Perang Salib: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Perang Salib}}
'''Perang Salib''' merupakan beberapa siri kempen peperangan yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. Kempen peperangan yang direstui oleh pihak Gereja Roman Katholik ini bermula ketika [[Zaman Pertengahan]]. Misi asal tentera salib adalahialah menawan [[Baitulmuqaddis]] dan kawasan sekitarnya daripada orang [[Muslim|Islam]] selain daridaripada matlamat sampingan seperti menawan Kota [[Constantinople]] (yang berjaya ditawan semasa [[Perang Salib Keempat]]).
 
== Latar belakang ==
Perang Salib bertitik tolak daridaripada pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa [[Zaman Pertengahan]], serta kemerosotan [[Empayar Byzantine]] di timur. Perpecahan [[Empayar Carolingian]] pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas [[Kristianisasi|pengkristianan]] kaum [[Viking]], [[Slav]], dan [[Magyar]] menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani. Pihak [[gereja]] berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil ''Peace and Truce of God'' yang hampir berjaya. Namun, terdapat segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa ''[[Reconquista]]'' di [[Sepanyol]] dan negeri [[Portugal]], di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa [[Moor]] beragama [[Islam]] di Eropah.
 
[[Fail:CouncilofClermont.jpg|thumb|right|180px|Paus [[Urban II]] di [[Majlis Clermont]] sedang memberi ucapan berkobar-kobar untuk mengambil kembali Tanah Suci.]]
Baris 159:
{{main|Sejarah orang Yahudi dan Perang Salib}}
 
[[Fail:FirstCrusade.jpg|thumb|200px|Rightright|Ilustrasi Bible Perancis tahun 1250 yang menggambarkan orang Yahudi (ditandai dengan [[Judenhut]]) dibunuh beramai-ramai secara kejam oleh tentera Salib]]
Kekejaman tentera salib terhadap [[Yahudi|orang Yahudi]] di bandar-bandar Jerman dan Hungary, juga kemudiannya di Perancis dan England, dan dalam pembunuhan golongan yang tidak bersenjata beramai-ramai dengan kejam di Palestin dan Syria menjadi bahagian bermakna dalam [[sejarah anti-Semitisme]], walaupun tiada Perang Salib yang dilancarkan terhadap orang Yahudi. Serangan-serangan ini meninggalkan perasaan yang kuat di kedua-dua belah pihak. Kedudukan sosial orang Yahudi di Eropah Barat semakin memburuk, dan sekatan undang-undang bertambah semasa dan selepas Perang Salib. Mereka menyediakan jalan kepada undang-undang anti-Yahudi oleh [[Paus Innocent III]] dan menjadi titik peralihan kepada anti-Semitisme Zaman Pertengahan.