Bangunan Parlimen Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Hendak bahasa melayu sahaja
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 35:
'''Bangunan Parlimen Malaysia''' ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]] dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan [[Malaysia]]. Lokasinya terletak berhampiran [[Tugu Negara|Tugu Peringatan Negara]] di [[Tasik Perdana|Taman Tasik Perdana]].
 
Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunanba.ngunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu [[Dewan Rakyat]] dan [[Dewan Negara]] manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat [[Yang di-Pertua Dewan Rakyat]] dan [[Yang di-Pertua Dewan Negara]].
 
[[Tunku Abdul Rahman]], [[Perdana Menteri Malaysia]] yang pertama, menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada [[Disember]] [[1959]]. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada [[September]] [[1962]], dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh [[Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail]], [[Yang di-Pertuan Agong]] yang ketiga, pada [[21 November]] [[1963]]. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak [[Ringgit Malaysia|RM]]18 juta.