Racun nematod: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 5 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q910391
Alang Zack (bincang | sumb.)
 
Baris 25:
Terdapat beberapa sebatian organofosfat yang digunakan sebagai racun nematod iaitu diklofention dan disulfoton. Kada diklofention yang digunakan untuk mengawal nematod ialah 280 kg/ha, sementara untuk mengawal serangga kada yang lebih rendah digunakan iaitu 16.7 kg/ha. Walaupun begitu, diklofention tidak berkesan untuk mengawal nematod yang membentuk [[sista]].
 
Contoh-contoh lain racun nematod daripada sebatian organofosfat ialah [[fensulfotion]], [[profos]],fenamiphos dan [[tionazin]]. Fensulfotion bukan sahaja digunakan untuk mengawal serangga dalam tanah dan pada daun tetapi juga snagat berkesan dalam mengawal nematod [[parasit]] kepada tumbuhan.<ref>Southards, C.J., C.H. Hadden and N.B. Shamiyeh. (1975) The effects of nematicides on sweet potato production. Tenn. Farm Home Sci. 95: 16-17.</ref> Profos pula sesuai untuk mengawal nematod dan serangga yang terdapat dalam tanah. Racun ini bersifat tak sistemik dan ia digunakan sebelum atau semasa penanaman dijalankan. Butir-butir racun ini boleh digaul dengan tanah hingga mencapai kedalaman 10-12 cm. Kesan racun ini berkurangan jika tanah mengandungi bahan organik yang tinggi.
 
=== Isotiosianat ===
Baris 33:
 
=== Karbamat ===
Karbofuran merupakan satu contoh racun nematod yang tergolong dalam kumpulan karbamat. Di samping mengawal nematod, sebatian ini juga boleh mengawal hamama dan serangga pada daun dengan kadar 0.51-1 kg/ha. Bagi kawalan serangga dalam tanah pula, karbofuran dimasukkan dalam lubang semaian pada kadar 0.5-4 kg/ha. Bagi kawalan nematod, kada yang digunakan adalah lebih tinggi iaitu 6-10 kg/ha. Karbofuran bersifat sistemik kerana ia boleh diserap oleh akar dan dibawa ke daun untuk membunuh serangga perosak daun.<ref>Minton, N.A. and L.W. Morgan. (1974) Evaluation of systemic and non systemic pesticides for insect and nematode control in peanuts. Peanut Sci. 1: 91-98.</ref> Di samping itu ia juga boleh digunakan dalam rawatan biji dan akar tumbuhan.<ref name='van berkum'/>Aldicarb juga merupakan racun nematod dari kumpulan karbamat namun penggunaanya kini telah dibatalkan kerana ianya amat toksik serta berpotensi mencemarkan sumber air bawah tanah.
 
== Rujukan ==