Ruud Gullit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 47:
 
===Feyenoord===
Peman muda Gullit berkemungkinan akan dibawa masuk ke [[Arsenal F.C.|Arsenal]] atau [[Ipswich Town F.C.|Ipswich Town]] tetapi pengurus [[Terry Neill]] dan [[Bobby Robson]] membatalkan hasratnya. Neill kemudian memberitahu beliau mengeluar kos 30 ribu [[euro]] yang terlalu "liar" untuk pemain muda ini.<ref>{{cite news | last = Shaw | first = Phil | title = The Import Trade: Adventurers in search of the English experience: From Max Seeburg to Jurgen Klinsmann foreigners have brought variety to the domestic game. | work = [[The Independent]] | date = 16 August 1994 | url = http://www.independent.co.uk/sport/football--the-import-trade-adventurers-in-search-of-the-english-experience-from-max-seeburg-to-jurgen-klinsmann-foreigners-have-brought-variety-to-the-domestic-game-phil-shaw-reports-1383932.html | accessdate = 2010-10-01}}</ref> Gullit seterusnya melakukan perpindahan ke [[Feyenoord Rotterdam|Feyenoord]] pada 1982. Di Feyenoord, beliau beraksi dalam 85 perlawanan liga dan menjaringkan 31 gol. Di situ juga, Gullit beraksi bersama dengan legenda Belanda, [[Johan Cruyff]]. Musim pertama Gullit di Feyenoord menyaksikan beliau tidak dapat meraih sebarang trofi bersama kelab tetapi pada tahun berikutnya, mereka merangkul kejuaraan liga dan piala domestik. Gullit dinobatkan sebagai Peman Terbaik Belanda atas kejayaan Feyenoord itu. Gullit memainkan peranannya sebagai seorang pemain tengah dan sebelum ini di Haarlem, "sweeper". Pada perlawanan antara Feyenoord dan [[St Mirren F.C.|St Mirren]] pada September 1983, beliau bertengkar dengan penyokong Scotland sebagai sasaran perkauman.
 
===PSV===
Pada tahun 1985, beliau berpindah ke [[PSV Eindhoven|PSV]] dengan harga 1.2 juta [[euro]]. Beliau menjaringkan 46 gol sepanjang 68 kemunculan liga buat PSV. Gullit sekali lagi dianugerahkan Pemain Terbaik Belanda pada 1986 setelah beliau membantu PSV menjulang trofi liga. Pada musim seterusnya, beliau sekali lagi membantu PSV merampas takhta liga dan Gullit mula menjadi pemain berkelas dunia dan keistimewannya sendiri, beliau menjadi sasaran kelab-kelab gergasi Eropah. Gullit juga mencetuskan kritikan apabila sebilangan besar penyokong Feyenoord menggelarkan beliau sebagai "serigala" keranadengan menuduh Gullit berpindah ke PSV semata-mata wang.<ref>Ruud Gullit, My Autobiography, p42</ref>
 
===Milan===
[[Silvio Berlusconi]] membawa masuk Gullit ke [[A.C. Milan|Milan]] pada tahun 1987 dengan bayaran kos perpindahan termahal dunia pada masa itu iaitu 20 juta [[dolar Amerika]] sebagai pengganti [[Ray Wilkins]]. Di Milan, Gullit bersama dua rakan senegaranya, [[Marco van Basten]] dan [[Frank Rijkaard]] selain gandingan mantap dua pemain Itali, [[Paolo Maldini]] dan [[Franco Baresi]]. Pada musim pertama Gullit di Itali, beliau meraih trofi [[Ballon d'Or]].
 
