1957: Hati Malaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Terdapat beberapa informasi yang tidak dipaparkan.
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Baris 98:
 
==Ketepatan sejarah==
Filem ini mengambil berat ketepatan sejarah dalam filem ini. Walaupun tidak sepenuhnya mengikut sejarah (seperti juga filem sejarah lain) tetapi kebanyakan babak adalah dilakonkan berdasarkan sumber sejarah. Para pelakon diberikan petunjuk atau cara untuk melakonkan watak bersejarah seperti Zaefrul yang dipertontonkan klip video ucapan Datuk Onn.
 
Walau bagaimanapun, terdapat orang yang mempersoalkan beberapa ketepatannya seperti kehadiran Tun Tan Cheng Lock pada malam kemerdekaan dan sama ada Tunku dan Tun Sambanthan menyanyikan [[lagu Negaraku]] pada malam tersebut. Pihak penerbitan memaklum balas yang mereka seboleh-bolehnya menjaga kredibiliti sejarah dalam filem tersebut.
Baris 105:
Belumpun tayangan seluruh negara bermula, pihak media telah memuji kredibiliti warga kerja filem dan [[Shuhaimi Baba]] sendiri dengan kemunculan filem kemerdekaan pertama ini. Pengarah wanita yang tiga kali dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dalam sejarah Festival Filem Malaysia itu diakui berjaya menaikkan kembali nostalgia [[Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu|kemerdekaan Tanah Melayu]].
 
Akhbar [[Utusan Malaysia]] menyatakan dengan berkesan bahawa filem ini adalahialah filem terbaik daridaripada Shuhaimi Baba selepas filem [[Layar Lara]] dan "selepas menonton filem ini, pasti ramai yang ingin membuka semula buku sejarah dan mencari maklumat untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi siapakah watak-watak itu yang sebenarnya dalam sejarah kemerdekaan negara kita." <ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm Ulasan 1957: Hati Malaya] dalam Utusan Malaysia Online</ref> Berita Harian juga turut memuji kesinambungan sejarah dan "pelakon filem ini yang berjaya membawa watak dengan tahap lakonan berkesan yang memenuhi kehendak perwatakan". <ref>[http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Hip/20071025062503/Article/index_html Ulasan 1957: Hati Malaya] dalam Berita Harian Online</ref>
 
== Sambutan ==