Singapura Dilanggar Todak (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
 
==Ringkasan==
* Filem ini mengisahkan dari cerita dongeng orang-orang Singapura. Tun Jana Khatib ([[Haji Mahadi]]) berasal dari kerajaan Pasai. Datang ke negara Singapura untuk berdakwah dan berdagang. Tetapi kehadirannya tidak disukai pembesar di Singapura. Maka Tun Jana Khatib telah difitnah. Raja Singapura telah murka dan menjatuhkan hukuman ke atas 2 orang pengikut kanan Tun Jana Khatib. Selepas Tun Jana Khatib di tikam dengan sebilah keris, Tak lama kemudian ribut petir melanda Singapura, dengan suara suara menggelegar kuat dari langit. Orang orang yang menyaksikan berlarian menyelamatkan diri dan mencari tahu apa yang terjadi dan dididapati jasadnya telah ghaib dan ini membuatkan orang orang yang menyaksikan pembunuhan itu mengatakan Tun Jana Khatib berpuaka. Tun Jana Khatib meninggal dunia di atas perahu akibat kecedaraan tersebut. Perahu tersebut dalam perjalanan dari Singapura ke Pasai. Selang beberapa hari kemudian, beberapa orang nelayan di Singapura telah terkorban kerana serangan ikan todak menyerang dari pantai ke daratan. Ini menggusarkan keadaan di persisiran pantai di Singapura. Raja ([[Shariff Dol]]) dan pembesar istana telah pergi menyaksikan apa yang terjadi di kawasan pantai. Dengan tiba tiba seekor ikan todak telah menikam di bahu kanan Raja. Raja kebingungan, dan meminta cadangan dan nasihat apakah penyelesaiannya, Datuk Temenggong ([[S. Kadarisman]]) mencadangkan agar menggunakan tubuh manusia sebagai kubu pertahanan dari serangan todak. Raja tidak berpuas hati dengan cadangan itu. Tiba tiba Hang Nadim ([[Bad Latiff]]) bersuara untuk mencurahkan ideanya kepada Raja. Hang Nadim merupakan anakanda lelaki kepada Datuk Biduanda ([[Kemat Hassan]]). Hang Nadim mencadangkan agar menggunakan seberapa banyak batang pokok pisang ubtuk digunakan sebagai kubu di atas serangan todak tersebut. Maka rakyat jelata dengan bertungkus lumus terus membina kubu pertahanan menggunakan batang pokok pisang sehingga serangan todak berakhir. Raja sangat berpuas hati di atas pertolongan Hang Nadim yang telah menyelamatkan dirinya dan Singapura dari bencana tersebut. Raja ingin menganugerahkan cenderamata kepada Hang Nadim, tetapi tidak dipersetujui oleh Datuk Temenggong. Datuk Temenggong terus menerus menghasut Raja sehingga Raja termakan hasutannya. Ini kerana Raja ketika itu tidak mempunyai pendirian. Datuk Temenggong menghasut dengan mengatakan bahawa dengan kebijaksanaan Hang Nadim pada usia yang sekecil itu, apabila dewasa kelak dia akan menjual negara Singapura kelak dengan tipu helahnya yang licik. Dek kerana termakan hasutan tersebut, Raja telah murka dan menitahkan agar Hang Nadim ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Hang Nadim dijatukan hukuman dengan badannya dicampakkan ke dalam laut dengan badannya berikat dengan batu yang berat. Hang Nadim mati kelemasan di dasar laut. Datuk Biduanda sedih dan berang lalu dia pergi ke rumah Datuk Temenggong dan dibunuhnya Datuk Temenggong. Perkara ini disaksikan oleh anakanda Datuk Temenggong ([[Kuswadinata]]). Maka Datuk Biduanda telah dibunuhnya. Anak Datuk Temenggong tidak berpuas hati lalu dia pergi ke rumah Datuk Biduanda untuk membunuh waris Datuk Biduanda. Setibanya di rumah Datuk Biduanda, 2 orang Pasai (lakonan [[Aziz Jaafar]] dan [[Ali Rahman]]) sudah bersedia untuk membunuh anak Datuk Temenggong. Tetapi hanya seorang sahaja yang terselamat. Manakala PuteriPuspa ([[Hashimah Yon]]) dan balu Datuk Biduanda ([[Saamah]]) yang terselamat telah diajak untuk berpindah dari Singapura ke Pasai pada malam tersebut.
 
~TAMAT~