Perbezaan antara semakan "Semerah Padi"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Di malam hari keramaian, penduduk kampong digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampong, Aduka dan Teruna berjaya menangkap Jejaka ([[A. Rahim]]) dan Galak ([[Normadiah]]) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sula sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek. Borek mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka.
 
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru harakan kampong Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, Teruna dan orang orang kampong bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, ([[Kemat Hassan]], [[Shariff Dol]], [[Ahmad C]] dan [[NyakOmar OsmanSuwita]]) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.
 
Negeri dilanda lanun dan Teruna dan 9 pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong berkhidmat dengan Baginda Sultan.