Negaraku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
|format = [[Ogg]]
}}
"'''''Negaraku'''''" ([[Jawi]]: نݢاراکو) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di [[Seychelles|Kepulauan Seychelles]], telah dibawa pulang oleh [[Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'adzam Shah|Sultan Abdullah]] setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh [[Residen British]], [[JWW Birch]]. Lagu ciptaan penggubah [[Perancis]], [[Pierre Jean de Beranger]] (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "[[Allah Lanjutkan Usia Sultan]]" seterusnya dijadikan lagu rasmi [[Perak|Negeri Perak Darul Ridzuan]].
 
Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan [[Malaysia|Persekutuan Tanah Melayu]] oleh jemaah hakim yang diketuai oleh [[YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]] pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, [[Kuala Lumpur]].