakan-rakannya dan Bentara. Jaksa ingin mengembalikan semula matanya kepada Bentara, tetapi Bentara tidak mahukan. Bentara mahukan Jaksa dibunuh oleh kuncu-kuncunya. Jaksa akhirnya berjaya dilemahkan, dan Bentara membutakan semula penglihatan Jaksa. Walaupun penglihatan Jaksa telah dibutakan kembali tetapi dia masih mampu bertarung dengan Bentara. Akhirnya dengan senjata yang dianugerahkan dari Bentara. Jaksa telah berjaya menikam tubuh Bentara sehingga dia terkorban. Jaksa yang buta akhirnya melarikan diri dan mendiami di dalam gua persembunyian Bentara seorang diri.