Iban Merotai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 26:
 
==Sejarah Penghijrahan Kaum Iban Ke Brunei, Limbang Dan Sabah==
Sejarah penghijrahan kaum Iban dari Sarawak ke utara Borneo bermula pada awal tahun 1900 atas faktor ekonomi dan pekerjaan serta sifat semulajadi kaum Iban yang suka merantau. Maksud perkataan ''Iban'' itu sendiri dalam [[Bahasa Iban]] ialah ''Orang'' atau ''Manusia'' atau kata ganti nama yang merujuk kepada ''Orang yang tidak dikenali atau perantau yang tidak dikenali'' atau dalam bahasa Iban ialah ''Temuai''. Pada permulaanya, faktor ekonomi telah menarik kaum Iban dari Bahagian [[Miri]], [[Bintulu]], [[Sibu]], [[Mukah]], [[Kapit]], [[Sarikei]], [[Betong]] dan [[Sri Aman]] berhijrah hingga ke utara Borneo iaitu [[Brunei]] dan seterusnya ke [[Sabah]]. Permulaanya, kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak telah berhijrah dari tempat asal mereka ke utara Sarawak, kerana adanya faktor tarikan ekonomi dan peluang pekerjaan yang besar terutamanya apabila Negara [[Brunei]] membuka peluang pekerjaan kepada orang bukan warganegara Brunei di sektor carigali minyak dan sektor pembinaan di Brunei, kaum Iban yang merantau dengan cepat mengambil peluang tersebut. Kaum Iban telah berhijrah melalui Miri ke Brunei dan Limbang. Separuh daripada penghijrah kaum Iban terus menetap di Brunei manakala separuh lagi meneruskan penghijrahan ke utara Borneo iaitu Limbang dan Sabah.
Penghijrahan besar kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak ke Brunei dan [[Limbang]] telah mengubah urbanisasi di utara Sarawak sehingga menjadikan kaum Iban menjadi kaum majoriti yang menguasai pelbagai sektor di Bahagian Miri dan Limbang.
Hasil dari penghijrahan kaum Iban ke Brunei dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kaum [[Iban Brunei]] membentuk 10% atau 40,000 daripada 400,000 penduduk Brunei (bancian 2007). Sekarang, kaum Iban menjadi kaum ketiga terbesar di Negara Brunei dan Bahagian Limbang selepas kaum [[Melayu Brunei|Melayu Brunei-Kedayan]] dan [[Kadazan-Dusun|Kadazan Dusun-Bisaya]].
Manakala di Sabah, kaum Iban dapat dilihat dengan jelas terutamanya di Daerah Merotai, Bahagian Tawau. Penghijrahan kaum Iban ke Sabah dapat dibahagikan kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama dimana kaum Iban berhijrah 100 tahun dahulu sebelum kemerdekaan dan membuka penempatan tetap di Tawau, manakala peringkat kedua pula kaum Iban berhijrah selepas kemerdekaan hingga sekarang. Identiti, bahasa dan budaya kumpulan penghijrah pertama kaum Iban ini dapat dilihat dengan jelas apabila kita berkunjung ke Tawau, kerana mereka mempunyai daerah majoriti, kawasan penguasaan tanah dan kampung halaman dalam kelompok tersendiri. Manakala kumpulan Penghijrah kedua kaum Iban pula agak sukar dikenali kerana mereka telah bercampur dengan penduduk asal Sabah dan hidup menetap di tengah-tengah penduduk asal Sabah dan tiada identiti tersendiri untuk mengenali asal usul mereka.
 
==Sejarah Penghijrahan Pertama Kaum Iban Membuka Penempatan Di Merotai, Tawau==
 
==Sejarah Penghijrahan Kedua Kaum Iban Ke Pedalaman, Sandakan Dan Tawau==
Apabila kerajaan Sabah mempergiatkan pembalakan di pendalaman Sabah dan membuka ladang kelapa sawit berskala besar awal tahun 1970, kaum Iban terutamanya pemuda lelaki kaum Iban yang menetap di Limbang dan Brunei cepat mengambil peluang tersebut dengan berhijrah melalui bahagian [[Pedalaman]] Sabah melalui jalan pembalakan dan jalan air ke [[Sipitang]] dan kemudian ke [[Tenom]] dan kemudian ke [[Keningau]] dan kemudian ke [[Nabawan]] sebelum sampai ke [[Hulu Sungai Kinabatangan]]. Pada awalnya, penghijrah kaum Iban bekerja di kem-kem pembalakan di sekitar pendalaman Kinabatangan. Setelah pembalakan di Kinabatangan semakin berkurangan, mereka telah berhijrah [[Hilir Sungai Kinabatangan]] sebelum sampai ke [[ Sandakan]] dan menetap sementara di Sandakan.