Perbezaan antara semakan "Noraniza Idris"

350 bait ditambah ,  3 tahun lalu
noraniza
(noraniza)
(noraniza)
|birth_date = {{birth date and age|1968|8|27}} |birth_place = [[Kluang]], [[Johor]], [[Malaysia]] |Instrument = Vokal|Alias = Noraniza Idris|Agama=Islam}}
 
'''Nor Aniza binti Haji Idris''' (lahir pada 27 Ogos 1968) atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, '''Noraniza Idris''' merupakan seorang penyanyi, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik yang cukup terkenal di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang penyanyi Malaysia terbaik yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain [[M Nasir|M.Nasir]], [[Anita Sarawak]], [[Sharifah Aini]], [[Khatijah Ibrahim]], [[Jamal Abdillah]] dan [[Ramlah Ram]]. Memulakan karier nyanyian sejak 1985, Noraniza Idris cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama tradisional dan etnik kreatif sehingga beliau mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional Malaysia. Sehingga kini beliau masih kukuh di persada seni memperjuangkan irama budaya. Sepanjang karier seninya sejak 1985, beliau telah melahirkan 14 buah album dansolo, beberapa buah album kompilasi dan duet. Pada masa yang sama, Noraniza telah banyak meraih kejayaan di anugerah-anugerah besar muzik tanah air melalui albumnya, lagu dan persembahan pentas.
 
==Kehidupan dan karier==
 
===1985-1997: Melayu Deli, Mengemis Rindu, Lagu-lagu dari Filem, Kenangan Lama dan Ala Dondang===
Beliau dianggap beruntung kerana dapat merakam suara untuk album lagu-lagu daripada filem bersama penyanyi terkenal lain berjudul ''[[Melayu Deli (album Noraniza Idris)|Melayu Deli]]''. Sejak itu, Noraniza terus diberi peluang merakamkan satu demi album bersama Life Records. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang [[penyanyi]].
 
Setelah ''Melayu Deli'', Noraniza Idris merakamkan album ''[[Kaparinyo (album Noraniza Idris)|Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem]]'' dan ''[[Nostalgia Malindo (album Noraniza Idris)|Nostalgia Malindo]]'' sebanyak 3 Volume. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu sendiri menerusi 3 buah album pop Melayu ''[[Mengemis Rindu]]'', ''[[Inginku Sandarkan Harapan]]'' dan ''[[Masihkah Dirimu Menyayangiku]]''. Noraniza mula mengikat kontrak bersama syarikat rakaman antarabangsa Sony Music pada 1991 sekaligus berpeluang bekerjasama dengan penerbit terkenal [[Ramli M.S.]]. Album perdananya bersama Sony adalah sebuah album duet bersama penyanyi pop terkenal [[Ibnor Riza]] yang berjudul ''[[Seindah Budimu (album 1991)|Seindah Budimu]]''.
 
Setelah itu beliau mula merakamkan lagu-lagu dari filem Melayu klasik menerusi album ''[[Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama]]'', sebanyak 9 Volume bersama Abdullah Chik setelah gandingan bersama Ibnor tidak mendapat sambutan menggalakkan berbanding dengan AbdulahAbdullah Chik. [[Sony Music Entertainment|Sony Music]] seterusnya menerbitkan album pop etnik berjudul ''[[Noraniza Idris (album 1992) |Noraniza Idris]]'' pada 1992 terbitan [[Ramli M.S.|Ramli M.S]] bersama Jimmy Ali yang mula membuka jalan kepada Noraniza untuk mencuba muzik etnik kontemporari. Walaubagaimanapun, album ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran pasaran muzik tradisional masih berada di tahap konvensional.
 
