Sammo Hung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Faiz Rangga (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Faiz Rangga (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
 
===1960-an dan 1970-an ===
Hung muncul dalam banyak filem kanak-kanak pada dekad 1960-an, tetapi tidaklah sehingga dekad 1970-an bahawa kerjayanya bermula dengan sungguh-sungguh. Hung mula bekerja untuk [[Raymond Chow]] dan syarikatnya, [[Orange Sky Golden Harvest|Golden Harvest]], dan pada mula-mulanya diupah untuk mengkoreograf ''Pedang Pantas'' (''The Fast Sword'') (1970). Tidak lama kemudian, kepopularan Hung mula bertambah. Disebabkan oleh mutu [[koreografi]] serta pendekatannya yang berdisiplin terhadap tugas, beliau menarik perhatian [[King Hu]], pengarah [[Taiwan]] yang termasyhur. Hung mengkoreograf salah dua buah filem Hu: ''Sedikit Zen'' (''[[A Touch Of Zen]]'') (1971), serta ''Nasib Lee Khan'' (''The Fate Of Lee Khan'') (1973). Juga pada tahun 1973, beliau dinampak dalam filem klasik terakhir [[Bruce Lee]], ''[[Masuknya Naga]]'' (''[[Enter the Dragon]]''). Dalam permulaan filem itu, Hung ialah murid Shaolin yang disemukakan oleh Bruce Lee.
 
Pada tahun 1977, Hung muncul buat pertama kali sebagai pengarah dalam filem, ''Sami Yang Mempunyai Penumbuk Besi'' (''The Iron Fisted Monk''). Selepas kejayaan Jackie Chan dengan filemnya, ''[[Pesilat Agung Yang Mabuk]]'' (''[[Drunken Master]]'') (1978), Hung dijadualkan untuk membuat filem ''Pembantai Yang Mulia'' (''[[Magnificent Butcher]]'') (1979). Filem ini bukan sahaja serupa dengan filem Jackie dari segi jalan cerita, tetapi juga menonjolkan [[Yuen Siu Tien]] (juga dikenali sebagai Simon Yuen) yang berlakon dalam filem Jackie tersebut. Kerana lebih tua, Sammo dianggap akan mengatasi Jackie dari segi kepopularan. Malangnya, semasa membuat filem itu, Yuen Siu Tien mati, akibat [[serangan sakit jantung]], dan digantikan oleh [[Hoi San Lee]]. Adalah mungkin bahawa jualan tiket kemudian yang tidak memuaskan diakibatkan oleh ketiadaan Yuen.