Iban Merotai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anggatpedia (bincang | sumb.)
Baris 26:
 
==Sejarah Penghijrahan Kaum Iban Ke Brunei, Limbang Dan Sabah==
Sejarah penghijrahan kaum Iban dari Sarawak ke utara Borneo bermula pada awal tahun 1920 atas faktor ekonomi dan pekerjaan serta sifat semulajadi kaum Iban yang suka merantau. Maksud perkataan ''Iban'' itu sendiri dalam [[Bahasa Iban]] ialah ''Orang'' atau ''Manusia'' atau kata ganti nama yang merujuk kepada ''Orang yang tidak dikenali atau perantau yang tidak dikenali'' atau dalam bahasa Iban ialah ''Temuai''. Pada permulaanya, faktor ekonomi telah menarik kaum Iban dari Bahagian [[Miri]], [[Bintulu]], [[Sibu]], [[Mukah]], [[Kapit]], [[Sarikei]], [[Betong]], dan [[Sri Aman]] dan [[Samarahan]] berhijrah hingga ke utara Borneo iaitu [[Brunei]] dan seterusnya ke [[Sabah]]. Permulaanya, kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak telah berhijrah dari tempat asal mereka ke utara Sarawak, kerana adanya faktor tarikan ekonomi dan peluang pekerjaan yang besar terutamanya apabila Negara [[Brunei]] membuka peluang pekerjaan kepada orang bukan warganegara Brunei di sektor carigali minyak dan sektor pembinaan di Brunei, kaum Iban yang merantau dengan cepat mengambil peluang tersebut. Kaum Iban telah berhijrah melalui Miri ke Brunei dan Limbang. Separuh daripada penghijrah kaum Iban terus menetap di Brunei manakala separuh lagi meneruskan penghijrahan ke utara Borneo iaitu Limbang dan Sabah. Penghijrahan besar kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak ke Brunei dan [[Limbang]] telah mengubah urbanisasi di utara Sarawak sehingga menjadikan kaum Iban menjadi kaum majoriti yang menguasai pelbagai sektor di Bahagian Miri dan Limbang. Hasil dari penghijrahan kaum Iban ke Brunei dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kaum [[Iban Brunei]] membentuk 10% atau 40,000 daripada 400,000 penduduk Brunei (bancian 2007). Sekarang, kaum Iban menjadi kaum ketiga terbesar di Negara Brunei dan Bahagian Limbang selepas kaum [[Melayu Brunei|Melayu Brunei-Kedayan]] dan [[Kadazan-Dusun|Kadazan Dusun-Bisaya]].
 
Apabila kerajaan Sabah mempergiatkan pembalakan di pendalaman Sabah dan membuka ladang kelapa sawit berskala besar awal tahun 1970, kaum Iban terutamanya pemuda lelaki kaum Iban yang menetap di Limbang dan Brunei cepat mengambil peluang tersebut dengan berhijrah melalui bahagian [[Pedalaman]] Sabah melalui jalan pembalakan dan jalan air ke [[Sipitang]] dan kemudian ke [[Tenom]] dan kemudian ke [[Keningau]] dan kemudian ke [[Nabawan]] sebelum sampai ke [[Hulu Sungai Kinabatangan]]. Pada awalnya, penghijrah kaum Iban bekerja di kem-kem pembalakan di sekitar pendalaman Kinabatangan. Setelah pembalakan di Kinabatangan semakin berkurangan, mereka telah berhijrah [[Hilir Sungai Kinabatangan]] sebelum sampai ke [[ Sandakan]] dan menetap sementara di Sandakan.
Baris 35:
 
==Iban Merotai Sekarang==
Dianggarkan sekarang, jumlah penduduk kaum Iban di daerah Merotai sahaja lebih kurang 4,000 (bancian 2010). Sekarang ini juga kaum Iban Merotai mula tersebar luas di daerah [[Kalabakan]]. Kebanyakan kaum Iban Merotai menguasai sektor perladangan kelapa sawit dan koko di Tawau. Sekarang, kebanyakan dari mereka mempunyai darah perkahwinan campuran dengan Dusun Idaan, Dusun Dumpas, [[Cina]], [[Murut Tagal]], [[Murut Tidong]] dan [[Murut Sembakong]], ini kerana asal-usul kaum Iban Merotai sendiri adalah hasil campuran lelaki kaum Iban dengan perempuan kaum tempatan di timur Sabah, namun mereka masih lagi kuat berpegang kepada adat resam Iban seperti di Sarawak serta masih lagi mengamalkan kebudayaan tradisional Iban <ref>Sarawak Museum Journal, Volume XLVI, titled “Source of Iban Traditional History”, Part 1, 2 & 3 Bendu=ict Sandin and Prof Clifford Sather</ref>. Walaupun mempunyai darah campuran perkahwinan, kaum Iban Merotai masih lagi menggunakan bahasa Iban yang asli dalam pertuturan seharian. Dari segi kepercayaan juga, 90% daripada kaum Iban Merotai beragama [[Kristian]] dan 10% lagi beragama [[Islam]].