Selepas album tersebut, Noraniza masih aktif menyanyi bersama Abdullah Chik tambahan beliau telah keluar dari Sony Music. Namun pada 19 September 1995 ketika bersama menjayakan sebuah pertunjukan pentas di [[Kota Bharu, Kelantan]], Abdullah Chik jatuh di belakang pentas lalu menghembuskan nafas terakhir, yang kemudiannya disahkan akibat serangan jantung. Jenazah [[Abdullah Chik]] dibawa ke [[Kuala Lumpur]] dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, [[Petaling Jaya]]. Sejak itu Noraniza sedikit murung dan tidak bersemangat untuk terus memperjuangkan irama tradisional Melayu.
 
Setelah tiga tahun menyepi kerana memberi perhatian terhadap keluarga, akhirnya pada tahun 1997, Noraniza Idris telah melahirkan album eksperimental yang bercorak pop tradisional, Pertemuan beliau bersama penerbit album tradisional terkenal '''Suhaimi Mohd Zain''' atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ternyata memberi tuah. Maka lahirlah album ''[[Ala Dondang]]'' yang diterbitkan atas kepercayaan [[Suria Records]] (SRC). Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, album itu mencecah jualan melebihi 100200,000 ribu unit. Noraniza menerima banyak pengiktirafan antaranya memenangi Album Pop Etnik Terbaik untuk [[Anugerah Industri Muzik ke-5|Anugerah Industri Muzik 1998.]]
 
===1998-2002: Masyhur, Seri Balas dan Iktiraf===
Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaharuan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu ''Ngajat Tampi'' ciptaan Rosli Selasih dan Siso dalam album ''[[Bekaba]]'', selain itu lagu yang berkonsepkan hadrah, ''Tinting'' yang merupakan single pertama daripada album Bekaba hasil ciptaan Pak Ngah. Kedua-dua lagu tersebut berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000. Noraniza menjadi artis pertama yang mara dengan dua lagu. Seterusnya Noraniza terus melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat hingga diberi gelaran '''Ratu Pop Tradisional'''.
 
Selepas diberi penghargaan untuk menyanyikan secara live lagu ''Dikir Puteri'' di Sukan Komanwel pada tahun 1998 bersama Siti Nurhaliza yang turut menyanyikan lagu popularnya, ''Cindai''. Mereka berdua disatukan untuk bergandingan dalam satu album duet berkonsepkan tradisional yang berjudul ''[[Seri Balas]]''. Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat, menerusi album duet ini, Noraniza dan Siti telah berjaya mengumpul lebih ramai peminat lagu tradisional pada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. Gabungan mereka berdua dianggap sebagai pasangan duet yang serasi. Tuah menyebelahi Noraniza dan Siti apabila album yang mendapat sentuhan Pak Ngah itu berjaya memenangi Album Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-7|Anugerah Industri Muzik 2000]]. Lagu hits mereka, ''Hati Kama'' juga berjaya memasuki pencalonan untuk Lagu Terbaik tetapi gagal memenangi anugerah tersebut. Rezeki mereka terus melimpah ruah apabila mereka berjaya menggondol trofi Juara kategori Etnik Kreatif di [[Anugerah Juara Lagu 2000]]. Begitu hebat penangan Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza pada ketika itu hingga ada pihak yang tidak berpuas hati nak melaga-lagakan mereka.
 
Pada tahun 2000, lahir pula album bercorak pop tradisional berjudul ''Iktiraf''. Album kali ini Noraniza sekali lagi mendapat sentuhan Pak Ngah. Album ''Iktiraf'' berjaya menembusi pencalonan untuk Album Pop Etnik Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan Lagu Terbaik untuk lagu ''Iboq (Kita)'' di Anugerah Industri Muzik 2001.
 
===2002-sekarang: Aura, Sawo' Matang, Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun, terbit program khasrakaman takbir hari raya Aidiladha dan 3 Juara===
Pada tahun 2002, menyaksikan Noraniza tidak lagi bekerjasama dengan komposer, Pak Ngah menerusi album [[Aura (album 2002)|''Aura'']]. Noraniza inginkan pembaharuan untuk album tersebut dengan tidak bergantung kepada Pak Ngah. Dalam album tersebut, Noraniza mengambil suaminya sendiri Fareez Tajuddin <small>(sekarang bekas suami)</small> sebagai penerbit album kali ini. Tampil dengan muzik lebih segar seperti ''Hala Timur, Layar Battuta, Tandang Bermadah, Melereng'' dan banyak lagi yang terkandung.
 
