Perbezaan antara semakan "Noraniza Idris"

631 bait ditambah ,  3 tahun lalu
mnnnmmmn
(mnnnmmmn)
'''Nor Aniza binti Haji Idris''' (lahir pada 27 Ogos 1968) atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, '''Noraniza Idris''' merupakan seorang penyanyi, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik yang cukup terkenal di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang penyanyi Malaysia terbaik yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain [[M Nasir|M.Nasir]], [[Anita Sarawak]], [[Sharifah Aini]], [[Khatijah Ibrahim]], [[Jamal Abdillah]] dan [[Ramlah Ram]]. Memulakan karier nyanyian sejak 1985, Noraniza Idris cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama tradisional dan etnik kreatif sehingga beliau mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional Malaysia. Sehingga kini beliau masih kukuh di persada seni memperjuangkan irama budaya. Sepanjang karier seninya sejak 1985, beliau telah melahirkan 14 buah album solo, beberapa buah album kompilasi dan duet. Pada masa yang sama, Noraniza telah banyak meraih kejayaan di anugerah-anugerah besar muzik tanah air melalui albumnya, lagu dan persembahan pentas.
 
==Kehidupan dan karierkerjaya==
 
=== '''1968-1985: Kehidupan awal dan permulaan karierkerjaya''' ===
'''Nor Aniza binti Haji Idris''' dilahirkan pada 27 Ogos 1968 di Kampung Melayu, Kluang Johor. Anak kepada penyanyi boria dan qariah Al-Quran ini, ialah anak keenam daripada 12 adik-beradik. Berpendidikan rendah di Sekolah Tengku Mahmud 1, Kluang dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Kluang. Noraniza juga turut dikenali sebagai Kak Ani yang merupakan nama panggilannya. Noraniza telah menyertai Bintang [[RTM]] pada tahun 1983 dan 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album. Ketika menjalani rakaman peringkat awal Bintang RTM 1985, Hamidi Rashid, Pengurus Artis dan Reportaire Life Record pada masa itu, tertarik dengan kelunakan suara Noraniza Idris., Diadia lalu mendekati Noraniza dan ayahnya, Idris Ahmad, ketika kedua-dua anak beranak itu menikmati juadah di kantin Angkasapuri. Hamidi menawarkan Ani menjadi artis syarikat rakamannya. Ini peluang keemasan biarpun pertandingan Bintang RTM belum selesai. Idris setuju Noraniza menjadi artis rakaman. Pada separuh akhir Bintang RTM 1985, Noraniza gagal lagi namun ia tidak menangis seperti ketika kegagalan 1983. Mungkin dia sudah dewasa. Tambahan pula, kehadiran Hamidi bagaikan ubat yang dicari selama ini.
 
===1985-1997: Melayu Deli, Mengemis Rindu, Lagu-lagu dari Filem, Kenangan Lama dan Ala Dondang===
Setelah ''Melayu Deli'', Noraniza Idris merakamkan album ''[[Kaparinyo (album Noraniza Idris)|Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem]]'' dan ''[[Nostalgia Malindo (album Noraniza Idris)|Nostalgia Malindo]]'' sebanyak 3 Volume. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu sendiri menerusi 3 buah album pop Melayu ''[[Mengemis Rindu]]'', ''[[Inginku Sandarkan Harapan]]'' dan ''[[Masihkah Dirimu Menyayangiku]]''. Noraniza mula mengikat kontrak bersama syarikat rakaman antarabangsa Sony Music pada 1991 sekaligus berpeluang bekerjasama dengan penerbit terkenal [[Ramli M.S.]]. Album perdananya bersama Sony adalah sebuah album duet bersama penyanyi pop terkenal [[Ibnor Riza]] yang berjudul ''[[Seindah Budimu (album 1991)|Seindah Budimu]]''.
 
Setelah itu beliau mula merakamkan lagu-lagu dari filem Melayu klasik menerusi album ''[[Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama]]'', sebanyak 9 Volume bersama Abdullah Chik setelah gandingan bersama Ibnor tidak mendapat sambutan menggalakkan berbanding dengan Abdullah Chik. [[Sony Music Entertainment|Sony Music]] seterusnya menerbitkan album pop etnik berjudul ''[[Noraniza Idris (album 1992) |Noraniza Idris]]'' pada 1992 terbitan [[Ramli M.S.|Ramli M.S]] bersama Jimmy Ali yang mula membuka jalan kepada Noraniza untuk mencuba muzik etnik kontemporari. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, album ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran pasaran muzik tradisional masih berada di tahap konvensional.
 
Selepas album tersebut, Noraniza masih aktif menyanyi bersama Abdullah Chik tambahan beliau telah keluar dari Sony Music. Namun pada 19 September 1995 ketika bersama menjayakan sebuah pertunjukan pentas di [[Kota Bharu, Kelantan]], Abdullah Chik jatuh di belakang pentas lalu menghembuskan nafas terakhir, yang kemudiannya disahkan akibat serangan jantung. Jenazah [[Abdullah Chik]] dibawa ke [[Kuala Lumpur]] dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, [[Petaling Jaya]]. Sejak itu Noraniza sedikit murung dan tidak bersemangat untuk terus memperjuangkan irama tradisional Melayu.
 
