Iban Merotai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 35:
 
==Sejarah Penghijrahan Pertama Kaum Iban Membuka Penempatan Di Merotai, Tawau==
Menurut sejarah, dikatakan etnik Iban yang pertama
melakukan penghijrahan ke Tawau adalah dipimpin oleh
Andawi berserta 7 lagi anak Iban (Goodlet 2010:44).
Dinyatakan juga bahawa mereka ini adalah anak Iban
Sarawak yang berkhidmat sebagai Polis Sarawak
Kingdom telah dihantar bertugas di North Borneo bagi
membantu di dalam pemberontakan Mat Salleh antara
tahun 1896-1900. Usai sahaja melakukan tugas masing-
masing mereka telah mengambil keputusan untuk terus
terus bermastautin di North Borneo pada ketika itu.
Atas jasa mereka maka pihak kerajaan telah
memberikan mereka pencen berserta 5 ekar tanah setiap
seorang di kawasan Merotai. Akhirnya mereka berkahwin
dengan anak tempatan di Merotai seperti Dusun dan
sebagainya. Dan disinilah bermulanya kelompok etnik
Iban Merotai yang sebenarnya telahpun
diperkembangkan dengan perkahwinan campur yang
diamalkan berabad lamanya. Dan ini berlaku di ketika
kedua-dua wilayah iaitu Sarawak Kingdom dan North
Borneo dibawah pemerintahan bangsa Inggeris pada
masa itu.
Selain itu adat bejalai ini juga terjadi di kala North
Borneo pada waktu itu telah membuka secara besar-
besaran peladangan di bumi mereka sehingga
membenarkan adanya etnik Iban Sarawak juga menuju
ke North Borneo untuk tujuan yang sama. Disini ada
dinyatakan bahawa etnik Iban terawal yang menjadikan
Merotai sebagai tempat tinggal tetap mereka adalah
Bunsu anak Abak, seorang anak Iban kelahiran Sungai
Asan, Sibu. Dikatakan bahawa Bunsu anak Abak
bersama-sama dengan 26 lagi kaum lelaki Iban telah
berhijrah ke Sandakan sebagai pembalak pada tahun
1930an. (Kedit 1993:3:4).
Dari Sandakan, Bunsu anak Abak telah berpindah ke
Malinau, Kalimantan Timur dan tinggal bersama-sama
dengan masyarakat Lun Dayeh dari Dataran Tanah
Tinggi Kelabit. Di Malinau, mereka bersama-sama
membuka ladang untuk bercucuk tanam dan juga
mencari hasil hutan untuk dijual. Di Malinau inilah
dikatakan Bunsu anak Abak berkahwin dengan seorang
wanita dari etnik Murut dari Tenom yang bernama Lunai
Mukat yang mana keluarganya telah melarikan diri ke
Malinau ketika pemberontakan Mat Salleh. (Kedit
1993:3:4)
Selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Bunsu dan
seluruh keluarganya termasuk keluarga mertuanya telah
berhijrah kembali ke Sabah. Keluarga Bunsu sendiri
menetap di Tawau manakala keluarga mertuanya
kembali ke kampong halaman mereka di Tenom. Ketika
itulah Bunsu bersama-sama dengan Merusin (anak Iban
dari Katibas), Bagung (anak Iban dari Batang Rejang),
Ajun (Anak Iban dari Batang Ai) dan Nanang telah
memulakan penempatan Iban di Rian Suar berdekatan
dengan Sungai Merotai Besar tidak jauh daripada jalan
Tawau-Kalabakan.
Di sini mereka telah memulakan penanaman padi dan
juga mencari hasil-hasil hutan untuk sumber pendapatan
tambahan. Dan apabila daerah Merotai dibuka untuk
penanaman kelapa sawit, Bunsu dan anak-anak Iban
yang lain telah diberikan dengan 15 ekar tanah ladang
untuk diusahakan secara berkelompok. Dan Bunsu anak
Abak merupakan anak Iban Merotai yang mendapat
pengiktirafan sebagai Ketua Kampung Merotai yang
pertama oleh Kerajaan Koloni British Borneo pada masa
itu. (Kedit 1993:3:4)
Selepas itu ada lagi nama-nama besar anak Iban yang
turut melakukan adat bejalai ke Merotai iaitu Tujit anak
Timu. Tujit merupakan anak Iban dari Pakan Lemunyan,
Pakan, Sarawak. Beliau memulakan adat bejalai ke North
Borneo pada tahun 1948 diketika usianya 17 tahun. Tujit
bersama-sama dengan Utam (anak Iban dari Poi,
Kanowit) telah bersama-sama membuka kawasan
penanaman padi dan seterusnya mereka juga turut sama
menyertai skim penanaman ladang kelapa sawit di
Merotai.
Beliau juga telah mengahwini wanita tempatan di
Merotai iaitu dari Kaum Murut dan setelah
perkahwinannya gagal, beliau berkahwin sekali lagi
dengan anak Iban Merotai sehingga melahirkan legasi
Iban Merotai sekarang. Tujit sehingga ke akhir hayatnya
tidak pernah pulang ke komunitinya di Pakan, Sarawak.
Selepas itu memang ramai lagi anak Iban dari Sarawak
yang telah berhijrah ke Merotai dan tidak pernah pulang
ke negeri asal mereka seperti Lulut anak Junggai, anak
Iban dari Nanga Entuat, Katibas dan lain-lain lagi.
Sekarang komuniti Iban Merotai yang menjadikan
Merotai sebagai kampong halaman mereka telah
membenarkan adanya, The Little “Sarawak” in Sabah
kerana asal mereka adalah daripada Sarawak. Etnik Iban
Merotai juga telah menjadi Bumiputera Sabah yang
menjadikan antara penyumbang ekonomi bagi Sabah
Negeri Di Bawah Bayu dari dulu lagi.
 
==Sejarah Penghijrahan Kedua Kaum Iban Ke Pedalaman, Sandakan Dan Tawau==