Walaupun kaum Iban Merotai tidak diklasifikasikan secara khas di Sabah dan masih lagi diklasifikasikan sebagai kaum Iban namun telah mendapat pengiktirafan sebagai penduduk [[Bumiputera Sabah]]. Kadang-kadang pengklasikasian kaum Iban Merotai kedalam kaum Iban, telah menyebabkan kekeliruan pelbagai pihak yang mengkatogorikan mereka sebagai [[Bumiputera Sarawak]] sedangkan mereka sebenarnya Bumiputera Sabah yang berasal dari Sabah. Dari segi hak-hak pribumi Sabah juga, sering timbul kekeliruan apabila mereka dikategorikan sebagai kaum Iban yang lebih sinonim di Sarawak, sedangkan mereka berstatus Bumiputera Sabah. Adalah perlu mengklasifikasikan kaum Iban Merotai yang sinonim dengan Bumiputera Sabah, agar dapat dibezakan dengan kaum induknya iaitu kaum Iban yang sinonim dengan Bumiputera Sarawak.
<ref>fss.unimas.my/index.php?option=com_content&view=article&id=422:seminar-series-2012 "krisis imigran domestik di borneo-kajian kes komuniti iban sabah" &catid=87:seminar-series-2012&Itemid=454</ref>
 
==Kampung-Kampung Iban Merotai==
* Kampung Iban Merotai Besar, Merotai, Tawau
* Kampung Iban Merotai Kecil, Merotai, Tawau
* Kampung IbanPekan UluMerotai, Merotai, Tawau
* Kampung Iban Landau UluHulu, Hulu Merotai, Tawau
* Kampung PekanIban Landau Hilir, Hulu Merotai, Tawau
* Kampung Iban BesarKuala Nansang, Apas Balung, Tawau
* Kampung Iban KecilMuslim Kampung Selamat, Kunak, tawau
* Kampung Iban Baru
* Kampung Iban Kuala Nansang
* Kampung Serudung Baru
* Kampung Serudung Kalabakan
* Kampung Kalabakan
* Kampung Murut Ulu Kalabakan
* Kampung Tanjung Batu Tengah
* Kampung Dumpas
 
==Iban Sabah==
Baris 88 ⟶ 82:
Iban Sabah juga menyertai persatuan kaum seperti
* [[Persatuan Dayak Iban Sabah|Persatuan Dayak Iban Sabah (PEDIS)]] ''(telah dibatalkan pendaftarannya)''
* [[Persatuan Serakup Iban-Dayak Sabah|Persatuan Serakup Iban-Dayak Tawau, Sabah (SIDS)]]
* [[Persatuan Belia Kampung Iban Merotai, Tawau, Sabah]]
* [[Persatuan Dayak Sabah|Persatuan Dayak Sabah (PDS)]]
* [[Persatuan Kadazandusun Murut Sabah (KDM)]]
* [[Sabah Sino Native Kadazandusun Murut Association|Pertubuhan Sino Bumiputera Kadazandusun Murut Sabah (Sino KDM)]]
 
Kebanyakan persatuan yang berteraskan kaum Iban dan bangsa Dayak di Sabah berkait rapat dengan beberapa persatuan dari luar Sabah seperti
* [[Sarawak Dayak Iban Association|Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA)]]
* [[Sarawak Dayak National Union|Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU)]]
* [[Malaysia Dayak Congress|Kongres Dayak Malaysia (MDC)]]
* [[Johor Dayak Iban Association|Persatuan Dayak Iban Johor (JODIA)]]
* [[Persatuan Iban Brunei Darussalam|Persatuan Iban Brunei Darussalam (PIBD)]]
* [[Persatuan Rumpun Dayak Laut Seluruh Kalimantan|Persatuan Rumpun Dayak Laut Seluruh Kalimantan (PERUDALASEKA)]]
* [[Sarawak Dayak National Union|Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU)]]
* [[Malaysia Dayak Congress|Kongres Dayak Malaysia (MDC)]]
* [[Dewan Adat Dayak Kalimantan|Dewan Adat Dayak Kalimantan (DAD)]]