Iban Merotai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 32:
Hasil dari penghijrahan kaum Iban ke Brunei dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kaum [[Iban Brunei]] membentuk 10% atau 40,000 daripada 400,000 penduduk Brunei (bancian 2007). Sekarang, kaum Iban menjadi kaum ketiga terbesar di Negara Brunei dan Bahagian Limbang selepas kaum [[Melayu Brunei|Melayu Brunei-Kedayan]] dan [[Kadazan-Dusun|Kadazan Dusun-Bisaya]].
 
Manakala di Sabah, kaum Iban dapat dilihat dengan jelas terutamanya di Daerah Merotai, Bahagian Tawau. Penghijrahan kaum Iban ke Sabah dapat dibahagikan kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama dimana kaum Iban berhijrah 100 tahun dahulu sebelum kemerdekaan dan membuka penempatan tetap di Tawau, manakala peringkat kedua pula kaum Iban berhijrah selepas kemerdekaan hingga sekarang. Identiti, bahasa dan budaya kumpulan penghijrah pertama kaum Iban ini dapat dilihat dengan jelas apabila kita berkunjung ke Tawau, kerana mereka mempunyai daerah majoriti, kawasan penguasaan tanah dan kampung halaman dalam kelompok tersendiri. Manakala kumpulan Penghijrahpenghijrah kedua kaum Iban ini pula agak sukar dikenali kerana mereka telah bercampur dengan penduduk tempatan Sabah dan hidup menetap di tengah-tengah penduduk tempatan Sabah dan tiada identiti tersendiri untuk mengenali asal usul mereka.
 
==Sejarah Penghijrahan Pertama Kaum Iban Membuka Penempatan Di Merotai, Tawau==