Lain Jalan Ka-Shorga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Filem ini telah diarahkan oleh [[Jamil Sulong]] selepas dihantar untuk bertugas ke Studio Merdeka yang terletak di [[Kuala Lumpur]].
 
==SinopsisRingkasan==
Cik Leha ([[Noran Nordin]]) yang merupakan seorang janda kaya telah baru sahaja bercerai dengan suaminya, Azman. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Amir ([[Karim Latiff]]) tetapi telah dibawa ke [[Medan]], [[Indonesia]] oleh bekas suaminya. Ketiadaan suami dan anak telah menjadikannya kesepian. Oleh yang demikian, dia meminta orang gajinya yang bernama Salmah ([[Rosnani Jamil]]) untuk memberikan anak perempuannya sebagai anak angkat. Kemudian, kebetulan pula suami Salmah baru sahaja meninggal dunia. Kerana banyak terhutang budi dengan majikannya itu dan telah bekerja di rumah tersebut untuk sekian lama, Salmah dengan rela hati menyerahkan anaknya, Ani ([[Hamizon]]). Cik Leha juga telah menganggap Ani sebagai anak kandungnya sendiri, bukan sebagai anak angkat kerana telah membelanya sejak kecil.
 
Cik Leha telah memberikan kemewahan dan terlalu memanjakan Ani yang menyebabkan anakya membesar sebagai seorang wanita yang sombong dan bongkak sementara disaksikan oleh ibu kandungnya, Salmah yang dianggapnya sebagai orang gaji. Ani telah mengasari serta menghina ibu kandungnya. Sikap serta perangai Ani yang tidak mempunyai pendidikan agama telah membimbangkan Salmah tetapi tidak kepada Cik Leha. Pertentangan antara Salmah dan Cik Leha berlaku yang akhirnya menyebabkan Ani sukar dikawal apatah lagi sudah pandai bergaul dan berkawan dengan anak-anak muda yang agak liar dan sering pulang pada lewat malam dan ada kalanya pada waktu pagi.
Baris 41:
Satu lagi perkara yang merunsingkan Salmah adalah apabila Ani berkawan rapat dengan Riki Kassim ([[Sony Abdullah]]) yang mengetuai sebuah kumpulan muzik dan bercadang untuk menganjurkan Malam Pesta Lagu-Lagu Pop. Riki Kassim yang merupakan seorang kaki perempuan telah mendampingi Ani bukan kerana dia mencintainya tetapi mahu dijadikan alat bagi mendapat wang pembiayaan bagi kumpulannya. Riki Kassim juga mengetahui bahawa Ani merupakan anak kepada orang kaya.
 
Cik Leha yang sedang mengalami sakit yang teruk dan tiada harapan untuk sembuh. Salmah cuba menasihatinya tetapi gagal. Salmah yang tidak dapat mengawal perangai serta sikap buruk Ani yang semakin melampau telah menyebabkan Salmah terpaksa memecahkan rahsia kepada Ani dan memberitahu bahawa dialah anak kandungnya serta bukannya anak kepada Cik Leha. Oleh kerana Ani tidak mahu percaya dan malu beribukan orang gaji telah menyebabkan Ani berang dan menghalau Salmah keluar dari rumah. Kebetulan pula, anak saudara Salmah iaitu Hisham ([[Gaas Shariff]]) berada di rumah itu. Salmah dan Hisham telah membuat keputusan untuk pulang ke [[Kedah]].
 
Ketiadaan Salmah telah menyebabkan Ani boleh bergerak bebas tanpa kawalan. Bagaimanapun, sebaik sahaja Amir (anak kandung kepada Cik Leha) sampai dari Medan, Cik Leha telah meninggal dunia dan dia telah mewariskan kesemua hartanya kepada Amir dan tidak kepada Ani. Salmah dan Hisham datang ke Kuala Lumpur apabila mendapat tahu Cik Leha meninggal dunia. Salmah berasa begitu kecewa kerana tidak diberitahu tentang kematian Cik Leha. Setelah mereka bertemu dengan Ani, terpecahlah rahsia serta kesemua surat Cik Leha yang diberikan kepada Ani untuk diposkan kepada Salmah telah dikoyakkan oleh Ani. Pertengkaran berlaku antara Ani dan Salmah. Disebabkan terlalu kecewa dengan sikap dan perangai Ani yang tidak berubah malah semakin kurang ajar, dengan perasaan hampa dan derita Salmah telah mengajak Hisham untuk meninggalkan rumah tersebut serta pulang ke kampung.