Pada tahun 2003, Noraniza telah mengumumkan beliau telah tamat kontrak daripada syarikat rakaman Suria Records. Noraniza Idris beralih pula kepada label Universal Music Malaysia untuk pemasaran album seterusnya ''[[Sawo Matang|Sawo' Matang]].'' Pada ketika itu, Noraniza Idris mempunyai label sendiri, Gerak Budaya Sdn Bhd. Ternyata, apabila Noraniza bergerak sendiri tanpa di bawah pengurusan Pak Ngah dan Suria Records, album ''Sawo' Matang'' membawa tuah apabila beliau meraih banyak anugerah. Album Sawo' Matang diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-12 dan tercalon untuk Kulit Album Terbaik dan Album Terbaik pada ketika itu. Single pertama yang terkandung dalam album tersebut, ''Hatinya Tak Tahan'' pula berjaya menggondol trofi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-19 dan memenangi Lagu Global Pilihan di [[Anugerah Era 2004]].
 
Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu ''[[Lenggok 20 Tahun]]''. Album ini memuatkan 2 buah lagu baru, ''Racau Sang Khalifah'' duet bersama [[Liza Hanim]] dan ''Asyik Bisikan Hubah''. Album ini juga sempat memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, ''Dayung Sampan'', menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari negara [[China]].
 
Pada tahun 2008 pula, Noraniza Idris telah melancarkan sebuah single hari raya berjudul ''Cinta Lebaran'' bersama kumpulan Akasia yang mana kumpulan tersebut terlibat dalam satu program realiti TV, Gangstarz. Noraniza berkata, single tersebut merupakan single pertamanya selepas beliau bertudung. Selain itu, pada tahun itu juga menyaksikan Noraniza Idris diberi penghormatan apabila lagu-lagu nyanyiannya dipilih untuk mewakili konsep muzik Melayu Kontemporari dalam pertandingan realiti [[Sehati Berdansa]] Musim 2. Lagu-lagunya dipilih untuk persembahan tarian oleh kesemua peserta program tersebut (yang terdiri daripada pasangan selebriti Malaysia). Noraniza turut menjadi juri jemputan pada malam itu.
 
Setelah sekian lama tidak mengeluarkan sebarang album mahupun lagu. Pada tahun 2009, Noraniza kembali mengubati kerinduan peminatnya dengan melancarkan sebuah single berkonsepkan Etniketnik Fusionfusion yang berjudul ''[[Enjut (lagu)|Enjut]]''. Lagu hasil kerjasama Cat Farish, Illegal, Adeeb serta Ahmad Fedtri Yahya sebagai penulis liriknya. Ia sebagai pengenalan single pertamanya sebelum beliau melancarkan album studionya yang ke-14 pada tahun 2010 dan single ini juga pertama kali dikeluarkan selepas beliau berhijab. Walaupun ada yang mengatakan lagu tersebut ada unsur lucah, ''Enjut'' berjaya diiktiraf sebagai Lagu Pop Etnik Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-17|Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17)]] dan sekaligus tercalon top 5 Lagu Terbaik. Noraniza turut bersaing di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 24 tetapi gagal ke peringkat akhir.
 
Pada tahun 2010, Noraniza Idris merakamkan sebuah lagu raya berjudul ''Selamat Hari Raya'' ciptaan Jasnie Mohd Yaakob. Lagu tersebut dimuatkan dalam sebuah album kompilasi hari raya ''eRama Aidilfitri: Menjelang Syawal'' keluaran eRama Records.. Seterusnya pada 30 Disember, setelah lima tahun tanpa mengeluarkan sebarang album, Noraniza kembali menerbitkan sebuah album yang dinamakan ''[[Cintaku Satu]]'' yang menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi baru seperti [[Jaclyn Victor]], [[Marsha Milan Londoh]], Bob AF, Dior, Black dan ramai lagi. Memuatkan 10 buah lagu seperti ''Enjut, Kuasa Cinta, Hari Demi Hari, Endang Endong, Menarik Hari, Mahligai'' dan banyak lagi. Adik kepada Noraniza sendiri, Zahid Idris selaku penerbit album ini.
 
