Javier Zanetti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 43:
Javier Adelmar Zanetti telah dilahirkan di [[Buenos Aires]], Argentina. Beliau merupakan asal keturunan Itali dan ibu bapa beliau bekerja di kawasan pelabuhan di daerah [[Dock Sud]], salah satu tempat terkenal di ibu kota Argentina itu. Bapa Zanetti, Rodolfo merupakan seorang tukang batu manakala ibunya, Violeta Bonnazola seorang tukang cuci. Zanetti mula bermain bola sepak di pusat bandar. Semasa beliau remaja, beliau cuba memasuki kelab akademi [[Club Atlético Independiente|Independiente]] tetapi ditolak kerana diberitahu bahawa beliau kekurangan fizikal untuk meneruskan perlawanan. Sebaliknya, beliau menumpukan perhatian pada sekolah dan bekerja sebagai pembantu bapanya\ serta pelbagai kerja seperti menghantar susu dan bekerja di kedai runcit saudaranya.<ref> name=Bandini</ref>
 
== Kerjaya kelab ==
 
===Talleres RE===
{{FIFA 100}}
Selepas beliau ditolak untuk menyertai akadem Independiente, Zanetti menyertai kelab [[Club Atlético Talleres de Remedios de Escalada|Talleres de Remedios de Escalada]] yang beraksi di divisyen dua. Di sana, beliau beraksi 33 perlawanan dan menjaringkan satu gol pada satu-satunya musim di kelab itu sebelum beliau melakukan perpindahan ke kelab [[Primera División Argentina|divisyen pertama]], [[Club Atlético Banfield|Banfield]].
 
===Banfield===
Zanetti yang baru berusia 20 tahun membuat debut untuk Banfield pada 12 September 1993 pada perlawanan menentang [[Club Atlético River Plate|River Plate]] di tempat sendiri. Beliau menjaringkan gol pertamanya 17 hari kemudian pada perlawanan menentang [[Newell's Old Boys]] yang berkesudahan seri 1–1. Persembahan cemerlang Zanetti untuk Banfield akhirnya beliau mendapat populariti oleh peminat ''El Taladro'' dan juga menerima panggilan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina|pasukan kebangsaan]]. Kelab-kelab gergasi divisyen satu seperti River Plate dan [[Boca Juniors]] telah menunjukkan minat terhadap Zanetti tetapi Zanetti memutuskan untuk kekal buat satu tahun lagi. Pada tahun 1995, bersama-sama pemain Argentina [[Sebastián Rambert]], Zanetti berpindah ke kelab Itali,[[Inter Milan|Internazionale]] dan menjadi pembelian pertama di bawah pemilikan baharu Inter, [[Massimo Moratti]].
 
===Internazionale===