Iban Merotai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 35:
 
==Sejarah Penghijrahan Pertama Kaum Iban Membuka Penempatan Di Merotai, Tawau==
Menurut sejarah, dikatakan etnik Iban yang pertama melakukan penghijrahan ke Tawau adalah dipimpin oleh [[Andawi]] berserta 7 lagi anak Iban. Dinyatakan juga bahawa mereka ini adalah anak Iban Sarawak yang berkhidmat sebagai Polis ''[[Sarawak Constabulary]]'' telah dihantar bertugas di [[North Borneo]] bagi membantu di dalammeredakan pemberontakan [[Mat Salleh]] antara tahun 1896-1900. Selesai sahaja melakukan tugas masing-masing mereka telah mengambil keputusan untuk terus bermastautin di North Borneo pada ketika itu. Atas jasa mereka, maka pihak kerajaan telah memberikan mereka pencen berserta 5 ekar tanah setiap seorang di kawasan Merotai. Akhirnya mereka berkahwin dengan perempuan kaum tempatan di Tawau seperti Dusun dan sebagainya. Dan disinilah bermulanya kelompok etnik Iban Merotai yang sebenarnya telahpun diperkembangkan dengan perkahwinan campur yang diamalkan berabad lamanya. Dan ini berlaku di ketika kedua-dua wilayah iaitu Kingdom of Sarawak dan North Borneo dibawah pemerintahan Rajah Brooke dan Syarikat British pada masa itu.
 
Selain itu adat bejalai ini juga terjadi di kala North Borneo pada waktu itu telah membuka perladangan secara besar-besaran sehingga menarik perhatian lelaki kaum Iban Sarawak untuk berhijrah dan bekerja di North Borneo. Disini ada dinyatakan bahawa etnik Iban terawal yang menjadikan Merotai sebagai tempat tinggal tetap mereka adalah [[Bunsu Anak Abak]], seorang anak Iban kelahiran Sungai Assan, Sibu. Dikatakan bahawa Bunsu Anak Abak bersama-sama dengan 26 lagi kaum lelaki Iban telah berhijrah ke Sandakan sebagai pembalak pada tahun 1930an. Dari Sandakan, Bunsu Anak Abak telah berpindah ke [[Malinau, Malinau|Malinau]], [[Kalimantan Utara]] dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat [[Lundayeh|Lun Dayeh]] dari Dataran Tanah Tinggi Kelabit (bahagian sebelah Kalimantan Utara). Di Malinau, mereka bersama-sama membuka ladang untuk bercucuk tanam dan juga mencari hasil hutan untuk dijual. Di Malinau inilah dikatakan, Bunsu Anak Abak berkahwin dengan seorang wanita dari etnik Murut dari [[Tenom]] yang bernama [[Lunai Mukat]] yang mana keluarganya telah melarikan diri ke Malinau ketika pemberontakan Mat Salleh. Selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Bunsu dan seluruh keluarganya termasuk keluarga mertuanya telah berhijrah kembali ke Sabah. Keluarga Bunsu sendiri menetap di Tawau manakala keluarga mertuanya kembali ke kampung halaman mereka di Tenom. Ketika itulah Bunsu bersama-sama dengan [[Merusin]] (anak Iban dari Katibas), [[Bagung]] (anak Iban dari Batang Rejang), [[Ajun]] (Anak Iban dari Batang Ai) dan [[Nanang]] telah memulakan penempatan Iban di [[Rian Suar]] berdekatan dengan Sungai Merotai Besar tidak jauh dari jalan Tawau-Kalabakan sekarang. Di sini mereka telah memulakan penanaman padi dan juga mencari hasil-hasil hutan untuk sumber pendapatan tambahan. Apabila daerah Merotai dibuka untuk penanaman kelapa sawit, Bunsu dan anak-anak Iban yang lain telah diberikan dengan 15 ekar tanah ladang oleh kerajaan untuk diusahakan secara berkelompok. Bunsu Anak Abak adalah merupakan anak Iban Merotai yang mendapat pengiktirafan sebagai Ketua Kampung Merotai yang pertama oleh Kerajaan Koloni British Borneo pada masa itu.