Perbezaan antara semakan "Semerah Padi"

310 bait ditambah ,  4 tahun lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
==Sinopsis==
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan Teruna ([[Nordin Ahmad]]) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara ([[Saadiah]]), anak ketua kampong ([[Daeng Idris]]) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya. Aduka dan Teruna berjaya membunuh Jejaka ([[A. Rahim]]) dan menangkap Galak ([[Normadiah]]) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya.
 
Di malam hari keramaian, penduduk kampong digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampong, Aduka dan Teruna berjaya menangkap Jejaka ([[A. Rahim]]) dan Galak ([[Normadiah]]) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sula sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek.
 
Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek ([[Salleh Kamil]]) dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.