Takwim Hijrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhammad Roslee (bincang | sumb.)
Muhammad Roslee (bincang | sumb.)
Baris 18:
Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang [[astronomi]], yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun. Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti [[Pakistan]] dan [[Jordan]]. Walau bagaimanapun, kebanyakan peraturan astronomi negara Muslim membenarkan penggunaan Kalendar dan tidak tertakluk sentiasa kepada cara ini. [[Malaysia]], [[Indonesia]], dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam. Di [[Mesir]], bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.
 
[[Umm al-Qura]] yang rasmi, kalendar [[Arab Saudi]] menggunakan kaedah astronomi yang berlainan hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini [http://www.jas.org.jo/sau.html]. Sebelum 1420H (sebelum [[18 April]] [[1999]]), jika usia bulan yang terbenam di [[Riyadh]] sekurang-kurangnya 12 jam, maka hari yang ''tamat'' ketika matahari terbenam itu merupakan hari pertama setiap bulan. Ini menyebabkan negara tersebut meraikan hari-hari raya sehari atau dua hari awal berbanding negara lain termasuklah [[Haji]] yang hanya menggunakan tarikh Arab Saudi kerana berlangsung di [[Makkah]]. Pada tahun 1380-an H (1970-an), negara Muslim berlainan menamatkan puasa Ramadan pada empat hari yang berbeza. Perayaan aidil fitri lebih seragam pada 1420H. Bagi 1420-22H, jika bulan terbenam selepas matahari terbenamditerbenam di Makkah, maka hari yang bermula ketika matahari terbenam tersebut adalah hari pertama bulan Saudi, peraturan yang sama juga bagi Malaysia, Indonesia, dan yang lain (kecuali tempat rukyah dijalankan).
 
Sejak 1423 H ([[16 Mac]] [[2002]]), peraturan telah dijelaskan sedikit yang memerlukan gabungan geosentrik matahari dan bulan untuk berlaku sebelum matahari terbenam, sebagai tambahan untuk memerlukan bulan terbenam sberlakuberlaku selepas matahari terbenam di Makkah. Ini memastikan yang bulan telah berlalu melepasi matahari ketika senja, walaupun langit masih terlalu terang sebaik sebelum betul-betul kelihatan anak bulan. Secara tegasnya, kalendar [[Umm al-Qura]] digunakan untuk kegunaan awam sahaja. Pembuatnya menyedari yang untuk dapat benar-benar mencerap hilāl buat kali pertamanya boleh berlaku dua hari selepas apa yang dikira dalam kalendar [[Umm al-Qura]].
 
Sejak 1419 H (1998/99) beberapa pegawai jawatan kuasa pencerap hilāl telah ditetapkan oleh kerajaan [[arab Saudi]] untuk menentukan rukyah anak bulan bagi permulaan bulan. Tidak kurang juga, pegawai agama Arab Saudi turut menerima saksi pencerapan oleh sesiapa yang kurang berpengalaman lalu mengumumkan yang hilāl dapat dilihat walaupun pihak pegawai tidak dapat melihatnya. Kebanyakan kesnya, pencerapan tersebut amat sukar dan terdapat yang salah lihat.