===2002-sekarang: Aura, Sawo' Matang, Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun, terbit rakaman takbir hari raya Aidiladha dan 3 Juara===
Pada tahun 2002, menyaksikan Noraniza tidak lagi bekerjasama dengan komposer, Pak Ngah menerusi album [[Aura (album 2002)|''Aura'']]. Noraniza inginkan pembaharuan untuk album tersebut dengan tidak bergantung kepada Pak Ngah. Dalam album tersebut, Noraniza mengambil suaminya sendiri Fareez Tajuddin <small>(sekarang bekas suami)</small> sebagai penerbit album kali ini. Tampil dengan muzik lebih segar seperti ''Hala Timur, Layar Battuta, Tandang Bermadah, Melereng'' dan banyak lagi yang terkandung.
 
Pada tahun 2003, Noraniza telah mengumumkan beliau telah tamat kontrak daripada syarikat rakaman Suria Records. Noraniza Idris beralih pula kepada label [[Universal Music Group|Universal Music Malaysia]] untuk pemasaran album seterusnya ''[[Sawo Matang|Sawo' Matang]].'' Pada ketika itu, Noraniza Idris mempunyai label sendiri, Gerak Budaya Sdn Bhd. Ternyata, apabila Noraniza bergerak sendiri tanpa di bawah pengurusan Pak Ngah dan Suria Records, album ''Sawo' Matang'' membawa tuah apabila beliau meraih banyak anugerah. Album Sawo' Matang diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-12]] dan tercalon untuk Kulit Album Terbaik dan Album Terbaik pada ketika itu. SingleSawo' Matang mempertaruhkan single ''Hatinya Tak Tahan'' sebagai single pertama yang terkandungberkonsepkan dalametnik albumkontemporari tersebut,yang menyelitkan melodi jawa. Noraniza mempersembahkan buat kali pertamanya lagu ''Hatinya Tak Tahan'' puladi hadapan penonton yang dihadiri melebihi 16,000 ribu di Konsert Countdown KLCC 2004 yang berlangsung di KLCC Park, Kuala Lumpur. Ternyata lagu yang dicipta oleh Noraniza sendiri membawa tuah apabila lagu ''Hatinya Tak Tahan'' berjaya menggondol trofi Persembahan Terbaik di [[Anugerah Juara Lagu ke-19]] dan memenangi Lagu Global Pilihan di [[Anugerah Era 2004]].
 
Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu ''[[Lenggok 20 Tahun]]''. Album ini memuatkan 2dua buah lagu baru, ''Racau Sang Khalifah'' duet bersama [[Liza Hanim]] dan ''Asyik Bisikan Hubah''. Album ini juga sempat memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, ''Dayung Sampan'', menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari negara [[China]].
 
Pada tahun 2008 pula, Noraniza Idris telah melancarkan sebuah single hari raya berjudul ''Cinta Lebaran'' bersama kumpulan Akasia yang mana kumpulan tersebut terlibat dalam satu program realiti TV, Gangstarz. Noraniza berkata, single tersebut merupakan single pertamanya selepas beliau bertudung. Selain itu, pada tahun itu juga menyaksikan Noraniza Idris diberi penghormatan apabila lagu-lagu nyanyiannya dipilih untuk mewakili konsep muzik Melayu Kontemporari dalam pertandingan realiti [[Sehati Berdansa]] Musim 2. Lagu-lagunya dipilih untuk persembahan tarian oleh kesemua peserta program tersebut (yang terdiri daripada pasangan selebriti Malaysia). Noraniza turut menjadi juri jemputan pada malam itu.
# ''[[Aura (album 2002)|Aura]]'' (2002)
# ''[[Sawo Matang|Sawo' Matang]]'' (2004)
# ''[[Lenggok 20 Tahun]]'' (2006)
# ''[[Cintaku Satu]]'' (2010)
 
=== Album Kompilasi ===
# ''[[Molek (album 1998)|Molek]]'' (1998)
# ''[[Seri Balas]]'' (1999)
# ''Srikandi'' (1999)
# ''Srikandi 2'' (2002)
# ''[[The Best of Ratu Pop Tradisional|The Best Of Ratu Pop Tradisional]]'' (2004)
# ''[[Lenggok 20 Tahun]]'' (2006)
# ''Ria Aidilfitri'' (2016)
 
=== '''Album Duet''' ===
# ''[[Melayu Deli (album Noraniza Idris)|Melayu Deli]]'' (1985)
# [[Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama|''Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama'']] (1991-1992)
# ''[[Seindah Budimu (album 1991)|Seindah Budimu]]'' (1991)
# ''[[Seri Balas]]'' (1999)
 
==Anugerah / Pencapaian==
137

suntingan