Perbezaan antara semakan "Noraniza Idris"

(noraniza)
==Kehidupan dan kerjaya==
 
=== '''1968-1985: Kehidupan awal dan permulaan kerjaya''' ===
'''Nor Aniza binti Haji Idris''' dilahirkan pada 27 Ogos 1968 di Kampung Melayu, Kluang Johor. Anak kepada penyanyi boria dan qariah Al-Quran ini, ialah anak keenam daripada 12 adik-beradik. Berpendidikan rendah di Sekolah Tengku Mahmud 1, Kluang dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Kluang. Noraniza juga turut dikenali sebagai Kak Ani yang merupakan nama panggilannya. Noraniza telah menyertai Bintang [[RTM]] pada tahun 1983 dan 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album. Ketika menjalani rakaman peringkat awal Bintang RTM 1985, Hamidi Rashid, Pengurus Artis dan Reportaire Life Record pada masa itu, tertarik dengan kelunakan suara Noraniza Idris, dia lalu mendekati Noraniza dan ayahnya, Idris Ahmad, ketika kedua-dua anak beranak itu menikmati juadah di kantin Angkasapuri. Hamidi menawarkan Ani menjadi artis syarikat rakamannya. Ini peluang keemasan biarpun pertandingan Bintang RTM belum selesai. Idris setuju Noraniza menjadi artis rakaman. Pada separuh akhir Bintang RTM 1985, Noraniza gagal lagi namun ia tidak menangis seperti ketika kegagalan 1983. Mungkin dia sudah dewasa. Tambahan pula, kehadiran Hamidi bagaikan ubat yang dicari selama ini.
 
137

suntingan