Semerah Padi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 59:
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan Teruna ([[Nordin Ahmad]]) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara ([[Saadiah]]), anak ketua kampong ([[Daeng Idris]]) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.
 
Di malam hari keramaian, penduduk kampong digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampong, Aduka dan Teruna berjaya menangkap Jejaka ([[A. Rahim]]) dan Galak ([[Normadiah]]) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sula sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek. Borek mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka.
 
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru harakan kampong Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, Teruna dan orang orang kampong bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, ([[Kemat Hassan]], [[Shariff Dol]], [[Ahmad C]] dan [[Nyak Osman]]) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.
 
Negeri dilanda lanun dan Teruna dan 9 pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong berkhidmat dengan Baginda Sultan.
Aduka ditugaskan untuk menjaga keamanan kampong. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek ([[Salleh Kamil]]) dan kuncu-kuncunyadia dan telahberjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh.

Hujan renyai-renyai membasahi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.
 
==Pelakon==