Ruud Gullit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
 
Ketika masanya di DWS, Gullit memilih untuk menggunakan nama keluarga bapanya berbanding mendaftar nama keluarganya sendiri dan beliau kira lebih enak seperti seorang pemain bola sepak.<ref>Ruud Gullit, My Autobiography, p31</ref> Beliau mengekalkan nama keluarga ibunya dan teruskan menandatangani semua kontrak dengan nama Ruud Gil.
 
==Kerjaya kelab==
 
===HFC Haarlem===
Pada tahun 1978, beliau berpindah ke [[HFC Haarlem]] yang pada masa itu di bawah kendalian bekas pengurus [[West Bromwich Albion F.C.]], [[Barry Hughes]]. Gullit melakukan 91 kemunculan untuk Haarlem dan menjaringkan 32 gol. Beliau membuat debut untuk Haarlem pada usia 16 tahun dan menjadi pemain termuda dalam sejarah [[Eredivisie]] pada masa itu.<ref>Ruud Gullit, My Autobiography, p34</ref> Pada tahun pertamanya di Haarlem, pasukannya menduduki tangga tercorot liga tetapi mereka berjaya kembali semula ke Eredivisie selepas menjuarai [[Eerste Divisie]]. Gullit dinamakan sebagai pemain terbaik Eerste Divisie pada musim itu.<ref name=autogenerated3>Ruud Gullit, My Autobiography, p35</ref> Pada musim 1981–82, Gullit antara tonggak utama pasukan yang membantu Haarlem merebut tempat ke kejohanan Eropah selepas menamatkan musim di tempat keempat dan satu-satunya kelayakan ke kejohanan Eropah dalam sejarah Haarlem. Pengurus kelab, Hughes sangat tertarik dengan Gullit dan menggamarkannya dia sebagai "[[Duncan Edwards]] Belanda".<ref> name=autogenerated3 </ref>
 
===Feyenoord==
Peman muda Gullit berkemungkinan akan dibawa masuk ke [[Arsenal F.C.|Arsenal]] atau [[Ipswich Town F.C.|Ipswich Town]] tetapi pengurus [[Terry Neill]] dan [[Bobby Robson]] membatalkan hasratnya. Neill kemudian memberitahu beliau mengeluar kos 30 ribu [[euro]] yang terlalu "liar" untuk pemain muda ini.<ref>{{cite news | last = Shaw | first = Phil | title = The Import Trade: Adventurers in search of the English experience: From Max Seeburg to Jurgen Klinsmann foreigners have brought variety to the domestic game. | work = [[The Independent]] | date = 16 August 1994 | url = http://www.independent.co.uk/sport/football--the-import-trade-adventurers-in-search-of-the-english-experience-from-max-seeburg-to-jurgen-klinsmann-foreigners-have-brought-variety-to-the-domestic-game-phil-shaw-reports-1383932.html | accessdate = 2010-10-01}}</ref> Gullit seterusnya melakukan perpindahan ke [[Feyenoord Rotterdam|Feyenoord]] pada 1982. Di Feyenoord, beliau beraksi dalam 85 perlawanan liga dan menjaringkan 31 gol. Di situ juga, Gullit beraksi bersama dengan legenda Belanda, [[Johan Cruyff]]. Musim pertama Gullit di Feyenoord menyaksikan beliau tidak dapat meraih sebarang trofi bersama kelab tetapi pada tahun berikutnya, mereka merangkul kejuaraan liga dan piala domestik. Gullit dinobatkan sebagai Peman Terbaik Belanda atas kejayaan Feyenoord itu. Gullit memainkan peranannya sebagai seorang pemain tengah dan sebelum ini di Haarlem, "sweeper". Pada perlawanan antara Feyenoord dan [[St Mirren F.C.|St Mirren]] pada September 1983, beliau bertengkar dengan penyokong Scotland sebagai sasaran perkauman.
 
===PSV===
Pada tahun 1985, beliau berpindah ke [[PSV Eindhoven|PSV]] dengan harga 1.2 juta [[euro]]. Beliau menjaringkan 46 gol sepanjang 68 kemunculan liga buat PSV. Gullit sekali lagi dianugerahkan Pemain Terbaik Belanda pada 1986 setelah beliau membantu PSV menjulang trofi liga. Pada musim seterusnya, beliau sekali lagi membantu PSV merampas takhta liga dan Gullit mula menjadi pemain berkelas dunia dan keistimewannya sendiri, beliau menjadi sasaran kelab-kelab gergasi Eropah. Gullit juga mencetuskan kritikan apabila sebilangan besar penyokong Feyenoord menggelarkan beliau sebagai "serigala" kerana menuduh Gullit berpindah ke PSV semata-mata wang.<ref>Ruud Gullit, My Autobiography, p42</ref>