Sesudah Suboh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
==Ringkasan==
{{spoiler}}
*Kisah kehidupan sebuah keluarga yang terdiri daripada Ariffin ([[P. Ramlee]]), isterinya Salmi ([[Khatijah Hashim]]), dan dua orang anak mereka, Salim ([[Ed Osmera]]) dan Salmiah ([[Juliana Ibrahim]]). Ariffin yang memiliki sebuah kedai buku sering bekerja hingga lewat malam kerana kurang senang berada di rumah. Isterinya Salmi amat sibuk dengan dengan kerja kebajikan dan merupakan ketua Persatuan Wanita. Manakala anak-anak mereka, Salim dan Salmiah asyik berpeleseran dengan teman dan pasangan masing-masing. Pada suatu hari, Selepas Ariffin menyanyikan [[lagu Qadzaan Tuhan]], Ariffin telah berkenalan dengan seorang wanita bernama Alice ([[Veera Wee]]) yang datang meminta pertolongan untuk membaiki keretanya yang kebetulan rosak berhampiran rumah Ariffin. Tingkah laku Alice yang begitu baik telah menarik hati Ariffin. Sejak hari itu mereka sering berhubungan dan keluar bersama. Ketika Ariffin dan Alice pergi berehat ke Port Dickson, Salim yang juga berada di sana bersama kawan-kawannya telah ternampak ayahnya Ariffin sedang berpegangan tangan dengan Alice di tepi pantai. Salim yang begitu marah bergegas pulang memberitahu ibunya. Apabila Ariffin balik ke rumah, dia telah dikasari oleh Salim, lalu Ariffin menempeleng Salim. Ariffin telah membuat keputusan untuk menjual kedai bukunya kepada Allan dengan harga RM 50,000.00 di bayar dengan cek. Ariffin memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia akan berkahwin dengan Alice oleh kerana ibu mereka tidak mempedulikannya dan kedua-dua anaknya menderhaka kepadanya. Keluarga Ariffin mulai sedar kesilapan mereka, namun Ariffin tetap mahu meninggalkan rumah dan mengikut Alice ke Sabah untuk memulakan hidup baru. Ariffin kemudiannya berangkat ke Lapangan Terbang Subang, Selangor tanpa mengetahui keadaan sebenar yang menantinya di sana, sesuatu yang bakal mengubah hidupnya. Alice dengan sengaja tidak membelikan tiket untuk Ariffin. Ariffin terkejut dan kecewa. Allan memperkenalkan diri dan memberitahu Alice adalah isterinya dan Allan membayar semula harga kedai buku kepada Ariffin dan menyerahkan lagi RM 40,000.00 duit wasiat kepada Ariffin sebagai pemegang amanah selepas bapa Ariffin meninggal dunia. Keluarga Ariffin akhirnya sempat tiba di lapangan terbang dan memujuk Ariffin pulang ke rumah. Kehidupan Ariffin dan keluarganya kembali aman dan kekasih Salim telah memaafkan kesalahan Salim yang derhaka terhadap bapanya.
 
{{endspoiler}}