Perbezaan antara semakan "Noraniza Idris"

163 bait ditambah ,  3 tahun lalu
Selepas kelahiran album Ala Dondang, beliau terus kekal merakamkan album-album yang berirama tradisional seperti ''[[Masyhur]]'' dan album duet bersama Siti Nurhaliza, ''[[Seri Balas]]''. Noraniza diiktiraf sebagai pelopor kepada irama Pop Etnik dan Tradisional kerana berani menerbitkan album tradisional secara tidak konvensional seperti sebelum ini. Pada masa itu, lahirlah lagu-lagu yang telah menjulang nama Noraniza Idris dengan lagu-lagu pop tradisional seperti ''Dikir Puteri, Dondang Dendang,'' ''Zapin Pusaka'' serta duet Noraniza bersama [[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Siti Nurhaliza]] menerusi lagu ''Hati Kama.''
 
Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaharuan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu ''Ngajat Tampi'' ciptaan Rosli Selasih dan Siso dalam album ''[[Bekaba]]'', selain itu lagu yang berkonsepkan hadrah, ''Tinting'' yang merupakan single pertama daripada album Bekaba hasil ciptaan Pak Ngah. Kedua-dua lagu tersebut berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000. Noraniza menjadi artis pertama yang mara dengan dua lagu. Seterusnya Noraniza terus melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat hingga diberi gelaran '''Ratu Pop Tradisional'''.
 
Selepas diberi penghargaan untuk menyanyikan secara live lagu ''Dikir Puteri'' di Sukan Komanwel pada tahun 1998 bersama Siti Nurhaliza yang turut menyanyikan lagu popularnya, ''Cindai''. Mereka berdua disatukan untuk bergandingan dalam satu album duet berkonsepkan tradisional yang berjudul ''[[Seri Balas]]''. Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat, menerusi album duet ini, Noraniza dan Siti telah berjaya mengumpul lebih ramai peminat lagu tradisional pada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. Gabungan mereka berdua dianggap sebagai pasangan duet yang serasi. Tuah menyebelahi Noraniza dan Siti apabila album yang mendapat sentuhan Pak Ngah itu berjaya memenangi Album Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-7|Anugerah Industri Muzik 2000]]. Lagu hits mereka, ''Hati Kama'' juga berjaya memasuki pencalonan untuk Lagu Terbaik tetapi gagal memenangi anugerah tersebut. Rezeki mereka terus melimpah ruah apabila mereka berjaya menggondol trofi Juara kategori Etnik Kreatif di [[Anugerah Juara Lagu 2000]]. Begitu hebat penangan Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza pada ketika itu hingga ada pihak yang tidak berpuas hati nak melaga-lagakan mereka.
137

suntingan