Pada April 2016, menyaksikan beliau kembali dengan persembahan khas Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 tahun yang diadakan selama satu jam setengah sempena ulang tahun ke-30 Noraniza Idris di arena bidang muzik, kehadiran ratusan peminat memenuhi Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur, ternyata aura Noraniza Idris masih berbisa sehingga kini, dengan gerak tarinya yang memukau, Noraniza masih mengekalkan konsep yang sama iaitu membawa segerombolan penari di atas pentas. Pada masa yang sama, beliau mengimbau semula perjalanan awal kerjaya seni beliau serta jatuh bangunnya dalam memartabatkan serta memperjuangkan irama Etnik Kreatif Tradisional sehingga dia diangkat serta diiktiraf sebagai Ratu Etnik Kreatif atau Ratu Irama Tradisional.
Antara lagu-lagu yang terkandung adalah ''Rewang Raya, Angin Cinta Di Aidilfitri, Ahlan Wasahlan Ya Syawal, Nostalgia Aidilfitri, Kalimah Lebaran, Akar Kita Zapin Aidilfitri, Linangan Syawal dan Ria Aidilfitri.''
 
Pada September 2016, bersempenaBersempena kedatangan Aidiladha, Noraniza telah menerbitkan sebuah program khas takbir hari raya bersempena Aidiladha. Seramai 60 penyanyi lelaki daripada pelbagai genre muzik berganding bahu menjayakan rakaman takbir Hari Raya Aidiladha yang diadakan di IDCC Shah Alam pada 27 Ogos 2016 yang mana hari itu juga merupakan hari kelahiran Noraniza yang ke-48.
 
Noraniza Idris selaku penerbit program ini berkata, kesudian mereka yang terlibat dalam rakaman berkenaan bukti mereka sanggup mengenepikan tugas masing-masing demi menyumbang sesuatu kepada agama dan bangsa. Noraniza melahirkan rasa syukur kerana rakaman dibuat berjaya biarpun masing-masing sibuk dengan tugas namun mereka sudi meluangkan masa. Beliau rasa berbesar hati kerana dapat menunaikan hajat untuk merakamkan takbir hari raya ini bersempena dengan hari lahirnya yang jatuh pada hari rakaman tersebut.
Selain itu, menerusi program seumpama ini ia juga dapat mengeratkan kembali silaturahim di antara rakan-rakan artis yang mungkin sebelum ini pernah terputus hubungan.
 
Pada pertengahan Oktober pula, Noraniza Idris bertindak sebagai juri tetap untuk program realiti terbaru terbitan [[TV3 Malaysia]], '''''3 Juara''''' yang bermula bersiaran pada 16 Oktober 2016 setiap hari Ahad. TV3 memperkenalkan program ini adalah untuk mencungkil bakat baharu sebagai pelapis kepada tiga genre muzik iaitu Rock, Balada dan Irama Malaysia. SetiapMenampilkan perserta24 peserta yang akan dibimbing oleh komposer-komposer yang cukup berpengalaman dan tidak asing lagi di Malaysia yang akan mewakili setiap genre lagu iaitu, Dato' Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah akan mewakili bagi kategori Irama Malaysia, Ajai pula mewakili kategori Balada manakala Edrie Hashim mewakili untuk kategori Rock. Selain Noraniza, turut sama menjadi juri tetap adalah [[Rossa|Dato' Rossa]] dan [[Ahmad Azhar bin Othman|Awie]].
 
== Siri Jelajah Akar Kita Zapin ==
137

suntingan