Kinetik kimia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 7:
 
[[Jacobus Henricus van 't Hoff|Van 't Hoff]] mengkaji dinamik kimia dan menerbitkannya pada tahun 1884 sebagai "Etudes de dynamique chimique" yang terkenal.<ref>{{Cite book|url=https://archive.org/details/studiesinchemica00hoffrich|title=Studies in chemical dynamics|last=Hoff|first=J. H. van't (Jacobus Henricus van't)|last2=Cohen|first2=Ernst|last3=Ewan|first3=Thomas|date=1896-01-01|publisher=Amsterdam : F. Muller ; London : Williams & Norgate}}</ref> Pada tahun 1901 beliau telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel pertama dalam Kimia "sebagai mengenang jasa luar biasa beliau dalam penemuan hukum-hukum dinamik kimia dan tekanan osmosis dalam larutan".<ref>[http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/chemistry/laureates/1901/ The Nobel Prize in Chemistry 1901], Nobel Prizes and Laureates, official website.</ref> Selepas van 't Hoff, kinetik kimia berurusan dengan penentuan ujikaji bagi [[kadar tindak balas]] yang [[hukum kadar]] dan [[pemalar kadar tindak balas|pemalar kadar]] dapat diperolehi. [[Hukum kadar]] yang agak mudah wujud untuk [[hukum Kadar#tindak balas tertib sifar|tindak balas tertib sifar]] (yang mana kadar tindak balas adalah bergantung kepada kepekatan), [[persamaan kadar#tindak balas tertib pertama|tindak balas tertib pertama]], dan [[tindak balas tertib kedua]], dan boleh diterbitkan untuk yang lain. [[Tindak balas asas]] mematuhi [[hukum tindakan jisim]], tetapi hukum kadar [[tindak balas berperingkat]] harus diperolehi dengan menggabungkan hukum kadar daripada langkah-langkah yang asas, dan boleh menjadi agak rumit. Dalam tindak balas berturut-turut, [[langkah menentukan kadar]] sering menentukan kinetik. Dalam tindak balas tertib pertama berturut-turut, anggaran [[keadaan mantap (kimia)|keadaan mantap]] boleh memudahkan [[hukum kadar]]. [[Tenaga pengaktifan]] untuk tindak balas adalah ditentukan secara uji kaji melalui [[persamaan Arrhenius]] dan [[persamaan Eyring]]. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi [[kadar tindak balas]] termasuk: [[keadaan fizikal]] bahan tindak balas, [[kepekatan]] bahan tindak balas, [[suhu]] pada mana tindak balas berlaku, dan sama ada wujud atau tidak sebarang [[pemangkin]] di dalam tindak balas.
 
 
[[Alexander Nikolaevich Gorban|Gorban]] dan Yablonsky telah mencadangkan bahawa sejarah dinamik kimia boleh dibahagikan kepada tiga era.<ref>A.N. Gorban, G.S. Yablonsky [https://www.researchgate.net/publication/281411623_Three_Waves_of_Chemical_Dynamics Three Waves of Chemical Dynamics], ''Mathematical Modelling of Natural Phenomena'' 10(5) (2015), p. 1–5.</ref> Yang pertama ialah gelombang van 't Hoff mencari hukum am tindak balas kimia dan kinetik yang berkaitan untuk termodinamik. Yang kedua boleh dipanggil gelombang [[Nikolay Semyonov|Semenov]]--[[Cyril Norman Hinshelwood|Hinshelwood]] dengan penekanan kepada mekanisme tindak balas, terutama bagi [[Tindak balas rantai#tindak balas rantaian kimia|tindak balas rantaian]]. Ketiga dikaitkan dengan [[Rutherford Aris|Aris]] dan penerangan matematik terperinci bagi rangkaian tindak balas kimia.