Setibanya Gullit di Milan, beliau pada mulanya sukar untuk menetap di sana kerana beliau tidak fasih bertutur bahasa Itali.<ref>Ruud Gullit, My Autobiography, p49</ref> Namun, musim pertama Gullit di Milan menyaksikan kelab ini merangkul kejuaraan [[Serie A|Scudetto]] buat pertama kali dalam masa sembilan tahun di bawah kendalian [[Arrigo Sacchi]]. Beliau pada mulanya digunakan di posisi sayap kanan bersama trio di bahagian serangan iaitu Van Basten dan [[Pietro Paolo Virdis|Pietro Virdis]] tetapi selepas beliau mengalami kecederaan, bahagian serangan diubah menjadi dua pemain. Pada musim berikutnya, Milan mencatat kejayaan [[Liga Juara-Juara Eropah|Piala Eropah]]. Selepas membenam [[Real Madrid C.F.|Real Madrid]] 5-0 pada aksi separuh akhir pertama, Gullit mengalami kecederaan dan menjalankan pembedehaan supaya pulih sepenuhny untuk perlawanan akhir. Pada perlawanan akhir, mereka melakar kemenangan 4-0 ke atas [[FC Steaua Bucureşti|Steaua Bucharest]] pada tahun 1989 dan Gullit menjaringkan dua gol penting. Pada tahun berikutnya, Milan berjaya mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan [[S.L. Benfica|Benfica]] pada perlawanan akhir. Walau bagaimanapun, kecederaan serius menyebabkan masa bermain Gullit terhad dan beliau hanya beraksi dua perlawanan piala domestik sebelum tampil pada aksi final ketika musim 1989-90.
 
Pada musim 1990–91, kejuaraan hatrik Piala Eropah Milan tidak kesampaian apabila tersingkir di tangan [[Olympique de Marseille|Marseille]] di peringkat suku akhir. Selepas terikat 1-1 di [[San Siro]], perlawanan ditunda selepas dua dari empat lampu stadium gagal berfungsi. Selepas lampu dipulihkan selama 15 minit, pasukan Milan menolak untuk kembali ke padang lalu UEFA menganugerahkan kemenangan 3-0 kepada Marseille dan menggantung Milan ke kejohanan Eropah pada musim berikutnya.
 
Di peringkat domestik, Milan meneruskan pendominasinya dengan meraih [[Serie A]] pada musim 1991-92 (rekod tanpa kalah dalam saingan liga) dan 1992-93. Gullit turut tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir [[Piala Eropah 1992-93|Piala Eropah 1993]] selepas peraturan UEFA yang hanya membenarkan tiga pemain asing beraksi di dalam stadium.
 
===Sampdoria===
Pada tahun 1993, Gullit berpindah ke [[U.C. Sampdoria|Sampdoria]] dan membantu kelab untuk melakar kemenangan dalam kejohanan [[Coppa Italia]] pada musim 1993-94. Beliau turut menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas kelab lamanya, Milan. Beliau singkatnya dibawa masuk ke Milan semula ada 1994 tettapi kembali ke Sampdoria sebelum kemuncak musim 1994-95. Selepas kembali ke Sampdoria, beliau beraksi di bawah kendalian [[Sven Goran Erikson]] yang sentiasa memberi semangat dan kepercayaan terhadap Gullit. Pada musim singkatnya di Sampdoria, beliau menjaringkan 15 gol buat Sampdoria.
 
===Chelsea===
Pada Julai 1995, beliau melakukan perpindahan ke [[Chelsea F.C.|Chelsea]] secara percuma. Pada mulanya, beliau bermain sebagai "sweeper" oleh pengurus [[Glenn Hoddle]]. Kemudian, Gullit dipindahkan ke posisi kebiasannya, pemain tengah dan sejak itu, beliau menjaringkan enam gol. Selain Gullit, pemain-pemain seperti [[Mark Hughes]] dan [[Dan Petrescu]] turut dibawa masuk mendorong Chelsea ke separuh akhir Piala FA tetapi prestasi liga sangat mengecewakan.
 
Gullit turut menghadapi sedikit kesukaran ketika menunjukkan cara bermainnya di Chelsea. Disebabkan itu, beliau terpaksa berpindah posisi ke pemain tengah. Oleh sebab itu juga, pengubahan posisi Gullit menyebabkan beliau dianugerahkan sebagai naib juara kepada [[Eric Cantona]] sebagai Pemain Terbaik Tahunan. Gullit sejak ditemu ramah mengatakan beliau menikmati kariernya di London dan berasa sangat gembira di Chelsea.