Noraniza Idris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafizyunos95 (bincang | sumb.)
noraniza
Hafizyunos95 (bincang | sumb.)
noraniza
Baris 43:
Pada tahun 2000, lahir pula album bercorak pop tradisional berjudul ''Iktiraf''. Album kali ini Noraniza sekali lagi mendapat sentuhan Pak Ngah. Album ''Iktiraf'' berjaya menembusi pencalonan untuk Album Pop Etnik Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan Lagu Terbaik untuk lagu ''Iboq (Kita)'' di Anugerah Industri Muzik 2001.
 
===2002-sekarang: Aura, Sawo' Matang, Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun, terbit program khas takbir hari raya Aidiladha dan 3 Juara===
Pada tahun 2002, menyaksikan Noraniza tidak lagi bekerjasama dengan komposer, Pak Ngah menerusi album [[Aura (album 2002)|''Aura'']]. Noraniza inginkan pembaharuan untuk album tersebut dengan tidak bergantung kepada Pak Ngah. Dalam album tersebut, Noraniza mengambil suaminya sendiri Fareez Tajuddin <small>(sekarang bekas suami)</small> sebagai penerbit album kali ini. Tampil dengan muzik lebih segar seperti ''Hala Timur, Layar Battuta, Tandang Bermadah, Melereng'' dan banyak lagi yang terkandung.
 
Baris 60:
Di samping itu, beliau juga telah menampilkan beberapa buah lagu etnik peribumi yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam itu adalah ''Enjut, Hatinya Tak Tahan, Ayuh! Juragan, Hati Kama, Dondang Dendang, Ngajat Tampi'' dan banyak lagi. Noraniza turut perkenalkan dua buah lagu baharunya, ''Puncak Gapura'' menampilkan Ihab Ismail dan ''#MohonTerasa'' duet bersama artis baru, L'Zzay.
 
Pada pertengahan bulan Ramadhan, Noraniza Idris berkesempatan menghadiahkan buah tangan terbaru untuk peminatnya sempena pembabitannya dalam industri muzik selama 30 tahun dengan melancarkan sebuah album khas hari raya berjudul ''Ria Aidilfitri.'' Konsep album ini lebih menjurus kepada sketsa pendek yang diselang-seli lagu-lagu raya nyanyian beliau bersama artis-artis baharu dibawah produksinya sendiri, ''Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd''.
 
Noraniza berkata, dia ingin mengangkat tema berkenaan kerana karya berbentuk demikian sudah lama tidak diterbitkan selain memberi peluang kepada generasi baharu mengenali maksud album yang mempunyai konsep seperti itu.
Baris 74:
Antara lagu-lagu yang terkandung adalah ''Rewang Raya, Angin Cinta Di Aidilfitri, Ahlan Wasahlan Ya Syawal, Nostalgia Aidilfitri, Kalimah Lebaran, Akar Kita Zapin Aidilfitri, Linangan Syawal dan Ria Aidilfitri.''
 
Pada September 2016, bersempena kedatangan Aidiladha, Noraniza telah menerbitkan sebuah program khas takbir hari raya bersempena Aidiladha. Seramai 60 penyanyi lelaki daripada pelbagai genre muzik berganding bahu menjayakan rakaman takbir Hari Raya Aidiladha yang diadakan di IDCC Shah Alam pada 27 Ogos 2016 yang mana hari itu juga merupakan hari kelahiran Noraniza yang ke-48.
Pada pertengahan Oktober, Noraniza Idris bertindak sebagai juri tetap untuk program realiti terbaru terbitan TV3 Malaysia, '''3 Juara''' yang bermula bersiaran pada 16 Oktober setiap hari Ahad. TV3 memperkenalkan program ini adalah untuk mencungkil bakat baharu sebagai pelapis kepada tiga genre muzik iaitu Rock, Balada dan Irama Malaysia. Setiap perserta akan dibimbing oleh komposer-komposer yang cukup berpengalaman yang akan mewakili setiap genre lagu iaitu, Pak Ngah bagi kategori Irama Malaysia, Ajai mewakili kategori Balada manakala Edrie Hashim mewakili untuk kategori Rock.
 
'''<big>''Terbit program khas Takbir Hari Raya bersempena Aidiladha''</big>'''
 
Seramai 60 penyanyi lelaki daripada pelbagai genre muzik berganding bahu menjayakan rakaman takbir Hari Raya Aidiladha yang diadakan di IDCC Shah Alam pada 27 Ogos 2016 yang mana hari itu juga merupakan hari kelahiran Noraniza yang ke-48.
 
Noraniza Idris selaku penerbit program ini berkata, kesudian mereka yang terlibat dalam rakaman berkenaan bukti mereka sanggup mengenepikan tugas masing-masing demi menyumbang sesuatu kepada agama dan bangsa. Noraniza melahirkan rasa syukur kerana rakaman dibuat berjaya biarpun masing-masing sibuk dengan tugas namun mereka sudi meluangkan masa. Beliau rasa berbesar hati kerana dapat menunaikan hajat untuk merakamkan takbir hari raya ini bersempena dengan hari lahirnya yang jatuh pada hari rakaman tersebut.
 
Antara selebriti yang terlibat pada rakaman itu adalah Aris Ariwatan, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Afee Utopia, Ezam EYE, Nash, Saleem dan Raymie Febians. Manakala penyanyi generasi baharu juga turut memberi sokongan seperti Aweera, Ihab Ismail, Firman, Azmir Arif, Fadzlee Sufri, Fee Haiqal dan Qody. Ia adalah kerjasama di antara IDCC Shah Alam, Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. Rakaman tersebut disiarkan menerusi saluran TV Alhijrah pada Hari Raya Aidiladha, 12 September 2016.
 
Ia adalah kerjasama di antara IDCC Shah Alam, Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.
 
Rakaman tersebut disiarkan menerusi saluran TV Alhijrah pada Hari Raya Aidiladha, 12 September 2016.
 
Dalam pada itu, Noraniza berkata, menerusi rakaman takbir raya bersama selebriti itu juga ia dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat terhadap golongan selebriti. Ini kerana artis Malaysia juga berperanan dalam menyampaikan mesej berunsurkan Islamik dan nilai-nilai murni sebagai ikon kepada generasi hari ini dan juga sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial artis kepada masyarakat yang bersifat mendidik dalam membentuk akhlak mulia.
 
Selain itu, menerusi program seumpama ini ia juga dapat mengeratkan kembali silaturahim di antara rakan-rakan artis yang mungkin sebelum ini pernah terputus hubungan.
 
Pada pertengahan Oktober pula, Noraniza Idris bertindak sebagai juri tetap untuk program realiti terbaru terbitan TV3 Malaysia, '''3 Juara''' yang bermula bersiaran pada 16 Oktober setiap hari Ahad. TV3 memperkenalkan program ini adalah untuk mencungkil bakat baharu sebagai pelapis kepada tiga genre muzik iaitu Rock, Balada dan Irama Malaysia. Setiap perserta akan dibimbing oleh komposer-komposer yang cukup berpengalaman yang akan mewakili setiap genre lagu iaitu, Pak Ngah bagi kategori Irama Malaysia, Ajai mewakili kategori Balada manakala Edrie Hashim mewakili untuk kategori Rock.
 
== Siri Jelajah Akar Kita Zapin ==