Musang Berjanggut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 39:
Tun Nila Utama ([[P. Ramlee]]) melengkapkan diri semasa remaja untuk menjadi pengganti sultan. Tun Nila Utama mahir di dalam dunia persilatan dan ilmu ghaib. Setelah sekian lama menuntut, akhirnya Tun Nila Utama pulang ke istana.
 
Kepulangannya disambut meriah. Kemudiannya baginda Sultan menitahkannya untuk mendirikan rumah tangga. Tun Nila Utama enggan kerana menganggap semua perempuan yang ada di dalam negerinya itu hanyalah semata-mata betina. Apabila ditanya baginda Sultan apakah perbezaannya, Tun Nila Utama pun menjawab, "'''Perempuan menjaga maruah, tetapi betina menjualnya'"''.
 
Baginda murka dengan perkataan Tun Nila Utama itu. Kemudiannya baginda memberi tempoh satu tahun kepada Tun Nila Utama pergi keluar mencari isteri. Jika gagal, Tun Nila Utama dihukum pancung. Tun Nila Utama keluar dari negeri Pura Chendana dengan berbekalkan azam dan juga seuncang yang mempunyai campuran pelbagai bahan masakan. Dia telah bersumpah, barangsiapa yang mahu memasak bahan di dalam uncangnya itu, maka perempuan itulah yang akan diperisterikannya. Sekiranya dia gagal, Nila tidak akan mencukur janggut dan misai dan tidak akan pulang semula di Negara Pura Chendana.
Baris 45:
Dalam perjalanan pelbagai perkara yang ditempuhinya. Tidak kurang orang mengatakannya gila. Sehinggalah pada suatu hari, Tun Nila Utama bertemu dengan Puspawangi ([[Saadiah]]) di tepi pantai. Di sana, Puspawangi telah membawa Tun Nila Utama ke rumahnya. Kedatangan Tun Nila Utama telah disambut baik oleh ibubapa Puspawangi. Apabila makanan hendak disediakan, Tun Nila Utama menghulurkan uncangnya. Keliru ataupun muslihat, itulah yang bermain difikiran Puspawangi dan ibunya setelah melihat kandungan uncang Tun Nila Utama. Ibunya mahu memulang uncang tersebut, tetapi telah dihalang oleh Puspawangi. Lantas Puspawangi mengasingkan campuran bahan tersebut.
 
Setelah makanmakanan disediakan, akhirnya Tun Nila Utama pun diberitahu bahawa masakan malam itu adalah dari uncangnya. Bagi mengotakan sumpahnya, Tun Nila Utama telah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Puspawangi. Persetujuan dicapai antara Tun Nila Utama dengan Puspawangi. Selepas mendirikan rumah tangga, Tun Nila Utama kembali ke Pura Chendana bersama dengan isterinya.
 
Hajat Tun Nila Utama sebenarnya telah menjadi penghalang kepada Megat Alang Sengketa ([[Shariff Dol]]) untuk meraih Puspawangi. Dalam perjalan pulang Tun Nila Utama, Megat Alang Sengketa membuat helah. Perhitungan diadakan di antara Tun Nila Utama dengan Megat Alang Sengketa. Akhirnya Megat Alang Sengketa tertewas dan Tun Nila Utama meneruskan perjalanan ke Pura Chendana.